.:: cara mengemas rumah sambil jaga anak ::.


Salam,

Ok, sejak ada anak ni, rumah mesti susah nak kemaskan. (lin la tu)
Penat bekerja, terkejar2 hantar anak lagi, balik nak masak, basuh baju, lipat baju... macam2 la. (bukan merungut ok) 

Sabtu hari tu, D ada hal sikit, so tinggalla lin dengan Hafidh. Biasa la puasa2 ni, memang mood bermalas malasan. Tapi, bila tengok keadaan rumah da macam kapal karam. Hah macamana rupa rumah lin, korang imagine la sendiri. Tapi, sabtu hari tu paksa diri untuk mengemas walaupun budak bam bam tu ada, tapi tetap kena mengemas juga. 







1- Bagi anak makan kenyang2 or susu sampai dia kenyang.

2- Tidurkan dia dalam buaian or baby cot.
(senang nak menyapu or vacum nanti) 

3- Kemas bahagian yang akan baby gunakan untuk bermain bila da bangun dari tidur. 
* bilik baby/living area
( lin akan kemas living, sebab lin suka letak hafidh di living.)

4- Kemas secepat mungkin. Lap semua perabot, Sapu lantai & mop rumah. (basic) 

Budak ni, kadang2 tidur lena sampai 2-3 jam. Kadang2 sekejap je da bangun. Siap kemas living, hafidh pun bangun

5- Lin letak hafidh dekat living, sekali dengan mainan dia. Bagi dia leka bermain. Jangan kita pun sama main dengan anak. Keja tak siap lagi mak oiii...

6- Continue kemas dalam bilik -bilik. Bukak tingkap dengan luas untuk bagi udara masuk. (jangun tlupa tutup plak, banjir nanti kalau hujan) 

7- Kemas 1 persatu bilik. Mengelap habuk dan menyapu. 

8- Mop lantai untuk semua bilik.
 (jangan mop 1 bilik, pastu sapu bilik lain, nanti habuk bertebangan)

9- Kemas dapur, kumpul semua pinggan kat sink, lap dapur, dinding dapaur. 

10- Basuh pinggan, susun pinggan. 

11- Sapu lantai & mop lantai.

OK. Anak da menangis nak susu. Tapi, jangan terus pergi kat anak. Badan tu penuh dengan peluh dan habuk. Kang sakit la pula budak tu. Take time untuk mandi. Jangan mandi lama2 bila anak sorang2... bahaya. Mandi kejap2. 

Da bersihkan diri, baru susukan anak, da kenyang dia, main2 la dengan dia.(boleh berhenti rehat kejapkan)  Sampai dia bosan and mengantuk. Tidurkan dia dan mak sambung balik mengemas....

12- Susun magazine or apa sahaja position yang nak di ubah di living area. (lin suka alih2 kan barang, tak ada la nampak bosan bila kita duduk rumah) Rotate meja makan ker, ubah position bunga ker... apa jer la. 

13- Tukar bedsheet or jemur bantal2 yang ada dalam bilik. Ini untuk mengelak dari bantal kita berbau atau ada kuman. (ye kot) 

14- Angkat dan lipat baju. 
 (susun sekali ye.)

15- Rehat ~~~

Kalau nak lap tingkap or apa sahaja, cari masa lain yang sesuai. Sebab kalau buat same day. Pengsan ok.! Nanti siapa nak dukong?? laki tak de. 



p/s: bab sidai baju tak ada kan? D punya tugas tu... hohohoh....


Ok itu je, papai.


with love ♥
 .:: allene ::.

Post a Comment

0 Comments