.:: meniarap ::.

Ramai orang cakap, budak gemuk ni lambat nak meniarap. Ermmm... Betul ker?? Bagi lin, benda ni betul juga la. Sebab ada jugak terbaca blog mommies lain, yang anak dorang lambat meniarap, Even da 6 month pun tak meniarap lagi.

Lin risau juga. Sebabnya anak lin pun gemuk. Serius GEMUK k anak I. Nak buat macam mana dia nak menyusu banyak... Tak kan la nak sekat dia nak susu pula kan. Lagi pun, dia minum susu original je. Tak campur susu formula lagi. Kalau campur dengan susu formula, mungkin la budak tu gemuk dan obesiti kan.

Pernah dulu bawa hafidh pergi Klinik kesihatan untuk check up, doktor tu cakap hafidh da obesiti dan kena control bagi susu dekat dia. Masa tu baru 3 bulan. Lin da mention dekat doctor tu yang hafidh susu badan je, tak minum susu formula pun. Tapi doktor kata tetap obesiti.

Lin ni mummy baru, apa doktor cakap, lin ingat semuanya betul. Bila balik rumah, lin cerita dengan mama. Then, mama cakap takkan la nak sekat budak tu nak susu, bagi je jangan sekat kesian dia lapar nanti. Lepas tu, lin tanya kat KIM, semua mummy kat situ pelik. Dorang cakap susu ibu tak ada gula, mana boleh dapat obesiti. Bila da dapat 2 feed back yang bernas tu, terus tolak kata2 doktor di klinik kesihatan. Even doktor peads dekat hospital Serdang pun cakap tak kan obesiti kalau minum susu ibu je.

Sekarang hafidh aryan da genap 5 month berat pun da cecah 8.4kg. Alhamdulillah... Hafidh aryan da start meniarap masa umur 3 bulan ++. Alkisahnya, lin memang ingat hafidh ni lambat meniarap, siap set dalam mind ni, hafidh mesti lambat meniarap.

Tapi, bila dengar my friend anak dia lahir lewat 5 hari dari hafidh, da meniarap masa umur 3 bulan. Alamak... Jeles la pula. Lin pun cakap dengan hafidh. " sayang mummy ni, bila nak meniarap? Meniarap la. Nanti da pandai meniarap, mummy bagi hafidh hadiah... "
Boleh pula kan ajar anak macam tu :) tapi at the same time, lin selalu tolak vontot dia. Konon meniarap cepatlah.
Selang seminggu, mama cakap anak ko da meniarap. Wow heppy giler la.

Bila jumpa je anak, lin suruh dia meniarap. Tak nak pula. :( ( baru sekali pandai da nak suruh meniarap memang susah la ) bila hari Sabtu bawa hafidh balik rumah kat Cheras, bila bangun pagi, hafidh berjaya meniarap depan lin. Yeahhh anak mummy berjaya!

Lepas breakfast, terus pergi expo dekat mid valley cari hadiah hafidh :) lin belikan plygym untuk hafidh. Bila sampai rumah, mummy hafidh ni dengan excitednya suruh hafidh main kat plygym, tapi budak tu wat tak tahu je... Aduh, sakit hati jup. Tak kesah la sayang, janji hafidh suka kan.

Sekarang ni, hafidh sangat aktif. Meniarap, terlentang, mengundur, menjerit, haihh... Macam2 la anak mummy da pandai buat. Bijak da kan. Love sayang.



ni la rupa hafidh masa dapat meniarap depat lin dengan jayanya...
go hafidh go...
with love 
.:: mummy ::.

Post a Comment

6 Comments

  1. biarlah dia buat sendiri..insyallah pandailah dia nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak ina, sekarang memang da buat sendiri. kalau tolong nanti da besar asyik mintak tolong je pula...

      Delete
  2. alahai...sayu hati baca cerita lin. tak sabar nak tunggu iman pulak meniarap. hafidh comey.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. erna.... 3 bulan kalau iman lambat... main2 ngan vontot dia... mcm kes hafidh dia ni gemuk, tu yang lambat... :)

      Delete
  3. hye lin,

    Allah......persetankan ape yg org lain ckp... geram pulak rasa bila doc kata anak Lin obese.. seriously?? c'mon... yg penting baby sehat...drpd baby underweight lagi teruk tau... lagipon baby comel tembam... tembam skrg bukan bermakna akan sentiasa tembam...

    baby lambat niarap? takpe... lin pikir mcm nih; Allah kurangkan satu area sbb Dia memberi kelebihan pada area yg lain...

    mcm anak saya.... anak saya tak breast feed pon tau... minum FM dr die umur 1 hari.... tapi alhamdulillah, bila kita redha, Allah beri ganjaran... anak saya jarang demam, tumbuh gigi pon tak demam, beralih bulan pon tak demam... boleh kira laaa bape kali die demam.... meniarap cepat, jalan pon cepat... 9 bulan berdiri, 9.5 bulan berjalan... setahun berlari...

    soooooo.... dont worry mummy............ :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dorawantan, thank bg support. new mummy ni memang seba salah selalu... :(

      bgusnya anak u... tak selalu demam... tu la kita kena redha selalu kan... :)

      Delete