kbba

Latest Posts

.:: abang & adik ::.

By 10:29 AM , ,

Bimillah... 

Mummy da ada abang hafidh aryan, sekarang.. tengah tunggu adik pula. Pada awal hari tu,mummy agak risau, mampu ke untuk menanggung dan membela 2 orang anak yang tersayang dengan adil kasih sayang dan kemewahan. 

Hafidh, walaupun baru 8+ month. Hafidh tetap baby mummy dengan daddy. Hafidh jangan sedih walaupun tak dapat manja lebih2. Hafidh sekarang kena kongsi kasih dengan adik. Dont worry ye sayang, kasih mummy dengan daddy kat hafidh sama tak berubah pun. Tetap no 1. Sebab Hafidh anak sulong mummy dengan daddy. 

Hafidh sayang... Hafidh da jadi harapan untuk mummy jaga adik. Mana la tahu, umur mummy dengan daddy tak panjang kan. Jaga la adik. Mungkin kena jaga adik2... :D ramai lagi belum keluar ni. :) Mummy tahu Hafidh boleh. Sebab tu mummy letak nama Hafidh Aryan maksudnya "penghafal al-quran kekuatan penuh" . 

Lepas mummy tahu mummy dah kandungkan adik, mummy sedih je tengok hafidh. Macam mana agak nya bila perut mummy da besar, hafidh nak mintak dukong. Larat ke tak mummy nak dukong nanti kan. Kalau tak larat, hafidh jangan marah mummy ye. Hafidh kena faham, mummy bukan sengaja tak nak dukong. Nanti mummy suruh daddy yang dukong hafidh. Hafidh sayang adik  kan... :) Kena bagi adik peluang manja dalam perut jugak. Macam hafidh manja dengan mummy dulu.. 

Masa Hafidh dalam perut, baik je, jarang tendang mummy. :) sikit2 je. Bila unlce Iman duduk dekat mummy hafidh tak tendang dia pun. Hafidh relax je dalam perut tu. Hope adik pun macam hafidh relax je bila abang hafidh kat pangku mummy kan... 

Abang hafidh (masih janggal nak sebut)  membesar dengan sempurna depan mata mummy. Tapi mungkin mummy tak dapat jumpa hafidh hari2, tapi percayala, mummy rindu hafidh hari2 tau. rindu sangat2. Sekarang mummy tak boleh letak hafidh kat perut macam selalu mummy buat. Hafidh memang suka bila mummy buat macam tu. Nanti adik dalam perut sakit. Cian dia kan. Hafidh kan sayang adik. 

Mummy cuma berharap dan berdoa, hafidh boleh jadi abang yang baik untuk adik2. Hafidh harapan mummy dan daddy. Love u cayang... 




with love ♥
 .:: mummy ::.

You Might Also Like

6 leave a massage here...

  1. sedey plak aku baca....=')...bg hafidh kt aku je la...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi.. mau meroyan aku sebelum beranak ni... sedih la... hafidh kecik lg... da kena berdikari. Nasib la cucu sulong... manja gak la ngn parent aku.. klu tak... kecian dia...

      Delete
  2. insyaallah..hafidh akan jadi anak dan abang yang baik serta bertangungjawab..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. lin pun berharap macam. tkut dia terasa hati je bila tengok orang layan adik lebih dr abang. ;)

      Delete
  3. sedihnya bila baca ayat2 nie..harap bila abg hafidh dah besar dia baca blog2 mummy nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihih.. itu la. harap2 dia tahu kita sayang kat dia sangat...

      Delete

mommylin.juniorhappy

Followers