.:: mimpi yang menghantui ::.


Sejak kebelakangan ni, Lin dihantui mimpi2 aneh la... Kadang2 tu, asyik fikir jer...
Takut mimpi tu ada bawa makna. 

Memula sekali, Lin mimpi tumpah darah. Tapi tak banyak la...
Keduanya pula mimpi tumpah darah tak banyak juga, tapi dah masuk ward, macam tunggu masa untuk bersalin.

Yang ketiga pula mimpi indah. Tapi orang kata, apa yang kita mimpi akan jadi yang sebaliknya. Maksudnya perkara buruk terjadi. 
Lin mimpi bersalin. Tapi di rumah. Yang pelik tu, bersalin sambil berdiri dan sendiri. 

Baby keluar tapi biru badan dia. Macam mayat. 
Lepas baby dibersihkan, rupa dia hensem sangat. Jantina dia lelaki. Kulit macam korea la. Mata sepet tapi hidung mcam hidung iman. Memang indah, rasa macam betul2 da bersalin. 

Tapi tu semua mimpi. Bila Lin cerita kat MIL, dia suruh hati2. Takut bawa maksud tak baik.
Malam tu, memang tak boleh tidur. Asyik fikirkan apa yang sebenarnya akan terjadi. 
Lin solat, tak henti2 berdoa, agar baby selamat, dan di jauhi segala penyakit. 

Doa untuk si kecilku sayang!


Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat.
Ya Allah, jadikankah dia sihat dan sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal.Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis, dengan berkat Nabi Muhammad SAW dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.AMIN YA-RABBALALAMIN



with love  
.:: allene ::.

Post a Comment

0 Comments