.:: puding caramel vs puding koktel ::.


Ni apa main2 VS ni??? hohoho ada kisah disebaliknya ok!

Weekend hari tu, lin balik Muar, umah MIL. Da separuh bulan puasa, baru berkesempatan nak balik sana. Kecian ibu. Balik nak tunjuk kuda baru... huhuhu sibuk nak cakap kat sini. 

Kami bertolak malam jumaat tu, lepas amik hafidh dari rumah mak wan, terus ke Bangi berbuka di rumah SIL. Pas berbuka, baru teruskan perjalanan ke Muar. Perut da kenyang, anak tidur, mak nya pun tidur la apa lagi. Daddy tunggang la kereta sampai ke Muar seorang diri. 

Keesokkan harinya pula, tetiba daddy cakap... 

" yunk, wat puding karamel yunk, "

??? (mana la aku reti D oooiii... hari tu nak try buat kata tak payah, dia tak suka karamel)

"ehhh.. kata tak makan, apsal pula tetiba 
nak suruh buat ni?" 

dah la bagi arahan depan MIL :( sah2 kena buat gak kan... 

MIL pula jawap, 

" ehh sedap tu, ibu selalu beli sepotong 
da berapa ringgit... mahal gak". 

kesudahannya, kena la lin buat gak kan... hentam jer la labu... masa memula nak hanguskan gula tu, terletak air bnyk... ambik! jadi gula batu... pastu da cuak la... habis gula MIL kang aku kejekan.... 

Nasib MIL tu katagori sporting la gak... dia cakap... buat lagi sekali, jangan pakai air... ibu rasa la... Lin pun try lagi... fuuhhhh... nasib jadi... :(( nampak sangat tak reti masak!

Lin sikit2 pandang D, buat muka sedih... D boleh gelak... arrgghhh.. sakit hati.. sabo lin... sabo... lepas settle puding, lin pun simpan dalam freeze... nanti nak berbuka baru la tengok. Hodoh jer rupa dia :( 

Masa berbuka, lin pun cepat2 rasa... konon nak jadi 1st takut kang kena komplen. Nak jadi kan kesah nya pula, lin ni tak pernah makan pun karamel... boleh plak nak main rasa2 sah2 la tak boleh nak bezakan... then, suruh MIL rasa. dia jawap...



"ermmm ok la ni, sama rasa 
dengan ibu beli... "


hodoh kan... tahu! tak payah cakap...
fuuhhh.. lega jup. Tak pe la ye bu, walaupun hodoh, sedapkan... apa lagi, pastu paksa D pula la makan... tapi dia tak nak. Saja je kan nak suruh bini tu buat. :( 

Keesokkan nya pula, D mengidam puding koktel. Aikkk bini awak tak preggy pun nak ngidam2 ni... ikut kan jer la... kang derhaka. Nasib baik la puding koktel ni reti buat. Tapi, segan2 pula nak buat kat rumah MIL. Perhabis barang dapur orang je. :( 

Pas berbuka, paksa D makan. Nasib dia makan... huhuhu... asyik kena buli dengan laki jer. Kalau kat rumah buat, mesti D tak makan. Sebab tu malas nak buat benda2 macam ni. Laki lin memang cerewet bab makan. Jangan tanya la kenapa dia kering macam tu.

ni time kami iftar kat pizza hut. Budak kecik macam hafidh pun leh dapat pizza free... cerr korang bawak anak korang plak...

with love ♥ 
.:: allene ::.

 p/s: nak mintak tolong like kan pic kat link ni. Thanks :D

Post a Comment

7 Comments

  1. hehe.. mesti cuak kan kak kalau tetibe tak jadi pula puding tu. fai ni pula mmg duduk skali dgn mil,sbb arwah abh dah meninggal. hari2 mmg mil la yg masak. balik rumah tinggal mkn jer. kekeke :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la fai... wat kena gelak je kan. nasib jadi. lin siap bawak ipad g dapur tau nak tengok resepi bnyk kali takut salah.

      MIL ok sebenarnya. tapi kadang2 tu segan sendiri depan dia. klu mak sendiri ok jer... :D

      untung la fai ye duduk dengan MIL.

      Delete
  2. laki aty baru jer mintak soh buat gak last week..!! tapi aty mintak pospon buat minggu ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi.. kelakar la leh pospone plak. tp klu kat rumah sendiri mmg boleh pospone sebulan pun aty. masalahnya depan MIL, tu yang kalah.. :(

      Delete
  3. Kalau akak lagi cuak.. Kikiki., mak sendiri okey lg.. Mak mertua yg cuak kita jadinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kak ana... da la tak biasa buat. nasib ada blog kak ana tunjuk tutorial buat karamel tu... huuhuh... tq...

      Delete
  4. hi allene...makneng cari entry GA makneng tapi xjumpa lah...bg link entry tuh eh,makneng nak kuarkan list peserta ga nih....tq dear

    ReplyDelete