kbba

Latest Posts

Perancangan awal percutian di Kuantan

By 8:00 AM , , , ,

Hai, Assalamualaikum... 

Sebelum 2018 melabuhkan tirainya, mommylin dan suami dah ada perancangan awal untuk destinasi percutian keluarga tahun hadapan. Wahhh.. tak sabar sungguh rasanya. Kali terakhir mommylin jejak Kuantan zaman bujang dulu, itu pun atas urusan kerja. Bila bekerja, memang tak sempatlah nak nikmati keindahan Kuantan tu, tempat makanan yang best pun tak dapat singgah.
Jarak antara Kuantan dengan KL bukannya jauh sangat, jadi ianya memang antara destinasi pilihan kami. Jika sebelum ni, kami sudah bercuti di Langkawi, Cameron, Genting Highland, Port Dickson, Melaka dan lain-lain tempat. Seronok bercuti dengan keluarga, boleh mengeratkan silaturahim dengan adik beradik dan anak-anak. Almaklumlah masing-masing sibuk bekerja, bila dapat bercuti memang anak-anak gembira sangat. 


sumber: google



Jarak dari Kuala Lumpur ke Kuantan adalah dalam 255 kilometer dan memakan masa lebih kurang 3 jam. Mommylin rancang nak gerak dari Puchong Jumaat malam, bila anak-anak dah bersekolah kena lah rancang percutian dihujung minggu je. Bercuti selama 2 hari 1 malam pun dah cukup rasanya. Perjalanan 3 jam lebih kurang jarak dari KL ke Johor Bahru sahaja, rasanya suami ok je kalau memandu sendiri. Tak pun boleh je bergilir-gilir dengan mommylin, lesen ada kan. Anak-anak pula bila memandu malam mesti dorang lena tidur lebih aman kalau macam tu. Sampai je Kuantan, terus check in Hotel. Boleh lah anak-anak sambung tidur dengan lena dan selesa, esoknya banyak lagi mommylin dan plan nak buat! 


sumber: Google

Antara hotel yang mommylin dah plan nak booking adalah Greenleaf Hotel. Ia adalah hotel yang berpatutan dan di dalam range bajet kami. Selain itu, hotel ini berada di tengah-tengah pekan Kuantan, jadi, memudahkan kami untuk bergerak ke tempat-tempat yang menarik yang ada di bandar ini. Dengan harga RM 87.00 untuk satu malam, kami sangat berpuas hati dengan segala kemudahan dan servis yang dorang offer. Okay la tu. Sebenarnya, mommylin dah 
usha dulu best online deal on hotel at Kuantan on Traveloka. Memang tidak mengecewakan apabila cari melalui Traveloka.

sumber: Google
Antara aktiviti yang mommylin nak buat keesokkan harinya  adalah bersarapan pagi di luar. Ada satu tempat best di Taman Gelora. Di situ sangat terkenal dengan Nasi Dagang. Suami memang suka menu tradisi macam ni, kena pula dekat Kuantan memang rasanya mesti lebih sedap dari Kuala Lumpur. Kemudian, kami akan pergi ke Air Terjun Sungai Pandan. Ia merupakan tempat berkelah popular di kuantan. Di sungai pandan juga, mempunyai tapak khusus untuk barbeku dan berkhemah. Jika korang tidak berminat untuk berenang, korang boleh pergi untuk berjalan-jalan di sekitar hutan 'misteri' dengan follow je trail yang dah tersedia kat hutan ni.
sumber: Google

sumber: Google

Selepas bersantai di Air terjun Sungai Pandan, boleh lah pergi makan malam di Ana Ikan Bakar Petai di Tanjung Lumpur. Restoran ni mempunyai pelbagai jenis tangkapan laut untuk dicuba seperti siakap, kerapu, ketam, udang, kerang dan lain-lain.. Hidangan signature mereka ialah ikan bakar pari yang dimasak dengan sambal dan petai buatan sendiri. Baca pun dah terliur kan? Haa korang kena la cuba sendiri. Lepas habis makan, bolehlah terus balik ke hotel untuk berehat dan tidur ,mesti penat sebab seharian di luarkan 


sumber: Google

Hari terakhir pula, aktiviti santai-santai je. Selepas bersarapan di Hotel, kami akan pergi jalan-jalan sekitar Kuantan dan shopping ole-ole untuk keluarga dan kawan-kawan. Tak shopping tak best lah kan. Adalah kenangan bila berli ole-ole tu. Lepas shopping destinasi terakhir di Kuantan ni, nak pergi ke Pantai Teluk Cempedak kerana Pantai Teluk Cempedak sangat terkenal di kalangan pelancong dan penduduk tempatan untuk laut yang bersih, biru dan persekitaran hijau yang indah. Di situ mempunyai pusat peranginan berhampiran pantai untuk awak berehat. Tidak perlu risau tentang pilihan makanan kerana tidak hanya gerai makanan tempatan, tetapi juga kedai makanan segera seperti McDonald's dan KFC. Korang akan dapat melihat bahawa ia adalah gaya hidup pantai yang agak moden. 


