kbba

Latest Posts

LAZZ Susu Kambing pilihan terbaik untuk anak-anak

By 8:30 AM ,

Assalamualaikum... 


Alhamdulillah masih lagi kita sama-sama bernafas di bumi Allah. Macam biasa, mommylin memang suka kongsi cerita mengenai anak-anak dalam blog. Biar bila mereka besar nanti, tahu lah serba sedikit mengenai perangai dan aktiviti mereka dari kecil. 

Kali ni, mommylin nak kongsikan pilihan susu untuk Aydina dan Aris. Aydina masih dalam process cerai susu badan dengan dia. Errmmm baru tahu susahnya nak bercerai susu dengan anak ni. Pada awalnya mommylin nak biar kan je dia menyusu sampai bercerai sendiri. Tapi, apakan daya... makin tua ni, sakit-sakit pula pinggang nak melayan dia menyusu. Maka, keputusan kami... sebaiknya berusahalah untuk pisahkan dia dengan susu mommy. 



Tip mudah untuk bercerai susu

Lepas Aydina genap 2 tahun hari tu, mommylin dah semangat nak belikan dia botol susu baru. Since dia dah besar dan dah pandai memilih nak yang cantik-cantik, maka mommy belikan lah dia botol susu warna pink, ada gambar binatang atau bunga-bunga. Bagi dia teruja nak gunakan botol susu. 

Kemudian, mommylin akan bawa dia bergaul dengan kawan-kawan yang minum susu botol. Bila dia tengok sekeliling dia semua ada botol susu masing-masing dan baring sambil menyusu, dia terus nak jadi macam tu. Makanya dia terus mintak botol dan susu untuk minum dan terus lena. 

Ok, selesai bahagian perkenalkan botol susu dan tanam keinginan menyusu botol untuk Aydina. Sekarang ni, bahagian pilih susu. Payah juga nak pilih susu yang sesuai untuk Aydina ni tau. Rasanya dah lebih 5 jenis mommylin cuba. Tapi, selalunya mengecewakan. 



Susu pilihan untuk cerai susu badan

Dari fresh milk sampai lah ke susu formula. Dah bermacam-macam jenis mommylin cuba beri Aydina, tapi memula je lah dia suka. Pastu balik mintak susu mommy gak. Jadinya susu tu tak kenalah dengan tekak dia. Runsing memikirkan susu macam mana lagi nak bagi dia. 

Kemudian, mommylin tengok ramai pula kawan-kawan promot susu kambing jenama LAZZ. Terus tergoda. Serius TERGODA... 



Benda pertama yang menarik minat mommylin adalah susu LAZZ adalah susu KAMBING. Kemudian, selain dari susu kambing yang kaya dengan pelbagai khasiat tu, ianya adalah ORGAMILK. Dan susu LAZZ boleh diambil seawal usia anak setahun hingga orang dewasa pun boleh minum. Akhir sekali, yang betul-betul memukau tu, susu LAZZ ada 4 jenis perasa yang akan menjadi pilihan seisi keluarga. 

Apa itu Orgamilk?

Orgamilk adalah susu kambing segar yang terhasil tanpa unsur hormon atau sintetik kimia, dipasteur dan diserbukkan menjadi minuman berkhasiat dan sesuai diminum oleh semua peringkat umur. Susu LAZZ orgamilk terdiri daripada perasa original dan perasa kurma. Kombinasi susu dan kurma Orgamilk menyediakan khasiat nutrisi semulajadi. 

4 jenis perasa susu LAZZ: 

LAZZ Susu Kambing 
LAZZ Susu Kambing Kurma 

LAZZ Cafe 
LAZZ Choco 

Kebaikkan susu LAZZ mengikut kategori: 

Golongan kanak-kanak - Mencerdaskan minda, Menjadikan tulang dan gigi sihat, Penghadaman yang sihat, Mencantikkan kulit, Menambah selera makan anak. 


Golongan Ibu Hamil - Memberi tenaga untuk bersalin, Meberi nutrisi ibu dan anak, Menambahkan darah, Berat bayi yang ideal, Rendah risiko bayi mendapat jaundis. 

Golongan Ibu berpantang dan Menyusu - Memulihkan tenaga selepas bersalin, Minuman senang lawas, Mendapat berat badan yang ideal, Mengelakkan rambut gugur, Memberi nutrisi kepada ibu dan anak.

