kbba

Mommy for 4 adorable kids. Founder Mommylin Junior Food and VIP agent for Mommy Happy product

Latest Posts

Cara buat duit musim PKPB Covid-19

By 4:28 PM , , , ,

Hai... Assalamualaikum semua! Apa khabar? Korang sihat? ada ke di antara yang baca blog mommy ni yang kena Covid? Mommy harap tak ada lah yeah... Kalau ada, mommy doakan korang segera sembuh. Ini ujian dan dugaan kita kat dunia ni. Moga kesakitan itu menghapus dosa-dosa kita yang lalu. Setiap kejadian, perkara dan dugaan pasti ada hikmahnya.







Lately ni, kepala mommy selalu serabut. Terlalu banyak benda yang difikirkan. Sejak-sejak PKPB ni, anak-anak memang 24 jam kat rumah je... Masa mommy pun banyak habis mengemas, memasak dan pantau kerja sekolah anak-anak. Mujurlah bulan lepas dah pulun siapkan order-order untuk Mommylin Junior Food. Harapnya bulan ni, boleh lah mommy fokus kat Mommylin Junior Happy pula. 

Hampir 5 tahun mommylin berniaga dari rumah. Tapi tak kaya2 kan... hihihi... orang tengok pun pelik. Orang lain, berniaga cukup 3 tahun dah boleh beli banglo, tapi mommy? sale pun ciput.. huhuhu 

Sebenarnya mommy tak 100% fokus pada business. Business mommy adalah sampingan. Sambil urus keluarga, rumah dan anak-anak, mommy buat dan jual biskut baby. Niat asal berniaga memang lah nak cari duit, tapi tujuan utama mommy resign adalah nak membesarkan anak-anak sendiri. Tak nak stress dari office di bawa kerumah. Jadi mangsa anak-anak. Mommy seorang yang mudah stress. Mudah naik angin dan mudah beremosi. 

Untuk buang perangai tak elok tu, mommy terpaksalah korbankan kerjaya tu. Zaman sekarang ni, korang jangan main-main dengan emosi/stress. Banyak dah kes-kes bunuh diri, bunuh anak dan terbaru bunuh kawan kan. Jadi, berbalik lah kepada Allah. 

"Jangan di kejar harta yang takkan pernah cukup. Jangan di kejar bahagia yang sementara dan jangan diikutkan emosi yang memakan diri."

Buang semua tu, dekatkan diri kepada Allah. Insyaallah... Allah bantu kita. Berniaga untung sedikit, tapi ada berkat. Dapat belanja anak-anak dengan duit hasil berniaga.. dapat spend masa dengan anak-anak di rumah. Itu lebih bahagia.

Untuk korang yang nak cuba berniaga, tak tahu nak berniaga apa? mommylin boleh bantu. Mommy nak share kan kat korang 2 jenis business yang sangat sesuai untuk ibu-ibu kat luar sana. 




Business JUNIOR FOOD

Menjual makanan bayi ni, dah jadi trend sekarang. Zaman 2020 ibu-ibu bekerjaya, urus kerja, urus anak.. Kita nak bagi anak-anak makanan yang sihat, terbaik dan air tangan ibu. Tapi masa membataskan segalanya. Mungkin ada ibu yang sempat siapkan makanan anak, mungkin ada yang tidak. Masalah utama kt Malaysia ni, kalau yang bekerja kat bandar, ibu-ibu kena keluar rumah awal untuk mengelak jem. Sama juga waktu balik. Jem sana sini. Masa banyak terluang di dalam kereta. Bila sampai rumah terkejar-kejar pula nak masak untuk suami dan anak-anak yang lain. Makanan baby lagi. 

Bila anak menyusu badan pula, kita dah kena berhenti semua kerja dan fokus susukan anak. Tak mungkin lah ada yang susukan anak sambil memasakkan? hiihhi ke ada? hebat kalau korang boleh buat camtu... ihihih

Masa itu emas. Serius mommy cakap, mommy yang duduk rumah 24jam pun tak cukup masa nak buat kerja office, kemas rumah, masak, tengok homework anak. Jadi, apa kata masa yang kita gunakan untuk masak makanan baby tukar kepada masa bersama anak-anak. Sesi bermesra dengan anak itu lebih afdhal. Atau pun gunakan masa itu untuk mengaji bersama-sama. Menonton TV. 
ttu

Anak-anak kita membesar, biar dengan kasih sayang ... Jadi, kami di Mommylin Junior Food, nak bantu ibu-ibu yang tiada masa untuk buat snack anak, tak cukup perkakas nak baking, meh kami tolong. InsyaAllah... semua snack kami selamat untuk bayi, sedap dan sihat semestinya... Tanpa tambahan, gula, garam, dan bahan penambah rasa. 

Yang ada anak kecil tu, boleh lah membeli sambil berniaga. Sambil bagi anak Makan, kita promot.. mudah je jual ni. Lagi-lagi anak kecil ni, sentiasa ada. Umat nabi Muhammad setiap hari lahir. Korang hanya perlu, keluar modal sikit, dan promot di sosial media korang. Kalau tak ada pun tak pe. Hanya share di wasap story dah cukup. Kalau dah tertulis rezeki kita tak kemana. 

Untuk korang yang berminat nak jadi Agent Mommylin Junior Food. Boleh lah whatsapp mommy di link ni ye. www.wasap.my/60183587660/Agent+mommylinjuniorfood 
Nak chat panjang, nak tanya semua boleh. Korang boleh tengok pakage agent yang mommy bagi ni ye... 








