.:: happy 7 month Hafidh Aryan.. ! ::.


Wow... angka 7 sudey anak mummy ni... cepat sangat masa berlalu... rasa nak hafidh masuk balik dalam perut je... huhuh ke nak adik hafidh dalam perut... tettt...! dalam perancangan. Usia bukan muda lagi pun... :D

Hafidh bila nak masuk 7 bulan ni, macam2 aksi dia. Masa awal 6 bulan, dia suka sangat guling2 sampai langgar sliding door. Pastu gigit semua benda termasuk rack TV. 

Bila da hujung bulan ni, dia tunjuk skill baru la pulak. Skill angkat vontot + tegakkan tangan masa meniarap. Mengigil2 dia angkat badan dia. Bila mummy da nampak hafidh bersungguh2 nak merangkak, mummy pun tolong bukak stokin hafidh... senang nak gerakkan... tak la licin.

Bila orang bagi duit raya hafidh da pandai amik sendiri. Pastu terus masuk mulut. Alahai... gusi dia da keras... tengah tunggu gg keluar je tu, pasni nasib la mummy, silap2 kena ketap je dengan hafidh ni. 

Bila balik kampung, hafidh da macam retis u... semua orang cari. Sebab geram dengan tangan TEBU dan peha KFC dia. Pastu, bila orang main dengan dia, ketawa macam orang besar. Memang macam da besar la debab ni. Geram. 


with love ♥
.:: allene ::.

Post a Comment

2 Comments