.:: 3 kali check! ::.

Bismillah... Salam... 

Untuk second pregnancy ni, lin da buat urine test 3x ok! pergghh... susah nak percaya. Oh my... 
Bukan tak percaya tapi susah nak percaya what??? im pregnant?? 

Da 3 kali pun macam tak percaya sebenarnya. Yang 2 kali tu, lin ada cerita kat entry ni.>>link <<
Yang ke 3 tu, masa hari khamis, 11/10/2012. Lin pergi Laurent bleu sebab rasa tak sedap perut. Then, doctor suruh pergi lab untuk buat urine test for confirmkan yang lin pregnant. LB ni tak cover pregnancy. So scan bagai memang tak ada la. Check2 macam tu je. Ubat pun dia tak bagi. Sebab kat luar lagi murah kalau kita beli sendiri. 

Masa tunggu result dari lab nerves! pelik padahal da tahu +ve. Di sebabkan lama sangat nak tunggu resultnya... alahai... itu pasal la nerves. 

Bila da selesai kat klinik, lin pun pergi puchong nak rehat dengan hafidh. Masa ni, mak wan tak tahu lagi lin preggy. Tapi, dia memang da syak. Cerita kat entry ni.>> link <<
Lepas tu, bila nampak je lin tak kerja dia da start buat cerita,

 "akak ko tu mabuk la tu"

amboi... memang pandai serkap jarang. Lepas tu lin keleh2kan mak wan lagi. Dia tak puas hati siap check nadi.. lin gelak2 la.

" ni sejak bila pula reti check nadi ni?"

 lepas tu boleh pula tak jumpa nadi, lagi la lin gelak2.

Kecian tengok mak sendiri tertanya2. Lin pun cakap la.

 " ala, kalau mengandung pun mak nak risau apa? along ada laki. Kalau mengandung tak ada laki tu ye la nak risau". 

"Haaaa! aku da agak da!  Bila bersalin tu? " 

"13/6/13!" 

"Ha??? adik ko kahwin bulan tu... "

"Ok la tu, lagi bagus kalau hari nikah! anak malam pertama.. " 

Seloroh je la dengan mak wan. Nak buat macam mana? tak kan sedih pula kan. Mak wan pun redha je la. Agak2 kalau bersalin awal, pantang la sendiri ye Lin.. Anak no 2 pun. Insyaallah boleh.

Masalah sekarang MIL pula. Lin tak tahu macam mana nak bagi tahu dia. Takut dia fikir lin tak pandai rancang. Ya ALLAH... permudahkan la urusan hambamu ini... ;)



with love ♥
 .:: allene ::.

Post a Comment

6 Comments

  1. Tahniah..macam tak percaya. apapun, inilah namanya rezeki. hafidh nak jadi abg :)

    ReplyDelete
  2. aty mase fes time pegnan dulu pon berkali2 cek..heheh...saje nak pastikan betul2..;p

    ReplyDelete
  3. tahniah! lame betul tak berblogwalking ni. alih2 lin preggy again. takpe rezeki Allah nak bagikan. hihihi. *taktau nape happy sangat ni. hahaha. apakah!*

    ReplyDelete
    Replies
    1. haahah.. tq wawa... eleh... happy nak join the club ke wawa... wakakak.. apa salahnya...

      Delete
  4. tahniah ye...lama tak masuk sini..rupanya hafidh nak jadi abang

    ReplyDelete