Golongan Ikhtiar Zuriat - Menguatkan rahim isteri, Meningkatkan kesuburan, Memberi keseimbangan hormon, Melancarkan haid, Memberi tenaga kepada suami dan isteri. 

Golongan Dewasa atau Warga Emas - Mencegah osteoporosis, Merawat asma dan gastrik, Menjadikan jantung sihat, Diet rendah gula, Rendah kolestrol. 


Banyakkan khasiat dari susu LAZZ ni. Mommylin memang suka beli susu yang boleh di minum pelbagai peringkat umur ni. Anak-anak rapat ni, susah sikit kalau beli mengikut peringkat umur. Kadang tu, adik sengaja je, nak rebut susu abang. Abang pula kadang-kadang sengaja habiskan susu adik. 


Kenapa Susu Kambing lebih mudah dihadam

Terdapat dua jenis Protein dalam Susu Lembu& Kambing iaitu 

Alpha S1 Casein (S1) 
Alpha S2 Casein (S2)



Untuk makluman, Protein S1 boleh menyebabkan ketidakselesaan perut jika diuraikan. Ia bole menyebabkan rasa sebu/ kembung. Dan sesetengah orang jadi Alergik dan ada yang Cirit birit sebab tak boleh hadamkan. Protein S1 Ini terdapat banyak dalam Susu Lembu dan Sangat sedikit terdapat dalam Susu Kambing. Ada sumber mengatakan tak ada langsung S1 dalam susu kambing. 

Protein S2 bersifat mudah dihadam dan hypoallergenic. Sebab itu di barat, susu kambing semakin popular dijadikan Alternatif pilihan untuk susu rendah risiko alahan. 

Sumber Rujukan



Susu LAZZ beri tenaga dan keterujaan pada anak-anak

Sebenarnyakan, susu LAZZ ni bukan Aydina je yang suka, tapi abang Aris dia pun suka juga. Setiap pagi, minta mommy buatkan susu untuk dia sebelum pergi sekolah. Habis segelas minum baru dia ke sekolah. 

Apa yang mommylin perasan, Aris dah mudah bagi pagi lepas minum susu LAZZ ni. Dia pun ada cakap dengan mommylin juga, yang cikgu kat sekolah bagitahu, susu kambing ni bagus. Bila dia dapat tahu yang susu mommylin bagi ni susu kambing, lagi bersemangat dia nak minum. 

Kalau dulu, macam-macam susu bagi, tapi susah sangat nak habis. Kadang tu, siap mengelat buang susu kat sink. Tu tandanya tak suka. Nak paksa pun dah besar, dah banyak akal. 

Tapi, berbeza dengan susu LAZZ ni, habis licin dia minum. Sama juga dengan anak dara Aydina ni. Buat susu sebotol 8oz pun licin dia habiskan. Memang terkejut. Sebab dia jenis minum susu mesti tak habiskan. Penyudahnya buang macam tu je. Tapi, susu LAZZ ni, kering botol dia minum. Waktu menyusu pun bertambah. Kalau dulu sehari sekali dua je dia menyusu. Sekarang 3 ke 4 kali sehari dia minum. 

Set susu LAZZ pilihan anak-anak

Untuk Aydina dan Aris, mommylin pilih set A+ LALA. Susu LAZZ Kurma dan LAZZ Choco. Untuk Aydina dia suka mix susu choco dan kurma, Aris pula suka perisa kurma. 



Cadangan hidangan untuk menu anak-anak. Boleh lah beri sedikit idea untuk si kecil kita. 



Pilihan mommylin

Memang nampak sangat susu LAZZ menjadi pilihan mommylin dan keluarga. Oh ye, kami suami isteri dah jatuh hati dengan LAZZcafe. Dapat minum sorang secawan, rasa segar je... Mommylin suka minum masa sibuk mengadap kerja. Tengah stress buat kerja tu, dapat hirup secawan LAZZ cafe fuuhh... ada kelazz... ihihhih... 




Ok lah, pada kawan-kawan yang berminat dengan LAZZ susu kambing ni, boleh lah dapatkan info lebih Page official dan web LAZZ. 

