kbba

Latest Posts

.:: rumah kecil, kereta kecil ::.

By 10:00 AM

Sejak download application blog kat iPad ni, mood nak menulis menjadi jadi pula. Senang, masa offline pun boleh menulis, cuma tak boleh nak publish terus la.

Dulu lin pernah cerita kat blog yang lin dengan D ada beli rumah yang kami sewa ni. Tapi yang malangnya, sampai sekarang tak settle lagi. Ada masalah dengan geran rumah. Apa la nasib... :(
So sekarang ni, kitorang masih lagi menyewa. Sedih kan, deposit da bayar, loan da lulus, lawyer pun da bayar stamp duty bagai semua da settle, tup tup bila nak release loan, geran pula hilang. Kalau ikut hati yang sedih ni nak je Mintak semua duit2 tu balik, tapi D cool je, tak bising2 macam lin pun. Lin tak boleh la nak bising lebih2 semua tu duit D. :D

Impian nak renovate rumah pun tergendala... :( konon nak buat kitchen cabinet bagai la... Huh, semuanya angan2 lagi.. Hari2 berdoa semoga Allah permudahkan segala urusan kami. Walaupun ia nya hanya sebuah apartment kecil, seluas 1000sqft, tapi, cukup bermakna untuk kami bertiga. Yang penting ada tempat berteduh dan selesa.

Bab kereta pula, kami ni hanya la memiliki sebuah kereta yang kecil dan comel. Pangkat akak kepada si kancil... Kereta ni ayah lin yang belikan dulu, untuk kegunaan pergi kerja. Almaklum la, tak nak anak keluar menyewa kat luar, sanggup belikan kereta. Dahulunya, kereta ni sangat selesa digunakan. Ye la anak dara guna, kecil senang nak menyelit. Lepas kahwin, masih lagi selesa, cuma masa raya atau balik kampung, memang penuh dan padat la. D memang tak ada kereta, dulu masa bujang dia nak beli lin tak bagi, sebab da ada kereta. Nak buat apa kereta sampai 2? Nanti nak bayar roadtax dengan insurans tak mampu...

Selepas ada anak ni, kereta semakin kecil. Nak letak car seat, stroller, bag baju, ruang nak tukar Pampers bagai la... Da tak muat. Belum lagi bawa pulang buah tangan. Adoiii nak Mintak yang besar la ni. :( mampu ke kami?

Semua masalah ni berlegar2 kat kepala. Ini da bukan kehendak, tapi keperluan... Sekarang ni, lin dengan D cuba dapatkan apa yang perlu untuk keselesaan kami sekeluarga. Semoga segalanya dipermudahkan...

with love 
.:: allene::.

You Might Also Like

4 leave a massage here...

mommylin.juniorhappy

Followers