.:: jangan panik.. jangan panik... ::.


Puasa ni, susu memang merundum or susu lin yang da nak kering??? serius stress lin tengok susu ni, tiap kali pump. Hafidh pula menyusu nauzubillah... sebelah tak cukup, nak 2-2. Amboi anak. Dalam peti tu, da tak ada stok da... abis la... cuak...cuak...

Tapi, cuba bertenang. Usaha cara lain. Lin da tanya kat Mr. Google. Alik alik terjumpa blog ni. (blog) & (blog)

Psikologi – Emosi , Pemikiran (yang menjurus perasaan )

1 – Baca selawat ke atas nabi dan bismillahirrahmanirrahim  ( selawat – ambil seperti selawat dalam tahiyat juga boleh) sebelum memulakan penyusuan pada anak atau mengepam.

2 – Baca surah Albaqoroh (sapi betina) – ayat 60 –  letakkan tangan di payudara , usap dan doa kepada Allah dalam hati agar murahkan rezeki anak dan kita mampu keluarkan susu yang cukup untuk anak, sekurang-kurangnya sehingga anak berusia cukup 2 tahun. in sya allah.




Maksudnya:

Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu". Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air. Sungguh tiap-tiap suku telah mengetahui tempat minumnya (masing-masing)[55]. Makan dan minumlah rezki (yang diberikan) Allah, dan janganlah kamu berkeliaran di muka bumi dengan berbuat kerusakan.


3 – Berfikiran positif , positif dan positif. Jangan cepat panik jika susu berkurang walau anak baru berusia beberapa minggu @ baru 6 bulan awal, susukan seperti biasa.

4 – Perbanyakkan istighfar ( astagfirullahal3azim) , ulang dan ulang dalam keadaan dalam hati berserah dan berdoa pada Allah. Istighfar ini kita mohon ampun pada Allah , kesali kesalahan kita yang dilakukan terdahulu sedar atau tidak , hati memohon agar dosa-dosa itu tidak menghijab rezeki anak yang masih kecil.

5 – Semakin kerap menyusukan anak, semakin banyak susu.  Kosongkan payudara anda bermakna menghantar isyarat bahawa susu perlu dihasilkan lagi.
Teori demand and supply – semakin besar permintaan , semakin banyak supplier perlu hasilkan permintaan.

Pemakanan

1 – Jenis-jenis sayur yang boleh membantu membanyakkan penghasilan susu ibu.

- brokoli *
- kobis *

(* jenis berangin @ boleh buat kembung. ada bayi yang sensitif , akan kembung perut jika ummi/ibu mengambil makanan berangin , jadi ibu-ibu perlu berhati-hati dalam memilih makanan)

- lobak merah
- lobak putih – buat jus pun boleh.
- saleri
- sawi putih
- peria
- ulam pegaga
- ulam jantung pisang (yang telah direbus)
- daun pucuk betik
-petola
- bayam
- kacang hijau – boleh buat bubur. boleh campur dengan beras merah bagi memekatkan susu. = sayur-sayur hijau.

2 – melebihkan makanan yang berprotein

3 – nasi dicampur dengan halia muda (yang ditumbuk halus) dan dicampurkan dengan air asam.

Minuman

1 – Minum air banyak-banyak. (banyak mana? – lebih dari 1.5 liter satu hari) , sebolehnya, sebelum susukan anak , minum segelas , selepas susukan anak, minum segelas.

2 – Habbatus sauda + madu – kisarkan biji habbatus sauda , isi 1/2 sudu teh dengan habbatussauda , masukkan ke dalam cawan dan tambah air. tambahkan 2-3 sudu teh madu.

3 – minum susu (kambing/lembu). ambil dalam 3-4 hidangan dalam sehari.

4 – perbanyakkan minum jus/air buah-buahan. (tanpa tambahan gula)

5 -Minum air asam jawa yang direbus bersama gula merah dan 3 asam keping.

6 – Ambil beberapa helai daun betik muda , rebus. minum air rebusannya. 2-3x sehari.

Ok, allene, dont give up. Mungkin nak datang "p" lagi kot. Tu yang merundum. Cuba la sedaya upaya... huhuhu. Good luck to me!

with love ♥
.:: allene ::.

Post a Comment

6 Comments

  1. yeeee...same lah kte...stok da abes...wuwuwuw...smlm baru beli susu formula utk naila...tp tk gune lg..in case klu die betul2 lapar n mama nye tk boley lari balik umah mil, terpakse bg die fm....
    cuak betul bile susu merudum kan..isk~
    eh newey, nk curik ini artikel ye utk masuk kn dlm blog kte...utk peringatan diri smdiri..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan wawa... cuak2... ok sila kan sharing is caring~~~ :)

      Delete
  2. aty mase memule keje lepas pose tu..sangkut gak ar..tapi so far makin lame makin ok dah..kembang tak kembang nenen ni aty pump jer..walaupon lepas tu haus giler..!! huhu..lepas2 tu biler aty lambat pump walaupon pose dah melepek waktu petang..nenen tetap bengkak..jadi nak tak nak kene gak pump..nak share ni..aty perasan..kalau aty makan kurma banyak sangat..[sampai 10 bijik] time berbuke dan 10 bijik time sahur..susu banyak..!! lagi banyak dari kalau tak makan..cuber ar makan lebih..mane ar tau ley jadi milk booster awak gak..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus gak tu. nak try la. sebab lin memang makan kurma sikit je. nak cuba selagi terdaya... :) thanks aty

      Delete
  3. bgus dijadikan panduan buat ibu2 y bf ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga menjadi manfaat untuk kita semua... :)

      Delete