Lazz Careline : 
013-308 3354

Website : 

Facebook : 

You Might Also Like

3 leave a massage here...

  1. Kalau penat buat kerja, pastu pekena secawan Lazzcafe memang nikmat sangat. Hilang rasa penat!

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah, cikza ikhtiar lazz utk hamil sekali lagi..

    ReplyDelete
  3. Aida x pernah Cuba Lazz ni, Allene.
    One day, maybe...

    ReplyDelete

Followers

Google+ Followers

Label Cloud

::homemadefood::. .:: #besday party# ::. .:: 1st time::. .:: Adaptasi novel ::. .:: ads ::. .:: anniversary ::. .:: artstouch ::. .:: baby carrier ::. .:: big family story::. .:: breastfeeding ::. .:: business ::. .:: cakap-cakap ::. .:: celebration of fairy tale day ::. .:: cheesekut ::. .:: Cloth Diaper ::. .:: coretan untuk anak mummy ::. .:: D.I.Y ::. .:: d' info ::. .:: Hafidh Aryan ::. .:: Harris Adeel ::. .:: iluvislam ::. .:: imladyadie ::. .:: interior designer ::. .:: just about me ::. .:: korean ::. .:: love ::. .:: mainan kiddo::. .:: mei tai ::. .:: menu si kecik ::. .:: motherhood journey ::. .:: my little Iman ::. .:: my LITTLE love ::. .:: natural remedy ::. .:: no drug life ::. .:: novel ::. .:: novel review::. .:: nursing cover ::. .:: our activity ::. .:: our love::. .:: our syurga ::. .:: peringatan ::. .:: petua mudah bersalin ::. .:: pregnancy moment ::. .:: ragam MHA ::. .:: resepi baby ::. .:: review ::. .:: segmen ::. .:: the precious moment ::. .:: tragedi ::. .:: wedding preparation ::. .::ayam pandan ::. .::gbsb::. .::giveaway::. .::homemadefood::. .::imladyadie::. .::islam itu indah ::. .::ramadhan::. .::resepi ikan::. #misikurusallene #mommylinjalan2018. kelab blogger ben ashaari #simpleresepibyallene 100% natural 3rd pregnancy. adik MHA ads Agent biscute agoda aidijuma ALine Healthy FOOD ALine Works Allene aman palestin amar baharin anak syurga apple cider vinegar artis arts aydina nufayla babies blink babyfood bahtera barut beauty bedung beranang Birthday biscute by mommylin biskut baby blog blog review blogger blogger day out Bloggermalaysia brotherhood cahaya raya carity cenderahati cerita sekolah anak mommylin cintahati coffee lover contest cuka epal cuti malaysia D daddy mha deko demam drama melayu dramago dugaan ramadan 2015 durian e-novel estofa glow event event blogger family day fathers day filem food food review frozen food funny gathering gojes blogger gopro habibi oil hadi hadi family Harris hijab pins by mommylin holiday Home sweet home homemadecokies homeopathy homeschooling homework husband instant shawl Interior jakel jalan2 dengan anak jerebu kaison malaysia kanser kari kepala ikan kbba kbba9 kecantikkan diri kelab blogger ben Ashaari kelabbloggerbenashaari kes semasa kids friendly house kids friendly play komen kopi pegaga kuih muih kun anta lazada legoland lzs madu mak wan MHA malay malaysian mandian herba masker vietnam melaka mh17 mini zoo kl tower miracle collagen dust misipottytrain mommy bebel mommy blogger mommylin mommylin at kitchen mommylin holiday mommylin love and care motherhood Mudah amal sunnah muslim produk natural way nursing in public online business online printing online shopping parenting passion pengalaman bersalin pet pin cushion preggy mom program zikra 2015 qurta anta rakuten ramadhan rambut cantik rambut gugur raya 2014 raya 2015 raya 2016 raya2017 restoren review Review review butik review drama review product rezeki rysya skincare SALE sekinchan sekolah 2017 ser serunding halia bilis shawl. shopee shopping online shopping raya short vacation si kecik ::. simple skin2love by mommylin suppliment surya cuka epal susu dugro susu ibu susun atur throwback tip typical mommy tyzara shampoo ubat traditional ucsi group Vacation viral vitamin kuku wahm Web review wifeadie yhadifamily . allene family zalora zoo