kbba

Latest Posts

.:: 1st time tido tanpa hafidh aryan ::.

By 5:59 PM , ,


Hari yang memilukan... hohoho 
semalam, hafidh tak tido ngn mummy, dia tido umah mak wan...

Mummy nak train hafidh tido ngn mak wan ok ker tak? dan train perasaan mummy, boleh ker berpisah ngn hafidh di malam hari... :( 

Memang tak boleh la!!! 
masuk kereta, jumpa sapu tangan hafidh, mummy kiss, wpun bau muntah, mmy bau banyak kali, dan rasa hafidh dekat jer. 

Masuk rumah pula, mmy tengok tilam,bantal ngn selimut hafidh, menangis lg mmy. Daddy balik, cakap "eee.... bantal ni bau hafidh mie. ".... terus meleleh air mata ni. Arggghhhhh... tak tertahan. Rasa nak amik malam tu gak. 

Mummy telephone mak wan, tanya hafidh wat pe. Mak wan jawap dia kembong. Baru sapu minyak. Sekarang ni, nangis nak susu. Pastu, mak wan leh plak bg mummy dengar suara hafidh nanges. Time ni, air mata paling laju la. 

Mummy ngn daddy kuar mkn, rasa xsanggup dok umah, asyik ingat hafidh jer. Sampai kedai makn, mummy text mak wan tanya hafidh da tido ker belum? tp xde reply. mummy xbrani nak call mak wan. Nanti dengar suara hafidh menangis lg!!! xsanggup.! 
At last ddy call. Mak wan kata hafidh da tido. Lega jup hati mummy.

Malam tido, daddy bg peluk bantal hafidh. Mmg peluk sampai pg la. 
Pukul 3, mmy bgun pump susu untuk hafidh. Dalam hati, mmy ckp... kan bgus hafidh ada, xpyh mmy pump sampai 45minit ni. 

Pukul 7 pg, basah bju mmy. mesti hafidh tgh cari susu masa kat umah mak wan. mmy pump susu hafidh lg. Meleleh jer air mata bila ingat hafidh. 

Sampai offis mummy call mak wan, tanya hafidh tido meragam tak? alhamdulillah dia ank baik. xmeragam pun.

Sekarang pukul 6.50pm. jup lg nak balik, terus pecut ke melaka jumpa hafidh. tak tahan rindu da ni... :( 


mcm ni la rupa hafidh merengek nak susu...

with love ♥ 
.:: allene ::.

You Might Also Like

6 leave a massage here...

  1. betul. rasa rindu sangat tu tak penah rasa walaupun sedang bercinta dulu. lain macam dan tak tertahan-tahan :)

    ReplyDelete
  2. eeee....lg chubby la kamu hafidh..geram!picit sikit pp tu..hehe

    ReplyDelete
  3. sedihnya baca lin. kayrul kalau anak yang sulung tidur rumah tok maknya satu malam pun tak boleh tidur..inikan plak berhari-hari..

    kekadang kalau nak keluar sekejap pun sanggup usung dua-dua anak dari tinggalkan diorg kat tok mak. rasa tak best kalau family tak lengkap bila keluar

    ReplyDelete
    Replies
    1. kayrul, mmg tak sanggup rasa nya nak berpisah... asyik jer la berlinang air mata ni... tp untuk hafidh gak... nak kan penjagaan yang terbaik.

      Delete

mommylin.juniorhappy

Followers