.:: open house 2012 ::.

Orang lain buat open house gak... tapi tak ada la nak eksited macam lin ni kan. Hohoho... biar la, blog kita, suka ati la nak tulis apa... :) 

stop!!
Back to story. 

Tarikh keramat 31/8/2012, orang lain sibuk sambut merdeka, lin dengan hubby sibuk dengan persiapan open house. Pergghh... sangat la penat OK. Memang lin rancang nak buat kecil2 sambil buat bacaan doa selamat dari orang2 surau kawasan perumahan lin tu. (alhamdulillah... lepas da hajat yang ni).

Alang2 buat doa selamat, kita buat makan2 sekali, ajak keluarga dan rakan2. 

Menu dia semuanya simple2 je. 

1- mee/mi hun sup
2- Laksa johor
3- Nasi impit + rendang
4- Tahu sumbat
5- Popia gorang
6- Buah-buahan
7- Puding koktel
8- Air Hijau
9- Kueh seri muka
10- Kueh koci
11- Kueh cucuk badak

Secara jujurnya, lin hanya masak untuk mee/mi hun sup, nasi impit, tahu sumbat, popia goreng, puding koktel. Yang lainnya mak dan mak mertua yang bagi. huhuhuhuh... baguskan, kita nak buat open house, orang lain tolong masak kan.. :P 

Alhamdulillah, semua nya habis. Yang tak abis tu pun sebab ada buat tambahan last minute. Stand by takut tak cukup, malu la dengan tetamu. 

Bahan2 macam cup and plate, lin da beli seminggu awal. Bahan kering plak, lin beli hari rabu. Balik kerja pergi giant taman connought, g beli sorang2. Bahan basah pula, lin beli kat pasar malam je. Malam Khamis tu. Kebetulan, malam tu ada kawan uitm/blogger nak datang rumah, sebab tak dapat hadirkan diri keesokkan harinya. 

Lepas kawan balik, apa lagi sesi memotong bahan2 untuk popia dan merebus nasi impit. Settle pukul 2 pagi. Gigih mengulung popia bersama D. Kalau D tidur, memang sedih la.. :) 
Siap import adik perempuan Lin dari puchong lagi. :P
Huh, yang paling selamat lagi, nasib hafidh tak meragam dan tidur dengan lena nya. :) 

Keesokkan pagi, mula memasak dan mengemas untuk rumah di buka.. Alhamdulillah.. 11.30am semua da selesai, siap dapat luruskan pinggang lagi. Thanks to all my family and family in law. Awal2 da datang tolong masak & mengemas + layan tetamu. Pulang pula sampai majlis selesai. Appreciate sangat. And sooooo sorry in law family, lin tertidur dengan lenanya sampai tak sedar dorang da balik. Sedar2 D tengah menyapu living, and tutup kipas, terasa panas, baru bangun. huhuh... dasar menantu hantu je lin ni. :D

Ok itu je. And next day nya pula, kami mengemas rumah dengan mood penat dan malasnya. Asyik dok cakap kat D. "ishh.. malasnya nak kemas".. tapi kemas gak. Cuma sambil buat tu, sambil bebel. Lastly, masa tidurkan hafidh, tengok D da siap kemas semua kat dapur + living. Tetiba semangat pula nak mengemas 3-3 bilik ku yang super bersepah itu. 

11.30am, siap semuanya! alhamdulillah.. masa yang sama macam semalam. Pastu, apa lagi, kami pergi beraya di JELEBU... boleh pulak kan... jalan tak penat!



adik yang di import dari puchong. (merah dot)
ahli surau
jemput makan, ini  je yang mampu
anak yang terabai...
family in law

Post a Comment

6 Comments

  1. xyah nk cucuk sgt badak tu...cucur badak la kak...haha,,papepun tq ye invite kitorg...lagi skali nk puji...laksa sedaaaaaaaappp!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wakakaak... yeker salah??? hahaha xkesah la...

      tq la puji laksa tu ye... :D

      Delete
  2. same macam aty..kalau buat makan2 ker bagai..aty setakat masak satu-2 lauk jer..yang lain semua mak ayah aty yang masak n bawak...heheh..biase tu..;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. ihihih.. itu la kan... mak bapak yang risau lauk xcukup sebenarnya... kita ni baru nak idup... serba serbi tak tahu... :D

      Delete
  3. laksa johor tip top...cakap kat mother in law u, nak resepi bolehhhh...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. seri.. boleh, nnt balik muar i cakap ngn my MIL.. ihihi :D

      Delete