kbba

Mommy for 4 adorable kids. Founder Mommylin Junior Food and VIP agent for Mommy Happy product

Latest Posts

Zakat Emas dan Perak - Bagaimana cara pengiraan zakat emas

By 8:30 AM

Hai, Assalamualaikum semua...
Selalu kita asyik dengar pasal zakat. Dari kecil kita berlajar tentang zakat. Tapi secara asas sahaja. Dan kita juga sedia maklum, zakat ada dalam rukun islam. Berzakat ni, wajib untuk semua umat islam. Terutama pada yang berkemampuan. 



Siapa yang layak berzakat? 

1- Islam
2- Pemilikkan sempurna 
3- Cukup nisab
4- Cukup haul
5- Harta yang berkembang 
   

Jelas tak syarat2 untuk berzakat tu? Kalau korang tak jelas, boleh layari web zakat klik kat sini ye >>link<< 
Sebabkan mommylin ni, tak pakar sangat nak terangkan bagi korang jelas. Jadi, rujuk pada yang pakar k. Tapi, mommylin nak share dengan korang pasal Zakat Emas dan Perak. Rasanya ramai terlepas pandang bab zakat Emas ni, selalu ingat zakat pendapatan je kan... Ye, kita manusia biasa selalu lupa dan lalai. Jom baca apa yang mommylin nak share ni. Moga manfaat ye. 





Zakat Emas dan Perak

Mata wang wajib dikenakan zakat kerana ia boleh digunakan untuk bermuamalah sama dengan emas dan perak. Wang sama ada berbentuk kertas, syiling atau sebagainya setaraf dengan emas dan perak sebagai satu kuasa membeli.

Nisab zakat emas adalah berdasarkan nilai semasa bagi nisab emas 20 mithqal (85 gram) atau perak (595 gram). Jumhur fuqaha telah menyandarkan nisab wang kepada nisab emas (85 gram).


Dalil Wajib Zakat

Dalil Al-Quran:

وَٱلَّذِينَ يَكْنِزُونَ ٱلذَّهَبَ وَٱلْفِضَّةَ وَلَا يُنفِقُونَهَا فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ فَبَشِّرْهُم بِعَذَابٍ أَلِيمٍۢ ۝٣٤

Maksudnya:

“Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka kabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya”
(Surah At-Taubah : Ayat 34)

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Saidina Ali telah meriwayat bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda: “Apabila kamu mempunyai 200 dirham dan telah cukup haul (genap setahun) diwajibkan zakatnya 5 dirham , dan tidak diwajibkan mengeluarkan zakat (emas) kecuali kamu mempunyai 20 dinar (salah satu matawang zaman dahulu yang digunakan di negara Arab). Apabila kamu mempunyai 20 dinar dan telah cukup haulnya diwajibkan zakatnya setengah dinar. Demikian juga kadarnya jika nilainya bertambah dan tidak diwajibkan zakat bagi sesuatu harta kecuali genap setahun.”
(Hadis riwayat Abu Daud)

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Setiap pemilik emas dan perak yang tidak menunaikan haknya maka pada hari kiamat dijadikan kepingan lalu dibakar dalam api neraka kemudian diselar rusuk dan belakang mereka; setiap kali kepingan itu menjadi sejuk ia kembali dibakar semula pada hari yang kadarnya bersamaan dengan lima puluh ribu (50,000) tahun sehingga ia dihukum di antara hamba-hamba Allah maka dilihat jalannya sama ada ke syurga atau ke neraka”.
(Hadis Riwayat Muslim)



Kaedah Kiraan Zakat Emas & Perak: 


Zakat Emas & Perak


Emas Perhiasan Wanita ( اَلْحُلِّى )

Contoh:

[(Berat emas – Uruf) x harga emas semasa x 2.5%]
(900 gram – 800 gram) x RM144.38 = RM14,438 x 2.5% = RM360.95


Emas Bukan Perhiasan ( غَيْرُالحُلِّى )

Contoh:

Timbangan emas x harga semasa x 2.5% = Jumlah Zakat
100 gram x RM144.38= RM14,438 x 2.5% = RM360.95


Emas Bercagar

Contoh:
[(Berat emas semasa x harga semasa) – Nilai Pinjaman – Upah Simpan] x 2.5% = Jumlah Zakat
[(200 gram x RM144.38= RM28,876) – RM10,000 – RM76] x 2.5% = RM470

Perak

Contoh:
600 gram perak x RM2.45(segram pada 30 April 2014) x 2.5% = RM36.75

Pelaburan Emas Tanpa Fizikal Tidak Patuh Syariah

Pelaburan emas tanpa fizikal tidak patuh Syariah (ditaksirkan zakat simpanan)

Pelaburan ini menggunakan nilai harga emas semasa sebagai sandaran pelaburan mereka kerana pihak institusi sebenarnya tidak memiliki emas secara fizikal.

Hukum

Hukum pelaburan seumpama ini adalah tidak sah dan haram. Ia termasuk dalam kategori jual beli sesuatu yang tidak wujud secara fizikalnya dan juga jual beli sesuatu yang tidak dimiliki oleh pihak yang menjualnya. Akadnya batil kerana tidak mencukupi syarat termeterai akad dari sudut kelayakan bertransaksi dan subjek yang diakadkan.

Segala keuntungan yang diperolehi daripada pelaburan ini adalah haram. Jadi ianya tidak wajib dizakatkan.Walau bagaimanapun, modal atau pokok pelaburan adalah harta yang halal. Oleh itu, jika ia melebihi Nisab, maka zakat wajib dikeluarkan sebanyak 2.5% daripada jumlah modal tersebut.

