kbba

Latest Posts

.:: susah2 dahulu, senang2 kemudian ::.

By 8:38 AM



Pagi2 lagi, Lin da rajin nak update blog. Bukan apa... cuma hari ni, belaku satu lagi perkara yang boleh buat Lin terkenang kan kisah lama... ;) 

Actually, hari Lin ada check up untuk kali ke3. So, da planing la dengan Hubby, dia bawa motor, Lin drive sendiri. Sebab nanti senang Lin pergi check up jer. 

Baru nak start kereta pagi ni, tetiba tak boleh start pula. Sah! la tu, bateri kong. Sebab memang da dapat rasa bateri nak kong. So, Lin cakap dengan Hubby, kita breakfast dulu. Sambil tu, kita fikirkan macam mana.

Last sekali, kami decide, naik motor. Memula takut gak. Baby br 4 bulan, tak kan boleh ganas2 kan. Motor kalau langgar lubang memang sakit sebab terhentak. Tapi alhamdulillah da selamat sampai di ofis. Petang ni, hubby amik untuk bawa pergi check up pula. ;) 
Nak melekat jer la... ingatkan nak berdikari, pergi check up sendiri. Tapi takdir da kata kami pergi bersama.... ;) 

Tapi, sepanjang pejalanan tu, kerja Lin atas motor asyik menjerit bila hubby langgar lubang. :) . Ni la first time naik motor selepas kami berkahwin. 

Doakan, perjalanan hari ni, selamat. Harap tidak ada perkara yang tak baik berlaku.

Dulu masa berlajar di UITM, motor la pengangkutan utama. Tak pernah kuar dating naik bus tau taxi. Walaupun motor yang berjasa dengan kami dah tak ada lagi, tapi bila naik motor hari ni, semua kenangan tu datang balik. Yela, pengalaman apa yang kami tak lalui, motor pancit, hujan, minyak abis... ishh... macam2 la...  tu la yang dikatakan, susah dahulu, senang kemudian. Bila da senang kita susah da tak rasa susah, malah rasa seronok. :) 

with love ♥ 
.:: allene ::.

You Might Also Like

0 leave a massage here...

mommylin.juniorhappy

Followers