kbba

Latest Posts

LEGOLAND® - Percutian keluarga yang sangat menakjubkan

By 9:29 AM , , , , , ,

Assalamualaikum....


Yeahhh... tengah seronok lagi ni.. Mommylin dan keluarga baru je balik dari  LEGOLAND® Malaysia Resort hari Sabtu lepas. Gigih tau, D amik cuti hari Jumaat, dan kami ambil kesempatan balik JB rumah tok D. Malam tu, bermalam di Kempas JB. Esoknya awal-awal pagi dah bangun awal untuk bersiap ke  LEGOLAND®. Jangan tak tahu, bukan anak-anak je teruja, mommy daddy pun kemain excited tau! 




Hari Keluarga KBBA9

Kelab blogger Ben Ashaari berpeluang untuk mengadakan Family Day yang pertama untuk tahun 2018 di LEGOLAND®. Ramai blogger hadir bersama-sama keluarga tercinta untuk bersuka ria sambil menjelajah taman tema LEGOLAND® ni.


Seawal 11 pagi, semua blogger bersama keluarga berkumpul di luar kawasan taman tema untuk menyapa dan bergambar kenang kenangan. Bukan mudah tau, dapat berjumpa ramai-ramai macam ni. Ada yang dari Terengganu, Kuantan dan lain-lain. Bila dapat berkumpul sesekali macam ni, memang meriah. 



Ni baru sedikit keluarga KBBA9 ni, kalau semua boleh sertai, memang dalam taman tema tu, muka blogger je semua. Jalan-jalan terlanggar bahu, ehh... blogger gak. hahahah

LEGO® CITY

Kami berpeluang meluangkan masa bersama keluarga masing-masing. Almaklum lah, bila berkait dengan anak-anak ni, aktiviti berkumpulan memang terbatas. Jadinya, masing-masing bergerak secara bebas. Mommylin dan keluarga mulakan destinasi jelajah kami di bahagian kanak-kanak dahulu di LEGO® CITY. 

Banyak sangat aktiviti kanak-kanak yang boleh dilakukan di sini. Antaranya Driving School, untuk umur 6 tahun keatas. Dan Junior Driving School untuk 5 tahun ke bawah. Hafidh dan Harris berpeluang untuk tunjuk skill memandu mereka di sini. Kemain tau anak-anak suka. Siap tengok video mereka berulang kali. Bangga dapat bawa kereta. Sampai perjalanan balik dari LEGOLAND® pun Hafidh boleh offer untuk drive. Kemain... ingat sama ke? hihiih 






Pengalaman yang menerujakan ini, sangat bagus didedahkan seawal mungkin pada anak-anak. Selain dapat berlajar mengenai keselamatan jalan raya, mereka juga dapat merasa memandu kereta seakan di jalanraya yang sebenar.




Selesai memandu, kami jalan-jalan lagi untuk tengok sekitar LEGO® CITY. Mommylin dan keluarga tak berkesempatan untuk mencuba kesemua permainan di LEGOLAND®. Kami hanya memilih permainan yang sesuai dengan semua peringkat umur anak-anak sahaja. Senang masuk semua dan serentak. Sebab semua permainan di sini sangat seronok. Ramai yang berbaris untuk mengambil giliran masing-masing. Bagi mengelakkan pembaziran masa, itulah cara terbaik buat masa tu. 

Kemudian kami berhenti berehat kejap. Haus tekak, air mineral pun dah habis. Singgah Sneck Corner untuk beli air, ais krim dan makanan ringan. Bila dengan anak kecil ni, makanan memang tak boleh tinggal. Nasib baik di sekita LEGOLAND® banyak restoran dan snack corner. Jadi tak perlu risau. 

The Real of Shadow Live

Lepas masing-masing dah hilang penat, kami terus masuk ke Lego city stage. Dapat tengok teater ninjago. Wooowww... ni, pertama kali tengok ninjago secara langsung. 



Boneka berbentuk watak ninjago Kai, Nya, Zane, Cole, Jay dan Lioyd yang seakan real dengan gabungan muzik dan gambaran 3D, sangant menarik perhatian bukan sahaja anak-anak, malah ibubapa juga.  20 minit tempoh persembahan yang penuh aksi dan drama dari Ninjago. 




LEGOLAND® Express

Untuk ibubapa yang ada anak kecil tu, wajib naik train ni. Kurang sikit penat berjalan. Bila dapat naik LEGOLAND® express, kita dapat tengok sekitar kawasan Lego City tanpa penat.





MINILAND 

Selepas selesai makan tengahari, D pergi solat dulu sementara mommylin bawa anak-anak ke MINILAND. Bukan sekadar blok lego yang membina bangunan hebat di Asia, tetapi ada sesetengah bangunan tu, mengeluarkan bunyi lagu, menggerakkan kereta, boat dan kipas kapal yang berpusing bila kita tekan punat yang berada berhampiran dengan bangunan MINILAND ni.