Manakala dalam keadaan Akad Fasid kerana tidak mencukupi syarat sah / rukun jual beli , tetapi diakhiri dengan berlaku proses qabd (pindah milik), maka diwajibkan zakat ke atasnya kerana status pemilikannya adalah sempurna. Iaitu wajib zakat (atas kedua – dua prinsipal dan keuntungan) untuk transaksi yg akadnya fasid tetapi disertai qabd.

Fuhhh... banyak kan info-info mengenai zakat Emas ni. Kalau kita ada banyak emas, samada pakai atau tidak, sebaiknya mari lah kita berzakat. Jangan lupa, setiap kali kita berzakat, insyaAllah Allah akan gandakan rezeki kita, percayalah. Jangan takut memberi. Nak kan lebih info mengenai zakat korang boleh lah malayari laman sesawang atau terus ke Pusat Zakat Selangor. 

Bangunan Zakat Selangor
3-01-1, Presint ALAMi, Pusat Perniagaan Worldwide 2,
Persiaran Akuatik, Seksyen 13, 40100 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan

WAKTU OPERASI CAWANGAN
1 Disember - 28 Disember 2020
9:00 pagi - 4:00 petang
Sabtu, Ahad & Cuti Umum
9:00 pagi - 3:00 petang
29 Disember - 31 Disember 2020
8:30 pagi - 8:00 malam

Akhir kata, letaklah zakat dihati, dalam setiap zakat yang kita lakukan, insyaAllah akan menjadi saham kita di akhirat kelak. Amiinn... 



You Might Also Like

0 leave a massage here...

Followers

Label Cloud

::homemadefood::. .:: #besday party# ::. .:: 1st time::. .:: Adaptasi novel ::. .:: ads ::. .:: anniversary ::. .:: artstouch ::. .:: baby carrier ::. .:: big family story::. .:: breastfeeding ::. .:: business ::. .:: cakap-cakap ::. .:: celebration of fairy tale day ::. .:: cheesekut ::. .:: Cloth Diaper ::. .:: coretan untuk anak mummy ::. .:: D.I.Y ::. .:: d' info ::. .:: Hafidh Aryan ::. .:: Harris Adeel ::. .:: iluvislam ::. .:: imladyadie ::. .:: interior designer ::. .:: just about me ::. .:: korean ::. .:: love ::. .:: mainan kiddo::. .:: mei tai ::. .:: menu si kecik ::. .:: motherhood journey ::. .:: my little Iman ::. .:: my LITTLE love ::. .:: natural remedy ::. .:: no drug life ::. .:: novel ::. .:: novel review::. .:: nursing cover ::. .:: our activity ::. .:: our love::. .:: our syurga ::. .:: peringatan ::. .:: petua mudah bersalin ::. .:: pregnancy moment ::. .:: ragam MHA ::. .:: resepi baby ::. .:: review ::. .:: segmen ::. .:: the precious moment ::. .:: tragedi ::. .:: wedding preparation ::. .::ayam pandan ::. .::gbsb::. .::giveaway::. .::homemadefood::. .::imladyadie::. .::islam itu indah ::. .::ramadhan::. .::resepi ikan::. #misikurusallene #mommylinjalan2018 #mommylinjalan2018. kelab blogger ben ashaari #simpleresepibyallene 1 tahun 100% natural 2020 3rd pregnancy. adik MHA adikkakna ads Agent biscute agoda aidijuma ALine Healthy FOOD ALine Works Allene aman palestin amar baharin anak syurga apple cider vinegar artis arts aydina nufayla babies blink baby no 4 babyfood bahtera baju sekolah barut beauty bedung beranang Birthday biscute by mommylin biskut baby blog blog review blogger blogger day out Bloggermalaysia blouse brotherhood cahaya raya carity cenderahati cerita sekolah anak mommylin cintahati coffee lover contest cosmoderm cuka epal cuti malaysia D daddy mha deko demam drama melayu dramago dugaan ramadan 2015 durian e-novel estofa glow event event blogger family day faminine wash fathers day filem food food review frozen food funny gathering gojes blogger gopro habibi oil hadi hadi family Harraz Azhraf Harris hijab pins by mommylin holiday Home sweet home homemadecokies homeopathy homeschooling homework husband instant shawl Interior jakel jalan2 dengan anak jerebu kaison malaysia kanser kari kepala ikan kbba kbba9 kecantikkan diri kelab blogger ben Ashaari kelabbloggerbenashaari kes semasa kids friendly house kids friendly play komen kopi pegaga kuantan kuih muih kun anta langkawi lazada legoland lzs madu mak wan MHA malay malaysian mandian herba masker vietnam melaka mh17 mini zoo kl tower miracle collagen dust misipottytrain mommy bebel mommy blogger mommy happy mommylin mommylin at kitchen mommylin holiday mommylin junior food mommylin junior happy mommylin love and care mommylinjalan2019 motherhood Mudah amal sunnah muslim produk natural way nursing in public online business online printing online shopping parenting passion pengalaman bersalin percutian Mommylin pet pin cushion preggy mom program zikra 2015 qurta anta rakuten ramadhan rambut cantik rambut gugur raya 2014 raya 2015 raya 2016 raya2017 restoren review Review review butik review drama review product rezeki rysya skincare SALE sekinchan sekolah 2017 ser serunding halia bilis shawl. shopee shopping online shopping raya short vacation si kecik ::. side income simple skin2love by mommylin suppliment surya cuka epal susu dugro susu ibu susun atur thomxschool throwback tip typical mommy tyzara shampoo ubat traditional ucsi group unboxing Vacation viral vitamin kuku wahm Web review wifeadie yhadifamily . allene family zalora zoo zucca