Bawa anak-anak bermain di Pantai, mandi laut mesti gembira dorang. Rasanya lengkap percutian ke Kuantan nanti. Pantai yang indah, air terjun yang cantik, makanan sedap-sedap... wahhh tak sabar mommylin nak bercuti kat sana. Korang dah rancang nak bercuti di mana tahun 2019 nanti? Haaa... jangan lupa letak wishlist Kuantan dalam senarai OK! 



You Might Also Like

1 leave a massage here...

Followers

Google+ Followers

Label Cloud

::homemadefood::. .:: #besday party# ::. .:: 1st time::. .:: Adaptasi novel ::. .:: ads ::. .:: anniversary ::. .:: artstouch ::. .:: baby carrier ::. .:: big family story::. .:: breastfeeding ::. .:: business ::. .:: cakap-cakap ::. .:: celebration of fairy tale day ::. .:: cheesekut ::. .:: Cloth Diaper ::. .:: coretan untuk anak mummy ::. .:: D.I.Y ::. .:: d' info ::. .:: Hafidh Aryan ::. .:: Harris Adeel ::. .:: iluvislam ::. .:: imladyadie ::. .:: interior designer ::. .:: just about me ::. .:: korean ::. .:: love ::. .:: mainan kiddo::. .:: mei tai ::. .:: menu si kecik ::. .:: motherhood journey ::. .:: my little Iman ::. .:: my LITTLE love ::. .:: natural remedy ::. .:: no drug life ::. .:: novel ::. .:: novel review::. .:: nursing cover ::. .:: our activity ::. .:: our love::. .:: our syurga ::. .:: peringatan ::. .:: petua mudah bersalin ::. .:: pregnancy moment ::. .:: ragam MHA ::. .:: resepi baby ::. .:: review ::. .:: segmen ::. .:: the precious moment ::. .:: tragedi ::. .:: wedding preparation ::. .::ayam pandan ::. .::gbsb::. .::giveaway::. .::homemadefood::. .::imladyadie::. .::islam itu indah ::. .::ramadhan::. .::resepi ikan::. #misikurusallene #mommylinjalan2018 #mommylinjalan2018. kelab blogger ben ashaari #simpleresepibyallene 100% natural 3rd pregnancy. adik MHA ads Agent biscute agoda aidijuma ALine Healthy FOOD ALine Works Allene aman palestin amar baharin anak syurga apple cider vinegar artis arts aydina nufayla babies blink babyfood bahtera barut beauty bedung beranang Birthday biscute by mommylin biskut baby blog blog review blogger blogger day out Bloggermalaysia blouse brotherhood cahaya raya carity cenderahati cerita sekolah anak mommylin cintahati coffee lover contest cuka epal cuti malaysia D daddy mha deko demam drama melayu dramago dugaan ramadan 2015 durian e-novel estofa glow event event blogger family day fathers day filem food food review frozen food funny gathering gojes blogger gopro habibi oil hadi hadi family Harris hijab pins by mommylin holiday Home sweet home homemadecokies homeopathy homeschooling homework husband instant shawl Interior jakel jalan2 dengan anak jerebu kaison malaysia kanser kari kepala ikan kbba kbba9 kecantikkan diri kelab blogger ben Ashaari kelabbloggerbenashaari kes semasa kids friendly house kids friendly play komen kopi pegaga kuantan kuih muih kun anta langkawi lazada legoland lzs madu mak wan MHA malay malaysian mandian herba masker vietnam melaka mh17 mini zoo kl tower miracle collagen dust misipottytrain mommy bebel mommy blogger mommylin mommylin at kitchen mommylin holiday mommylin love and care mommylinjalan2019 motherhood Mudah amal sunnah muslim produk natural way nursing in public online business online printing online shopping parenting passion pengalaman bersalin percutian Mommylin pet pin cushion preggy mom program zikra 2015 qurta anta rakuten ramadhan rambut cantik rambut gugur raya 2014 raya 2015 raya 2016 raya2017 restoren review Review review butik review drama review product rezeki rysya skincare SALE sekinchan sekolah 2017 ser serunding halia bilis shawl. shopee shopping online shopping raya short vacation si kecik ::. simple skin2love by mommylin suppliment surya cuka epal susu dugro susu ibu susun atur throwback tip typical mommy tyzara shampoo ubat traditional ucsi group unboxing Vacation viral vitamin kuku wahm Web review wifeadie yhadifamily . allene family zalora zoo zucca