kbba

Latest Posts

.:: garu sana, garu sini ::.

By 9:20 AM , ,

Kecian sangat kat hafidh sekarang ni. Kuat sangat menggaru. Dulu, garu kepala sampai luka, calar balar. Sekarang sampai berdarah, menanah, berkuping.

Serius, keadaan kepala dia memang menakutkan, luka dia sentiasa berair je. Lagi berair, lagi hafidh akan rasa gatal. Bila terlepas pandang, mula la dia menggaru.

Kalau lin ada, sure lin akan pegang tangan dia or bedung dia. Tapi, bila hafidh kat umah makwan, tak ada siapa nak jaga dia macam lin jaga.

Bila pakaikan sarung tangan, Kecian pula dia, bila nak pegang mainan tak dapat. Dia baru nak belajar memegang. Tapi bila dia tidur, memang lin akan pakaikan sarung tangan. Masalahnya pula, bila hafidh garu kepala guna sarung tangan, sarung tu akan tertanggal. Mana la lin nak sedar malam2 kan. Bila bangun menyusu, cari balik sarung tangan dia, pasangkan semula.

Lin dengan D bawa hafidh pergi clinic pakar kanak kanak. Doktor kata normal, memang akan jadi macam ni, tu je. Perrrgghh sakit hati, bayar mahal2 ingat dia consult 5 star la, ni tak. Argghh... Lantak la, malas fikir. Ambil jer ubat yang doktor bagi dan sapu.

Memang nampak perubahan kat kepala hafidh, luka makin kering. Tapi, bila balik Muar, MIL pula suruh pakai krim gamat putih. Dia kata, sepupu hafidh dulu pun kena benda yang sama. Orang da belikan, takkan nak bantah pula. Jadi lin pun pakaikan je la kat kepala hafidh.

Alhamdulillah, nampak juga perubahannya.


Hari ni, bila lin sampai rumah makwan, terkejut sangat tengok muka hafidh. Luka yang sangat dalam kat pipi dia. Rasa nak menangis time tu juga. Tapi, bila fikir balik, takut mama lin terasa hati pula :(

Apa boleh buat, tatap jer la muka hafidh, susukan hafidh, sampailah dia tertidur. Bila dia da tidur, lin sapukan minyak habatussauda kt luka muka dia. Krim gamat putih tak boleh letak kat muka, takut lain pula jadinya.

Macam mana agaknya cara untuk hafidh tak garu garu kepala dia? Ayah lin kata, sebab pemakanan lin. Ye lah, hafidh kan susu badan, apa yang lin makan dia akan rasa juga. Takut hafidh ada rasa gatal gatal kat makanan yang lin makan. Sekarang ni, ayah nasihatkan lin untuk pantang makan. NO ayam, NO daging, NO sotong, NO udang... Dan lain lain.

Sedih gak bila dapat arahan dari boss besar macam tu. Nak tak nak kena juga ikut,demi kebaikkan hafidh.

Semoga hafidh cepat sembuh ye sayang.... Mummy love u a lot... Muahhh...
Lin tangkap gmbr guna ipad jer, tak clear pula luka hafidh... 

You Might Also Like

2 leave a massage here...

  1. dik, cuba letak minyak TYT... so far minyak tu ok... cepat kering luka²... pastu nyamuk pun tak hinggap...

    ReplyDelete

mommylin.juniorhappy

Followers