kbba

Latest Posts

.:: oiii... Kepohnya! ::.

By 10:15 AM , , ,

Siapa yang kepoh tu? Siapa lagi Kalau bukan mak wan hafidh a.k.a mama lin.

Baru2 ni, lin ada balik Melaka, melawat atok dengan awan. Da lama tak balik sana. Mama pun cakap asyik balik Muar je, Melaka tak nak balik... Nak wat macam mana, kenduri banyak belah sana, pergi la kan.

Masa balik Melaka tu, hafidh baru je 2 hari start makan. Masa lin nak sedia kan makanan hafidh, sibuk semua orang tanya
 " ko bagi anak ko makan apa tu? Hijau jer..."

" ni avocado "

"Apa benda tu? Kenapa tak bagi nestum dalam tin je??"

Adoi, banyak noh soalan nya. Malas je nak jawap, tak jawap kang kata kurang ajar pula.

" ni buah avocado, buah tu kita steamkan dia, lepas tu lenyek2, dan tapis. Nestum tak nak bagi dulu. Hafidh kecil lagi. Lagi pun belum 6 bulan. Baik bagi dia buah buahan je. " 

panjang lin explain. Dorang diam je. Macam tak suka je jawapan lin. Lantak la ada aku kesah??

Wan lin pula kerut2 kening,"avocado tu buah macam mana?" lin pun explain, "buah tu warna hijau, dalam ada biji keras.. Ala selalu ada dalam iklan tv."

Semua senyap, da malas nak dengar lin merapu. Sebab dorang tak boleh imagine, apa yang lin cakap. Mesti dorang pelik, kenapa tak bagi makan nestum, tapi buah, kenapa bagi buah avocado, tak bagi buah2 lain. Biar la dorang fikir apa pun. Janji jangan ada orang suap2 anak lin makan yang bukan2.

Kalau sakit, nanti lin gak yang kena cuti. Bukan dorang yang suap makan tu yang cuti. Baik cegah dari terkena.

Ok, tu kepoh bab makan, sekarang kepoh bab susu badan pula ye.

Anak gemuk ni, semua orang sok sibuk tanya, minum susu apa. Mak wan pun sibuk la cakap dia susu badan. Then, orang tanya, tak kerja ke?
Mak wan tolong jawapkan lagi, kerja, mak dia pump susu simpan.
Orang tanya lagi, cukup ker susu? ( tak percaya la tu) cukup, susu mak dia banyak. Jawap mak wan.

Mummy hafidh senyum jer la dengar jawapan mak wan hafidh tu. Padahal, mummy hafidh tengah bertarung membanyakkan susu.

Orang yang tanya tadi, buat muka tak percaya. Aduh, ingat tipu ker?? Tak pela, tak kesah pun percaya ke tak.
Alhamdulillah, mama lin antara orang yang sangat support lin breastfeed hafidh. MIL pun sama, support sangat2 kat lin. Siap kata, bagus tu! Oiii bangga mummy hafidh ni.

Paling support adalah daddy hafidh. Suka la tak payah susah2 beli susu tepung yang mahal tu. Heheheh...

P/s: laki lin da pandai jadi silent reader blog lin. Tak leh ngutuk lebey2 kat sini :)

with love
.:: allene ::.

You Might Also Like

4 leave a massage here...

  1. hahaha..jgn2 lepas ni hadi buat blog jugak....hahaha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. yunk... memang pun, tp bukan citer pasal ank bini... pasal bundle...

      Delete
  2. Bukan hadi yer yg pandai jd silent reader blog... Sungkai pun dah pandai... Yg terkantoi ri tu ms gi KK, dia cakap lepas ni update blog lah yer... Terkujat akak dgr dia ckp cmtu :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kahkah... Tu la pasal, lin pun tak update da malu2 da... :)

      Delete

mommylin.juniorhappy

Followers