.:: hafidh suspect lung infection ::.


Demam hafidh melarat sehingga seminggu. Walaupun 1st time demam. Da seminggu badan still panas. Petang Jumaat, mak wan call cakap badan hafidh panas sangat, sampai mengigil2 seluruh badan dia. Masa tu, pukul 5pm. Sejam je lagi masa balik. 

Lepas dapat khabar macam tu, lin terus menangis. Secara tak sengaja, air mata tu keluar. Ambil masa untuk tenang sekejap, then call D. D cakap, tak kan nak balik, lagi sejam je. (D memang macam tu, lin masuk wad nak beranak pun dia still buat keje kat ofis). Lin decide, nak balik. Terus pergi jumpa manager, cakap nak balik. Dia terus jawap OK. Tanpa tanya kenapa. 
Tapi, lin explain juga kat dia, anak tak sihat. Mungkin dia terdengar perbualan Lin dengan mak wan. 

Lepas dapat pelepasan, lin terus pecut kereta ke puchong. Sampai je rumah mak wan, lin tengok hafidh diam je, lembik tak bermaya. Lepas 5 minit macam tu, lin dukong dia. Dia bagi reaksi nak menyusu. Lin DF hafidh, hati rasa sayu je. Nak meleleh air mata ni pun ada. Then, mak wan tanya, nak pergi hospital ker clinic biasa? Lin buntu. Kalau bawak hafidh pergi hospital serdang, mesti dia kerjakan hafidh macam2. Cucuk sana, sini. Pastu, hafidh jerit2, meraung2... and lin mesti menangis sepanjang masa. Memang la terbaik, at least anak kita dapat di selamatkan dari mana2 penyakit. Tapi, nak dengar dia menangis dan meraung tu, tak kuat. Cukup la masa kuning dulu da terseksa. 

Nak bawa pergi private hospital, tak mampu, medical card hafidh belum boleh fully cover. Kena bayar sendiri dulu, the claim. Tapi, nak bayar dulu tu, entah berapa je dia charge. Kalau berkemampuan, da lama hantar hafidh pergi sana. Then, lin decide bawa hafidh pergi clinic pakar dulu. Dulu, masa hafidh kepala gatal2, lin bawak hafidh pergi Clinic pakar kanak2 TING. Tapi, as per previous story lin, lin ada mention, clinic tu tak bagus consultation dia. Macam pergi clinic murah. Explaination tak ada. Apa? ingat lin ni tak pandai ker?? huhh sentap!


So, Lin pun bawa hafidh pergi clinik pakar kanak2 Chan. Yang ni, harga lebih berbaloi, dan service tip top!. serius Lin suka. Menunggu tak lama. Walaupun orang ramai. Staff pun friendly.  Bila doctor check, suhu hafidh memang tinggi. Hafidh pun tak banyak ragam, dia diam je. Then, doctor check paru2 dia, banyak kahak. Doctor suruh sedut gas untuk cairkan kahak. Masa ni, hafidh mengamuk sakan la. Tapi, as doctor said, kalau dia menangis lagi bagus, kahak cepat cair. Kahak tu, kalau dibiar lama nanti dapat jangkitan di paru2. 
Tergamam kejap. Patut la hafidh demam da seminggu. 


Lepas je sedut gas, hafidh dapat ubat cairkan kahak, demam  dan antibiotik. Doctor suruh continue sedut gas 3 hari beturut2. huhuh... kopak poket... tapi, demi anak lin tak kesah. Janji tak kena tahan ward. Tu baru susah... Balik, bagi hafidh makan ubat, tidurkan dia. 


Bila malam, Panas hafidh makin berkurang. Alhamdulillah... lega rasanya. Dia pun tak banyak meragam. Tapi, dia kerap menyusu. Ok la, tak susah kan mummy kena berjaga. Baik anak mummy ni la... 


Keesokkan harinya, Hafidh pergi clinic, tapi mummy tak ikut. Ada hal. Mak wan, tok yah, daddy dengan uncle iman bawa hafidh g clinic. Ramainya pengganti mummy nye.. ihihhi... sedut gas, macam biasa dia menangis, sampai tok yah dia risau. Adoi.. tok yah memang cepat gelabah. Tak leh tengok budak menangis, mesti dia kelam kabut. 


Hari ketiga, hafidh semakin sihat. Alhamdulillah... tapi, still kena sedut gas lagi, untuk hari ketiga. Macam biasa, menangis la dia. Tapi kali ni, lin dengan D je yang teman hafidh. Lepas tu, doctor check hafidh semula, dan doctor cakap kahak da kurang, dia dia akan bagi ubat kuatkan paru2. Makan untuk 2 minggu. Kalau tak ok, datang semula. Dia akan bagi ubat kuat sikit. Kalau ok, tak payah datang. Yeahhh... tapi, belum tahu lagi. 


Harap2 pas 2 minggu or before 2 minggu, hafidh akan ok. kecian anak mummy ni la.. 





P/s: click here


with love ♥ 
.:: allene ::.

Post a Comment

8 Comments

  1. siannya dak bambam ni... get well soon hafidh :D

    ReplyDelete
  2. cepat sembuh tau hafidh..sian tau kalau baby banyak kahak nie..susah dia nak minum susu..

    anak kayrul dulu masa dalam pantang jadi macam tue..sedih sangat..dah la sampai masuk macam paip kecik kat tekak dan lubang hidung coz nak buang kahak...mujur la cepat elok lepas tue


    tak sanggup tau tengok baby nangis masa proses tue..kalau bab2 anak nie sanggup la cuti jaga anak janji anak cepat sihat

    ReplyDelete
    Replies
    1. btul tu kayrul. lin xkesah da cuti. janji dapat jaga sendiri. bukan tak percaya mak sendiri jaga. tp bila kita jaga lebih puas hati.

      dari lahir hafidh da ada kahak. tp bwk gov. kate tu normal. lama2 hilang sabar je la.

      Delete
  3. alaaaaaaaaa...sedih nya lin. tak boleh la tengok anak sakit. klinik pakar chan tu kat mana ye? semoga hafidh cepat sembuh.amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kan erna, tak boleh tengok ank sakit. klinik chan kat bandar puteri. sebaris dengan bank rakyat. klu erna lalu highway boleh nmpk da clinik tu.

      Delete
  4. alaa kesiannya hafidh syg tu..hope cpt sembuh

    ReplyDelete