.:: dilema B.S ::.

Lama tak update blog. Dalam otak ni, sebenarnya macam2 nak tulis. Tapi terbantut. Sebab rutin harian yang sangat busy. Lepas Hafidh lahir, semua rutin memang totally berubah. Especially, bab anak ni. Arrggghhh... dilema tak sudah2. 

Dulunya lin cerita pasal 100km everyday . Tapi, rutin tu Lin larat lakukan 2 minggu jer. Lepas tu, Lin demam sebab penat sangat. :( 
Next weeknya pula, Lin tukar cara lain. Ahad tinggalkan anak rumah mama. 
Hubby tanya
" boleh ker??? nanti menangis. B yang susah hati. ". 
Dengan confident jawap. 
"ya... janji b jangan cerita pasal anak, nanti teringat, mesti menangis". 
Deal da buat. Tapi, apa jadi... 
tengah malam bangun pump susu pun boleh menangis. Lagi laju susu keluar, laju juga la air mata ni keluar. 

Argghhh sudah. Memang minah leleh betulla. 
Balik kerja, Lin dengan hubby tidur rumah mama. Esoknya, tinggalkan hafidh tidur dirumah mak wan. (kira selang2 la jumpa anak.) Sama juga. Tukar cara lain.

Siang anak tinggal dengan mama. Malam, Lin balik kerja, kemas rumah, masak & siap2 pergi rumah mama dengan hubby merempit pergi puchong pula. Tidur sana, bangun pagi2, balik cheras dan siap2 pergi kerja pula. Kena 2 hari, dah mula rasa sakit2 badan, puncanya, merempit dan tidur di toto.

Nekad la, cari B.S near house. Call one of my untie, yang tinggal kat sg.besi. Ok, ada sorang nak jaga. Sekarang dia jaga 2 kanak2 dan sorang baby. Lin dah happy. tapi......

Masalahnya sekarang hubby, mama & ayah tak setuju. arggghh... macam mana ni. Dulu, ada kawan pun rekemen sorang B.S. tapi hubby tak setuju. Sekarang pun sama. Tak ada sapa yang menyokong Lin. 

Alasan mereka: 
Anak kecil lagi. kalau tukar tangan jaga nanti budak kurus. 
Banyak kes budak mati tersedak. Baik darah daging sendiri yang jaga.
Nanti lukakan hati mama. Sebab berpisah dengan hafidh. 
Asap rokok suami b.s boleh sebabkan anak sakit (hafidh tak pernah terdedah dengan asap rokok.) 
Dan macam2 lagi. 

Masalahnya sekarang ni. Lin tak boleh tidur tanpa HAFIDH :( 





p/s: tak sanggup nak tinggalkan bantal peluk mummy ni


with love
 .:: allene ::.

Post a Comment

6 Comments

  1. siannya lin... takperlah mummy... nanti hafidh dh beshar siket blh lah hantar ke nusery yer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kak... adie ckp, bila hafidh da boleh bjalan br anta umah org or nursery. :(

      Delete
  2. sama :(

    hari2 segambut-datuk keramat-bangsar-datuk keramat-segambut

    rumah kat segambut, MIL kat keramat, ofis kat bangsar

    keluar 6.20am, sampai segambut almost 10pm, sebab dinner kat in law's house terus.

    penat, tp terpaksa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. penatkan dear. Tu la i terpaksa, tuk dapat kan penjagaan terbaik untuk ank.

      Delete
  3. kalau ibu... segala2nya untuk anak kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tul tu ogyep... klu boleh sume gaji nak spend brg untuk dia jer... :D

      Delete