Business MOMMY HAPPY

Korang pernah dengar tak nama Mommy happy? Haaa... mana yang tak tahu tu, Mommy Happy ni adalah syarikat yang mengeluarkan bahan bantuan belajar. Buku-buku, education toy dan pelbagai lagi barang dan buku2 viral. 

Kita ibu-ibu ni, mesti suka lah bila beli barang untuk anak. Tak kisah lah barang tu, baju ke, mainan atau buku kan? Ini memang perangai ibu-ibu solehah gitu... ihihhi duit gaji pun banyak habis beli macam-macam barang untuk anak, betul tak? 

Mommylin dengan Mommy Happy ni, baru je 2 bulan. Apa yang mommy suka, mudah je kita nak jual barang dari Mommy Happy ni. Tak perlu amik stok, dan pos barang. Sistem mereka macam dropship tapi, dapat harga agent dan bonus kalau capai minimum PV. Best kan? 

Sebab tu mommylin share dengan ibu-ibu kat luar sana, kalau korang tak ada bajet untuk mulakan perniagaan, korang boleh cuba jual barangan dari Mommy Happy ni. Korang hanya perlu bayar RM50.50 dan akan dapat buku panduan usahawan serta membeli dengan harga agent. 

Di sini mommy sharekan kat korang sedikit kelebihan dan keuntungan dengan berbusiness buku ni k... 









Menarik bukan? ok lah, mommy nak kena pantau anak-anak pula, sampai jumpa lagi. Kalau berminat nak join business kat atas wasap mommy k. nah link, klik je boleh terus cit chat... 

www.wasap.my/60183587660/nak+buat+business 


LOVE, 
Mommylin

You Might Also Like

0 leave a massage here...

Followers

Label Cloud

::homemadefood::. .:: #besday party# ::. .:: 1st time::. .:: Adaptasi novel ::. .:: ads ::. .:: anniversary ::. .:: artstouch ::. .:: baby carrier ::. .:: big family story::. .:: breastfeeding ::. .:: business ::. .:: cakap-cakap ::. .:: celebration of fairy tale day ::. .:: cheesekut ::. .:: Cloth Diaper ::. .:: coretan untuk anak mummy ::. .:: D.I.Y ::. .:: d' info ::. .:: Hafidh Aryan ::. .:: Harris Adeel ::. .:: iluvislam ::. .:: imladyadie ::. .:: interior designer ::. .:: just about me ::. .:: korean ::. .:: love ::. .:: mainan kiddo::. .:: mei tai ::. .:: menu si kecik ::. .:: motherhood journey ::. .:: my little Iman ::. .:: my LITTLE love ::. .:: natural remedy ::. .:: no drug life ::. .:: novel ::. .:: novel review::. .:: nursing cover ::. .:: our activity ::. .:: our love::. .:: our syurga ::. .:: peringatan ::. .:: petua mudah bersalin ::. .:: pregnancy moment ::. .:: ragam MHA ::. .:: resepi baby ::. .:: review ::. .:: segmen ::. .:: the precious moment ::. .:: tragedi ::. .:: wedding preparation ::. .::ayam pandan ::. .::gbsb::. .::giveaway::. .::homemadefood::. .::imladyadie::. .::islam itu indah ::. .::ramadhan::. .::resepi ikan::. #misikurusallene #mommylinjalan2018 #mommylinjalan2018. kelab blogger ben ashaari #simpleresepibyallene 100% natural 3rd pregnancy. adik MHA adikkakna ads Agent biscute agoda aidijuma ALine Healthy FOOD ALine Works Allene aman palestin amar baharin anak syurga apple cider vinegar artis arts aydina nufayla babies blink baby no 4 babyfood bahtera barut beauty bedung beranang Birthday biscute by mommylin biskut baby blog blog review blogger blogger day out Bloggermalaysia blouse brotherhood cahaya raya carity cenderahati cerita sekolah anak mommylin cintahati coffee lover contest cosmoderm cuka epal cuti malaysia D daddy mha deko demam drama melayu dramago dugaan ramadan 2015 durian e-novel estofa glow event event blogger family day faminine wash fathers day filem food food review frozen food funny gathering gojes blogger gopro habibi oil hadi hadi family Harraz Azhraf Harris hijab pins by mommylin holiday Home sweet home homemadecokies homeopathy homeschooling homework husband instant shawl Interior jakel jalan2 dengan anak jerebu kaison malaysia kanser kari kepala ikan kbba kbba9 kecantikkan diri kelab blogger ben Ashaari kelabbloggerbenashaari kes semasa kids friendly house kids friendly play komen kopi pegaga kuantan kuih muih kun anta langkawi lazada legoland lzs madu mak wan MHA malay malaysian mandian herba masker vietnam melaka mh17 mini zoo kl tower miracle collagen dust misipottytrain mommy bebel mommy blogger mommy happy mommylin mommylin at kitchen mommylin holiday mommylin junior food mommylin junior happy mommylin love and care mommylinjalan2019 motherhood Mudah amal sunnah muslim produk natural way nursing in public online business online printing online shopping parenting passion pengalaman bersalin percutian Mommylin pet pin cushion preggy mom program zikra 2015 qurta anta rakuten ramadhan rambut cantik rambut gugur raya 2014 raya 2015 raya 2016 raya2017 restoren review Review review butik review drama review product rezeki rysya skincare SALE sekinchan sekolah 2017 ser serunding halia bilis shawl. shopee shopping online shopping raya short vacation si kecik ::. side income simple skin2love by mommylin suppliment surya cuka epal susu dugro susu ibu susun atur throwback tip typical mommy tyzara shampoo ubat traditional ucsi group unboxing Vacation viral vitamin kuku wahm Web review wifeadie yhadifamily . allene family zalora zoo zucca