Sebab itu, dapat pusing 1 Asia pun tak penat anak-anak ni, mereka seronok tengok pergerakkan dan muzik yang keluar.





IMAGINATION

Next.... penjelajahan kami 5 beranak ke bahagian Imagination. Tengok pintu gerbang je dah teruja. Mesti banyak lagi aksi-aksi 3D dan 4D dalam ni.



Dari luar kawasan imagination dah nampak Observation Tower. Terus cakap dengan D, nak naik ni nanti! Syok tengok tempat tinggi ni. Tapi, sebelum tu kami jalan-jalan dahulu dalam ni tengok apa yang menarik. 




Hafidh sibuk nak ajak naik Kids Power Tower, tapi Aydina pula nak naik train yang ada dalam DUPLO Playtown. Makanya si kecil menang. Dan abang terus lupa dok syok main dalam Playtown juga. Sampai tak ingat nak keluar lagi dah. Banyak lagi tempat tak pergi ni anak-anak. 





NINJAGO The Ride di NINJAGO World





Lepas dari kawasan Imagination, terus jalan-jalan nak masuk Ninjago World ni. Tarikkan baru di LEGOLAND® Kena lah abadikan gambar sebagai kenang- kenangan di pintu masuk. Anak-anak memula tak nak beri kerjasama. Sebab sibuk nak masuk Land of Adventures. Nak tengok dinasour. Tapi, kawasan tu tutup. Mungkin next time kita pergi boleh masuk dah.

Lepas amik gambar, terus masuk dalam. Laju masing-masing jalan sebab teruja tengok geng Ninjago kat dalam ni.



Di Ninjago the Ride adalah permainan 4D sepenuhnya. Perlawanan mengalahkan Great Devourer dengan perjalanan 4D termaju di Asia pasti membuatkan kita seperti memasuki alam ninja sebenar. Hanya menggunakan sensor gerakan isyarat tangan membolehkan korang mengalahkan Great Devourer tanpa sebarang peranti yang perlu dipegang. Hanya gunakan tangan sahaja.. Teknik 4D yang menakjubkan menjadikan kita bagai ninja sebenar melawan musuh sambil dikelilingi kesan asap, angin dan juga haba.


gambar dari https://shehanzstudio.com/https://shehanzstudio.com/


The Great LEGO® Race

Mommylin teirngin sangat naik VR coaster ni, tapi anak-anak tak bagi kerjasama. Aydina mintak dukong, Harris dah mengada-ngada. Untung ada Hafidh yang super excited dan teruja. Tak pe, mommy memang dah niat nak datang lagi, nanti kita main VR coasters ni ye. Kalau dapat bodek D upgrade annual pass lagi syok. Raya kita raya di Legoland. ihihihih 


The Great LEGO Race ini menggabungkan keseronokkan roller coaster dengan teknologi realiti maya (VR) dalam pengembaraan baru yang menarik yang belum pernah dilihat.


gambar dari https://mamakembartiga.com/https://mamakembartiga.com/

Annual Pass sama harga dengan tiket masuk sehari!

Dari tadi mommylin sibuk dok cerita pasal Annual pass kan? Haaa... ni nak kongsi dengan korang semua. Memang beruntung sangat tau kalau dapat upgrade tiket masuk LEGOLAND® kepada Annual Pass. Harga yang sama untuk tiket sehari, tapi dapat masuk banyak kali. WOW!! syok bukan? 



Bukan itu sahaja, pembeli Annual pass atau yang upgrade pass tahunan ini, anda berpeluang besar untuk memenangi NISSAN ALMERA. Syokkknya... Balik dari LEGOLAND® terus pandu kereta baru! Lagi banyak Annual pass tu kita beli, lagi Beeeeesarrrr peluang nak menang kereta baru. Tunggu apa lagi? Jom beli Annual pass ni. Berbaloi-baloi... sebab harga sama dengan tiket masuk sehari. Tapi, sehari tak boleh main semua permainan dalam ni. Jadi, dah upgrade baru lah syokkk! 


Jadi tunggu apa lagi?? Jom lah kita ke LEGOLAND® Malaysia Resort bersama keluarga untuk berseronok menikmati masa bersama disamping menerokai teknologi terkini yang ada di LEGOLAND®

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi dan aktiviti, boleh lah hubungi pihak LEGOLAND® Malaysia Resort di sini:

Website : www.legoland.com.my


Facebook : LEGOLAND Malaysia


Instagram : @legolandmalaysia


Twitter: LEGOLAND_MY


Contact : 07-597 8888

You Might Also Like

8 leave a massage here...

