kbba

Latest Posts

.:: hati yang sakit di ambil semula ::

By 10:25 AM ,

Ingat tak entry pasal sakit hati kat D. Hah... Nak cerita ni, sebenarnya masa tu lin balik JB. Tok mak tak sihat. Dan kebetulan pula, rumah tok mak still tengah construct. So, tok mak sewa rumah belakang. Rumah sewa tu pula punya la dasyat keadaan dia. Memang tak selesa.

Da la time tu period, nak guna toilet, pintu tak boleh kunci. Pergghhh, memang mood tak best la. Tu yang Kalau boleh nak keluar berjalan jer. ( ehhh balik jb nak g lawat tok mak ker jalan?)

Percutian yang sangat singkat masanya, sabtu seawal selesai subuh, kami bertolak dari Cheras. Sampai JB pukul 11am. Memang letih sangat. Dengan anak kecil lagi. Nasib balik siang, So hafidh tak ada la meragam.

Hari Sabtu habis macam tu je. Ramai sepupu sepapat D tak jumpa hafidh lagi, So time dorang main2 dan geram2 kat hafidh la. Mummy dia dok diam je la, tak ada kawan nak layan. Huhu...

Pagi Ahad pula, D nak pergi ziarah kubur arwah ayah, tok bak dan anjang. Mulanya D cakap, pas balik kubur, kita pergi angsana. Lin da cakap nak cari alas kaki untuk rumah. Kat sana hari tu ada yang lin berkenan dan murah ( alasan nak berjalan, macam KL tak ada kan ) tapi, masa tu ada jom heboh kat sana, jem. Tetiba bila lin da siap pakai jean bagai, D cakap, 

" sayang nak pergi ke? Sayang kan period... "

Lin jawap tunggu la dalam kereta dengan hafidh, da selesai terus la pergi.
" eh, tak kan nak bawa hafidh pergi kubur pula? " 

lin diam je. Semalam da bincang dia ok je. Ibu pun cakap tak apa. (MIL) bila D da cakap macam tu, lin pun da tahu la, dia tak nak bawa kita keluar. Lin senyap je. Terus jawap
" yek, tak pe la dok rumah je jaga hafidh, B pergi la."

D pun siap2 nak keluar. Suddenly SIL tanya, 
" eh, kak lin tak g ker? Semalam kata nak pergi. 
Jom la, balik kita singgah jom heboh, ibu nak beli barang tu. 

( see SIL pun ajak, ni laki soh dok umah )
" tak pe la wa, hafidh tidur ni" ( dengan nada merajuk )

" sayang nak pergi tak? Jom la "

 tetiba D berbunyi... Memang tak la... Hati ku tersentap.

Bila balik je, D terus cari lin dalam bilik tok mak. Hafidh tidur lagi masa tu. Lin sembang dengan tok mak sambil pump susu. Walaupun sakit hati, susu meriah tau... Heehhe...
" sayang jom pergi kedai hakim meniaga, dia ajak makan sana". 

D memulakan bicara.
" malas la, anak tidur, Jup lagi dia nak bangun makan." 
kita pergi lepas hafidh makan la ye" 

ayat bodek dari D.

D pergi dapur, siapkan makanan hafidh, buat rajin... Selesai hafidh makan, kami pergi la kedai tu. D bagi layanan special... Suruh order tu la, ni la... Macam2. Mood sakit hati pun hilang dengan layanan D. Tetiba lupa apa yang berlaku. Laki memang pandai memujuk kan. Lepas tu apa lagi... Lin ajak D g Johor premium outlet. Dia kata OK. Huhuhu... ( bukan nak pergi sangat pun... Saja buat permintaan...)

P/s: sedangkan lidah lagi tergigit... Sambung sendiri...

With Love
.:: allene ::.

You Might Also Like

0 leave a massage here...

mommylin.juniorhappy

Followers