kbba

Latest Posts

.:: bubur nasi & puree pumpkin ::.

By 10:31 PM ,

Salam... Nak cerita pasal menu Hafidh aryan lagi... :)

Ok, Hari tu Lin cerita pasal resepi simple je kan. Bubur ayam dengan potato. Kali ni Lin nak cerita pasal bubur nasi ikan bilis.

Kesian Hafidh makan ikan bilis je kan. Ni la menu kalau da terdesak kan. Lin dengan D tak selalu makan dekat Rumah sekarang. Kami selalu makan di Rumah puchong. Anak kat sanakan. Jadinya nak standby ikan or ayam Memang susah la.

Tapi, khasiat ikan bilis pun ok jugak. Cuma kurang sikit je la.

Bahan-bahan:

1. Beras perang 2 gengam
2. Corrot 2 batang
3. Ikan bilis

Cara- caranya:

1. Masakkan beras perang tadi dengan air yang banyak.
2. Potong carrot - dadu. Kemudian campurkan dengan beras perang tadi
3. Bersihkan ikan bilis, rendam seketika da campur kan bersama beras perang dan carrot.
4. Masak sehingga air tinggal sedikit.
5. Sejukkan seketika
6. Blend sehingga hancur. 

Ini la rupa menu petang hafidh. Hafidh makan bubur nasi pukul 4 pm selalunya. 
Pagi hafidh akan makan puree. Itu pun kalau omaknya ni rajin buat. :D Kalau tak, makan juga la bubur nasi di pagi hari... :) 



Untuk puree pumpkin pula. Benda paling senang nak buat. Tapi, hati2 ye. Masa nak buang kulit pumpkin tu, punya la seksa. Lagi2 kidal macam mummy hafidh ni. :( 
Akibatnya kuku pun lin kupas sekali. Seksa! nasib baik enjoy bila masak untuk anak ni. 

Bahan2 :

pumpkin suku biji
( nak buat separuh banyak sangat. Nanti lama sangat nak menghabiskannya.)

Cara2 nya:

1- Stimkan pumpkin sehingga empuk. :) 
(senang je kan)
2- Blendkan sehingga hancur dan halus.



Tada.. siap da. Masa memula buat, hafidh suka sangat puree pumpkin ni. Tapi sekarang tidak lagi. Dia lebih suka ikan salmon... ohooh... kopak mummy dengan daddy hafidh. Tapi, sebabkan banyak khasiat, tak pe la nak. 


with love
.:: mummy hafidh ::.

You Might Also Like

4 leave a massage here...

  1. tq lin, share resepi hafidh ni, sbb aish next month dah 6 bulan, tgh kumpul resepi solid food ni, asal org update pasal solid food je terus zasss baca n ambik resepi, bila dh banyak sangat jadi pening sendiri..haha, btw first solid food hafidh apa eh? first time bagi baby makan nk kasi puree buah ke sayur dulu? ohhh confuse2

    ReplyDelete
    Replies
    1. ihhih.. erin, actually boleh bagi puree dulu. Tapi macam kes hafidh, dia tak suka puree buah, dia suka sayur. Lagi2 kentang (potato) . Pastu, boleh campur2 dengan brokoli ker, macam2 la. Tapi ada peraturan dia, kena cuba 3 hari berturut2. Nak tengok baby tu elergic tau tak.

      Delete
  2. hihi nampak sedap n menarik tue...

    salam kenal & follow blog nie lah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam perkenalan juga kat awak. thanks follow blog tak seberapa saya ni.. :D

      Delete

mommylin.juniorhappy

Followers