kbba

Latest Posts

Tip Potty train anak bawah 3 tahun

By 8:27 PM , , ,

Hai.. Assalamualaikum...

Alhamdulillah kakna dah free diapers. Siang-siang dah tak pakai pampers. Malam mommy still pakaikan dia pampers, sebab dia masih menyusu botol. Kalau dah tak susu botol, insyaallah boleh dah tidur tanpa pampers.



Untuk anak ketiga ni, cara dia lain sikit dari anak-anak lelaki sebelum ni. Mungkin sebab mommy suri rumah. Dan mommy pilih waktu cuti sekolah untuk fokus potty train dia. Waktu lebih singkat dari tempoh potty train abang-abang dia 


Persediaan untuk Ibubapa
Persediaan mental ibubapa dan kesepakatan ibubapa itu penting. Persetujuan untuk potty train anak pun juga sangat penting. Mudah untuk saling tolong menolong nanti. Jika salah seorang  pasangan tidak setuju untuk potty train anak, baiklah di tangguhkan. Sebab ianya memerlukan kerjasama dalam menjayakan proses potty train ni.

Keazaman dan matlamat juga perlu di tanam dalam-dalam agar tidak mudah give up di pertengahan tempoh potty train nanti. Sungguh mommylin kata, ianya mencabar dan menguji kesabaran. Bila rasa nak give up, ingat semula apa matlamat kita potty train anak? Memudahkan urusan bila di sekolah? untuk cut cost perbelanjaan? dan lain-lain.

Persekitaran
Sediakan persekitaran yang sesuai. Angkat semua karpet dan simpan, gantikan dengan lapik kalis air. Tempat bermain mereka juga harus mengunakan lapik kalis air dan elakkan meletak terlalu banyak mainan, agar mudah untuk kita bersihkan jika anak terlepas buang air dan ibu takkan terlalu stress bila ianya terjadi.

Persediaan untuk Anak
Beritahu anak, yang mereka akan berlajar untuk membuang air kecil di tandas, bukan lagi di pampers. Tunjukkan di mana tempat sepatutnya mereka buang air. Walaupun agak susah untuk mereka memahami, percayalah.. ianya membantu jika kita kerap ingatkan mereka. 

Sediakan seluar dalam yang comel untuk mereka. Yang ada gambar kartun-kartun agar mereka semangat untuk melupakan pampers. 

Mommylin selalu tanya kakna, " buang air kat mana?" soalan tu, mommy akan ulang setiap kali lepas mandikan dia atau selepas dia terlepas buang air di dalam rumah. 

Alarm
Tak kesah lah, jam loceng atau alarm kat HP je, mommy tetap kena set alarm supaya tak lupa. Kadang bila kita sibuk dengan pelbagai urusan, lupa nak bawa anak pergi buang air di tandas. Untuk permulaan, mulakan dengan setiap setengah jam, bawa mereka ke tandas dan buang air. Jika keluar, beritahu dan puji dia. "... Haaa..pandai pun dina, itu air kencing tau. Kalau nak buang air kat sini, macam ni... tahu? ". Jika tidak keluar tak perlu paksa keluar pulak. 

Jangan pula terlepas waktu mereka buang air tu, sebab anak-anak masih belum kenal rasa nak buang air tu. Kita lah yang kena selalu ingatkan dan bawa mereka ke tandas. Ubah masa 10/15 minit selepas anak menyusu atau minum. Mommy perlu tingkatkan masa setengah jam menjadi sejam sekali selepas 3 hari. 

Tegas bila menegur 
Jika mereka terlepas buang air di dalam rumah, jangan marah berlebihan, kerana mereka masih dalam proses pembelajaran. Tegur dengan tegas! biar mereka tahu ianya salah. Dan tunjukkan tempat buang air yang sepatutnya. Dalam proses potty train, memang kena banyak kali ulang supaya mereka ingat.
Anak-anak biasanya akan leka bermain atau leka ketika menonton tv, sehingga lupa rasa nak buang air tu. Memang tugas kita mengingatkan mereka berulang kali. 

Jangan mengalah
Bila dah 3 hari kita potty train anak, dan dah stress asyik basuh baju dan seluar yang hancing, lap lantai berulang kali, INGAT!!! jangan give up. Sebab itu adalah perkara biasa untuk potty train. Keep positive dan ingat kembali matlamat kita kenapa kita potty train mereka. Jika kita berhenti di tengah jalan, anak-anak akan lupa kembali dan mereka menjadi keliru. Walaupun jika keluar dan tidur malam kita masihkan memakaikan mereka pampers, tak pe. Balik sahaja kerumah atau selepas mereka bangun tidur, mulakan dengan tanggalkan pampers dan menyuruh mereka buang air di bilik air. Jadikan rutin, insyaallah bila dah biasa, mereka tidak akan terbuang air walaupun dalam pampers.

