.:: mengidam ::.

Assalammualaikum w.b.t

Cerita mengidam ini, biasanya dikaitkan dengan orang mengandung
(macam lin la... ) 

Mengidam ini ikut orang, ada yang mengidam bukan2. Nak rusa la,
unta la, hati biawak la. (ade ker??? ) 

Tapi untuk Lin tak la sampai tahap macam tu. Mungkin sebab mengandungkan anak lelaki kot.
Selera tak besar sangat. Makan pun tak memilih. ;) 

Yang lin ingat, awal pregnant dulu teringin makan daging lembu. Pergi mana2, mesti nak makan lauk yang ada daging lembu. Beli burger pun nak daging lembu.
Kalau makan daging ayam tu, macam tak ada selera je. 

Masuk pertengahan pula, mula la teringat makanan2 yang sedap.

 ~popia crispy~


Popia ni, Lin dapat last month, makan kt Sunway Piramid. Tapi tak sedap macam dulu la.
Tak tahu kenapa. Spoil la... :(


~ untie anne's ~


Untie anne ni, baru jer dapat makan. Dari dulu pandang jauh2 jer. Bukan tak ada duit nak beli. Tapi setiap kali lalu kat kedai dia, mesti que panjang. Alahai, rajin nye nak menunggu.
Tapi alhamdulillah.. awal bulan ari tu, kedai Untie anne lenggang jer. Mungkin sebab orang semua selera besau nak makan benda lain.




~ coconut drink ~


Yeah... yang ni, awal2 mengandung takut nak minum. Sebab pernah terbaca artikel, air kelapa boleh membahayakan kandungan.
Tapi, last month, ada pula kawan msg kat FB. Kalau nak anak kulit cantik, minum air kelapa. Tapi jangan selalu. Alhamdulillah... masa celebrate besday my hubby, Lin minum la 1 biji tu... ;) 



~ big apple ~


Big apple ni, tiap kali nampak mesti nak beli. Sebab hubby yang ketagih nak makan donut yang ada badam tu. 
Lin pula gian nak donut yang coklat + cuppucino. 
yummy... 





~ nasi ayam ~


Walaupun selalu makan nasi ayam, tapi Lin tak dapat nasi yang lengkap macam dalam gambar ni. Misi sekarang ni, nak cari nasi lemak yang macam ni jugak.


Ok la... ni yang da lepas hajat. Ada lagi yang belum lepas hajat anak tekak. :)


Salam Aidiladha to all bloger! 


with love ♥ 
.:: allene ::.

Post a Comment

0 Comments