.:: mimpi yang menghantui - part 2 ::.



Morning, semalam post cerita tentang rumah baru, hari ni pula nak cerita tentang mimpi pertama di rumah baru...

Agaknya terlalu penat malam tu, Lin tidur pun dalam pukul 12 macam tu. 

Cerita mimpi:
Lin,hubby ngn ayah pergi 1 tempat tuk urusan beli rumah.  Tetiba datang seorang lelaki dengan perempuan warga asing. 
Perempuan asing tu, ikut kami dalam 1 kereta. Masa dalam kereta, dia diam jer. Macam tak ada pape yang mencuriga kan. 

Sampai di rumah kami (rumah mama & ayah), Lin dengan hubby terus masuk bilik. Yang terperanjatnya, masa hubby baring di katil, tetiba perempuan asing tu, baring sebelah dia

?
?
?

sakitnya hati lin bila tengok. Lin perhatikan sahaja. Tapi dalam keadaan marah. 
Lepas tu, perempuan tu, mula nak beraksi manja2. Mula la lin naik angin. 
Maki hamun pun keluar. Tapi yang pelik, Lin marah2 macam dorang tak dengar pape dan buat tak kisah.  Tetap nak mengedik. 

Lin keluar bilik tu, dalam keadaan marah sambil hempas semua pintu
(benda kelakar yang Lin ingat, lin tumbuk pintu, pintu tu terbukak. Then lin tutup balik tuk tumbuk lg skali. ) marah sangat da. 

Lin turun bawah, mengadu dengan mama. Mama pun marah, tapi tak pula pergi atas tuk halau perempuan tu. Memang sakit hati la... Lin da tak sanggup nak tengok aksi gedik2 Lin pun duduk bawah sampai petang.

Masa petang pula, Hubby Lin turun bawah nak tgk TV, ada jugak perempuan gedik tu, tgk tv ngn Hubby... Sakit jer hati... Memang perasaan marah, tu tak boleh control lg.

Marah dan sakit hati sampai terjaga dari tidur. Tengok jam tepat pkul 5 pagi
Ya Allah, belum subuh lg masa tu. 
Pusing sebelah tengok hubby tidur lena jer. Tetiba air mata mengalir....... 
Sedih + takut kehilangan suami tercinta

Tangisan jadi esakan.. hubby terjaga, terus terduduk, dia ingat lin sakit. 
Bila hubby tanya kenapa? Lin tak jawap... tapi pura2 tidur. 

OTW pergi, dalam kereta baru la Lin cerita pasal mimpi mlm tu. Dia hanya tersenyum dan kata jangan fikir sangat. 

Ya Allah, jauhkan kami dari perkara2 yang tak baik... 


with love  
.:: allene ::.

Post a Comment

0 Comments