Kenangan kita dan anak-anak
Pelbagai drama yang akan terjadi dalam tempoh potty train ni. Jadikan ianya kenangan kita bersama anak. Bila kita kenang semula nanti, pasti tergelak. Kenangan mommy dengan kakna pun ada yang tak boleh lupa sampai sekarang. Mommy ingat lagi cerita dia bila mommy suruh pergi tandas.

Mommy: Dina.. pergi kencing sekarang...
Kakna: Mommy.. tengok baby dina ni (teddy bear dia) dia tidur... Ayah dia pergi work.
Mommy: Mak dia mana? suruh mak dia jaga
Kakna: Mak dia asyik g kencing jee...
Mommy: ...........


Dia sebenarnya dah penat asyik ulang alik ke tandas. ihihih

Ok korang moga manfaat. Mana yang boleh ikut, boleh lah jadikan panduan. Byeee..



mommy garang, 
mommylin

You Might Also Like

0 leave a massage here...

Followers

Label Cloud

::homemadefood::. .:: #besday party# ::. .:: 1st time::. .:: Adaptasi novel ::. .:: ads ::. .:: anniversary ::. .:: artstouch ::. .:: baby carrier ::. .:: big family story::. .:: breastfeeding ::. .:: business ::. .:: cakap-cakap ::. .:: celebration of fairy tale day ::. .:: cheesekut ::. .:: Cloth Diaper ::. .:: coretan untuk anak mummy ::. .:: D.I.Y ::. .:: d' info ::. .:: Hafidh Aryan ::. .:: Harris Adeel ::. .:: iluvislam ::. .:: imladyadie ::. .:: interior designer ::. .:: just about me ::. .:: korean ::. .:: love ::. .:: mainan kiddo::. .:: mei tai ::. .:: menu si kecik ::. .:: motherhood journey ::. .:: my little Iman ::. .:: my LITTLE love ::. .:: natural remedy ::. .:: no drug life ::. .:: novel ::. .:: novel review::. .:: nursing cover ::. .:: our activity ::. .:: our love::. .:: our syurga ::. .:: peringatan ::. .:: petua mudah bersalin ::. .:: pregnancy moment ::. .:: ragam MHA ::. .:: resepi baby ::. .:: review ::. .:: segmen ::. .:: the precious moment ::. .:: tragedi ::. .:: wedding preparation ::. .::ayam pandan ::. .::gbsb::. .::giveaway::. .::homemadefood::. .::imladyadie::. .::islam itu indah ::. .::ramadhan::. .::resepi ikan::. #misikurusallene #mommylinjalan2018 #mommylinjalan2018. kelab blogger ben ashaari #simpleresepibyallene 100% natural 3rd pregnancy. adik MHA ads Agent biscute agoda aidijuma ALine Healthy FOOD ALine Works Allene aman palestin amar baharin anak syurga apple cider vinegar artis arts aydina nufayla babies blink babyfood bahtera barut beauty bedung beranang Birthday biscute by mommylin biskut baby blog blog review blogger blogger day out Bloggermalaysia blouse brotherhood cahaya raya carity cenderahati cerita sekolah anak mommylin cintahati coffee lover contest cosmoderm cuka epal cuti malaysia D daddy mha deko demam drama melayu dramago dugaan ramadan 2015 durian e-novel estofa glow event event blogger family day faminine wash fathers day filem food food review frozen food funny gathering gojes blogger gopro habibi oil hadi hadi family Harris hijab pins by mommylin holiday Home sweet home homemadecokies homeopathy homeschooling homework husband instant shawl Interior jakel jalan2 dengan anak jerebu kaison malaysia kanser kari kepala ikan kbba kbba9 kecantikkan diri kelab blogger ben Ashaari kelabbloggerbenashaari kes semasa kids friendly house kids friendly play komen kopi pegaga kuantan kuih muih kun anta langkawi lazada legoland lzs madu mak wan MHA malay malaysian mandian herba masker vietnam melaka mh17 mini zoo kl tower miracle collagen dust misipottytrain mommy bebel mommy blogger mommylin mommylin at kitchen mommylin holiday mommylin love and care mommylinjalan2019 motherhood Mudah amal sunnah muslim produk natural way nursing in public online business online printing online shopping parenting passion pengalaman bersalin percutian Mommylin pet pin cushion preggy mom program zikra 2015 qurta anta rakuten ramadhan rambut cantik rambut gugur raya 2014 raya 2015 raya 2016 raya2017 restoren review Review review butik review drama review product rezeki rysya skincare SALE sekinchan sekolah 2017 ser serunding halia bilis shawl. shopee shopping online shopping raya short vacation si kecik ::. simple skin2love by mommylin suppliment surya cuka epal susu dugro susu ibu susun atur throwback tip typical mommy tyzara shampoo ubat traditional ucsi group unboxing Vacation viral vitamin kuku wahm Web review wifeadie yhadifamily . allene family zalora zoo zucca