  1. Wah bestnya.. seronok tengok anak anak happy kan lyn kan..

    ReplyDelete
  2. tak sempat naik train. Walaupun dah plan baik punya..hehe

    ReplyDelete
  3. Alahai...tak sempat nak ke Real ofShadow Life tu ...harus repeat ke LEGOLAND ni...hehehe

    ReplyDelete
  4. Driving school tak masuk , rugi pulak

    ReplyDelete
  5. Seronoknya sehari suntuk kat Legoland ni.. Memang enjoy sangat..

    ReplyDelete
  6. seronoknya..boleh menang kereta yer dengan legoland.Menarik betul! btw, memang boleh hilang stress macam ni.Anak-anak seronok sangat

    ReplyDelete
  7. meriah sungguh kan hari keluarga kt situ

    ReplyDelete
  8. Wow best nyer Allene.
    Family day situ. Aida lom pernah gi Lego land. Next year in shaa Allah. Izzat da besar, easier. And dianbleh naik byk ride. Wow. Tak Sabo!

    ReplyDelete

Followers

Google+ Followers

Label Cloud

::homemadefood::. .:: #besday party# ::. .:: 1st time::. .:: Adaptasi novel ::. .:: ads ::. .:: anniversary ::. .:: artstouch ::. .:: baby carrier ::. .:: big family story::. .:: breastfeeding ::. .:: business ::. .:: cakap-cakap ::. .:: celebration of fairy tale day ::. .:: cheesekut ::. .:: Cloth Diaper ::. .:: coretan untuk anak mummy ::. .:: D.I.Y ::. .:: d' info ::. .:: Hafidh Aryan ::. .:: Harris Adeel ::. .:: iluvislam ::. .:: imladyadie ::. .:: interior designer ::. .:: just about me ::. .:: korean ::. .:: love ::. .:: mainan kiddo::. .:: mei tai ::. .:: menu si kecik ::. .:: motherhood journey ::. .:: my little Iman ::. .:: my LITTLE love ::. .:: natural remedy ::. .:: no drug life ::. .:: novel ::. .:: novel review::. .:: nursing cover ::. .:: our activity ::. .:: our love::. .:: our syurga ::. .:: peringatan ::. .:: petua mudah bersalin ::. .:: pregnancy moment ::. .:: ragam MHA ::. .:: resepi baby ::. .:: review ::. .:: segmen ::. .:: the precious moment ::. .:: tragedi ::. .:: wedding preparation ::. .::ayam pandan ::. .::gbsb::. .::giveaway::. .::homemadefood::. .::imladyadie::. .::islam itu indah ::. .::ramadhan::. .::resepi ikan::. #misikurusallene #mommylinjalan2018. kelab blogger ben ashaari #simpleresepibyallene 100% natural 3rd pregnancy. adik MHA ads Agent biscute agoda aidijuma ALine Healthy FOOD ALine Works Allene aman palestin amar baharin anak syurga apple cider vinegar artis arts aydina nufayla babies blink babyfood bahtera barut beauty bedung beranang Birthday biscute by mommylin biskut baby blog blog review blogger blogger day out Bloggermalaysia brotherhood cahaya raya carity cenderahati cerita sekolah anak mommylin cintahati coffee lover contest cuka epal cuti malaysia D daddy mha deko demam drama melayu dramago dugaan ramadan 2015 durian e-novel estofa glow event event blogger family day fathers day filem food food review frozen food funny gathering gojes blogger gopro habibi oil hadi hadi family Harris hijab pins by mommylin holiday Home sweet home homemadecokies homeopathy homeschooling homework husband instant shawl Interior jakel jalan2 dengan anak jerebu kaison malaysia kanser kari kepala ikan kbba kbba9 kecantikkan diri kelab blogger ben Ashaari kelabbloggerbenashaari kes semasa kids friendly house kids friendly play komen kopi pegaga kuih muih kun anta lazada legoland lzs madu mak wan MHA malay malaysian mandian herba masker vietnam melaka mh17 mini zoo kl tower miracle collagen dust misipottytrain mommy bebel mommy blogger mommylin mommylin at kitchen mommylin holiday mommylin love and care motherhood Mudah amal sunnah muslim produk natural way nursing in public online business online printing online shopping parenting passion pengalaman bersalin pet pin cushion preggy mom program zikra 2015 qurta anta rakuten ramadhan rambut cantik rambut gugur raya 2014 raya 2015 raya 2016 raya2017 restoren review Review review butik review drama review product rezeki rysya skincare SALE sekinchan sekolah 2017 ser serunding halia bilis shawl. shopee shopping online shopping raya short vacation si kecik ::. simple skin2love by mommylin suppliment surya cuka epal susu dugro susu ibu susun atur throwback tip typical mommy tyzara shampoo ubat traditional ucsi group Vacation viral vitamin kuku wahm Web review wifeadie yhadifamily . allene family zalora zoo