kbba

Latest Posts

.:: Mutiara dalam mulut VS askar dalam hutan ::.

By 9:56 AM , ,

 Yeah.... mutiara dalam mulut hafidh da tumbuh.... plus hafidh da pandai meniarap ke depan. Bukan ke belakang lagi. Tak lama lagi, lagi laju la dia menyusur... memang tak sempat nak alih barang da lepas ni. :D

Cerita nya macam ni, hari sabtu hari tu, 8/9/2012, hari yang penuh dengan aktivity open house dan kenduri kendara. Dalam banyak2 open house, lin dengan D choose 2 rumah je. Bukan tak nak attend yang lain, tapi disebabkan jarang yang jauh, dan ingin membalas kehadiran ( ada plak ayat ni kan), kami pilih rumah pak cik D di Kajang dan Colleague lin di Kota Damansara.

2 Rumah ni je, da makan separuh hari perjalanan kami. Oh terlupa pula. Kebetulan mak wan hafidh ni buat makan2 la pulakan. So, kena la tolong apa yang patut. Da selesai tolong semua, baru la kami ke rumah terbuka. 

Sampai di Kajang, lepas makan hafidh menangis sambil mulut bukak besar2 + lonjak2 kat pangku mummy dia. Puas la pujuk, macam tu jugak. Lepas tu, lin cium2 la dia. Tetiba ternampak lain macam la pula gusi dia. Lin pun letak jari. SAH da ada gigi... yeah... 
Ada 1 je bahagian bawah. Nak snap gambar memang tak dapat la. Lidah je tersentil kat gusi dia tu. Bila lin tolak lidah dia, dia gelak2 pula. Geli kot. :) 

Sepanjang perjalanan dari Kajang ke Kota Damansara, lin sikit2 nak masuk kan jari dalam mulut hafidh. Suka sangat la kononkan... Pastu, bila nak menyusukan hafidh, seram je... macam orang takut2. Tu baru kecikkan. Sok da panjang gigi dia + bahagian atas ada lagi. Memang kerja mummy dia menjerit je la bila menyusukan si hafidh ni. 

Sampai Kota Damansara  dalam pukul 5 pm. Time hafidh makan da terlepas 30 minit. Mintak izin dengan tuan rumah nak bagi hafidh makan + mintak air suam sedikit. Masa bagi hafidh makan, Mak kawan Lin suka sangat tengok hafidh makan. Laju je masuk mulut. Berselera... Lin pun dengan excited cerita la yang Hafidh da tumbuh gigi. Baru je perasan. Bila da borak2 tu, teiba mak kawan lin kata Hafidh ni kira lambat la tumbuh gigi. huhuh... Tak kesah la nak. Janji ada gigi. :)

Bila malam pula, lin stay dekat rumah mak wan kat puchong. Esok nya banyak lagi kenduri kendara nak attend. Bila tengah lepak tengok TV dengan family, hafidh ni asyik dok guling2. Lepas tu meniarap main. Dari hujung tetiba dia da ke tengah. Ehhh.... " mak tengok hafidh da kedepan!!!" kepoh la mummy hafidh ni. in pun uji la dia. Kebetulan ada getah tempe, lin letak jauh sikit dari hafidh untuk umpan dia. Serius, dia kedepan!!! wow... amazing... anak mummy da pandai kedepan.

Dari ujung sampai ke hujung lagi 1 mummy dia main dengan hafidh. Gembira sangat la. Pagi dapat tahu dia da ada gigi. Malam pula da pandai kedepan. Tinggal nak merangkak je. Baru 1-2 da jatuh. Tak pe, perlahan2 tau. Patut la da kurang menyusu dengan makan. Nak diet untuk bergerak yek...

Keep moving hafidh... mummy always support u... :D 


with love 
.:: mummy hafidh ::.

tu dia..
fengsan penat
laju lagi!

You Might Also Like

0 leave a massage here...

mommylin.juniorhappy

Followers