kbba

Latest Posts

.:: kemaruk " mei tai" ::.

By 11:36 AM ,

Salam... bila da masuk gaji ni, macam2 la dalam otak ni fikir nak beli kan. Apa yang penting bayar hutang dulu... :D Hidup ni kalau tak berhutang, susah nak mengumpul harta. :D 
Lin ni bukan la kaya mana pun. Kais pagi makan pagi je. Yang lebih2 tu, kalau nak kena la kumpul duit dulu baru beli. 

Ok, Bila anak semakin membesar ni kan, dia tak suka duduk dalam stroller. Asal duduk je, menangis mintak dukong. Pastu kalau nak makan pun sama kes la. Bila lin keluar dengan family, nak bawa stroller Hafidh memang tak muat la. Stroller murah je, tu pun syukur orang hadiah kan. :) Makanya kena la dukong si debab tu. Bayang kan la nak dukong, pastu jalan2 pergi shopping. Memang spoil mood la. 

Pernah kawan lin add join 1 group baby wearing. Menarik gak. Tapi tak faham apa motif dorang. Lepas tu, da lama joint baru la faham. Baby wearing ni, lebih flexible and function dari stroller. Cuma berat je la kan... Anak sendir, kena la berkorban. 

Apa yang lebih menarik, BW ni, mahal woooowwww... terkejut mak!. Harga sampai 5 ratus pun ado! Camno nak beli.. :( Lepas tu lin ignore la. Lin pun ada BW 1. Brand "baby love" beli masa kat expo. Tapi, macam da ketat. Mungkin sebab hafidh da besar kan. Masa 3 bulan aritu just nice je.  Ada gambar kat link ni. link

Semalam, masa pergi Petaling Street, lin malas nak bawa stroller, nak try pakai carrier. Amboi, baru separuh jalan sendat sangat da. Owhh.. lupa yang menarik BW ni kan, kita boleh DF baby. Dia macam boleh jadi nursing cover sekali... tapi dengan syarat pakai nursing dress la kan. 

Da tu, mula la menggoogle cari BW yang murah2 dan D boleh pakai. Mampu ker lin nak kendong sorang2 kan. Kena la gilir2. Tak rugi beli, anak baru sorang, nanti ada anak lagi, boleh pakai lagi. :) ayat selamatkan. 

Dan pagi ni, jumpa pun. MEI TAI. Cara penggunaan yang simple, harga pun boleh la. Nak kata murah tak sangat. Tapi mampu ler lagi kan. Tapi, hati tetap tak puas sebab nak cari yang lagi murah. Memula cari kat FB jumpa harga RM150. (paling murah dapat) Lepas tu, terbuka link dekat baby wearing, ada jual kat manjaku, harga RM 88-108. Murah kan. Lompat bintang kejap. :D 

Terus beli 1. ihihihh... tak sabar nak dapat. Pastu pakai. :D 

Lin nak share serba sikit info pasal Mei Tai ni ye.. 
link dari sini. manjakuhappy

Mei Tai


Mei Tai Description:
Material: Reversible Mei Tai. Can Use both side. Double Stitching
Padded: Shoulder Padding (top Strap), Waistband Padding
Headrest: Yes, Padded Headrest. Can fold if not use
Size measurement: 
Body Panel: 36cm wide x 51cm high
Shoulder Strap (2 top strap) : 150cm for each strap
Waist Strap: (2 bottom Strap): 75cm for each strap

APAKAH ITU MEI TAI?
Mei Tai adalah sejenis kain empat segi yang mempunyai pengikat bagi setiap penjuru. Anda boleh mengendong bayi sama ada di sebelah depan ataupun sebelah belakang. Kelebihan Mei Tai ialah, berat bayi ditampung oleh kedua-dua belah bahu anda berbanding dengan sling, cuma menampung berat pada sebelah bahu sahaja.
Mei Tai telah menhadi alat gendongan yang semakin popular di Malaysia. Ia berasal daripada negara China yang sudah berpuluh-puluh tahun menggunakan Mei Tai. Mei Tai juga semakin mendapat perhatian apabila negara-negara sebelah barat mula mengeluarkan produk Mei Tai

BOLEHKAH MEI TAI DIGUNAKAN UNTUK BAYI BARU LAHIR (NEWBORN BABY)?
Mei Tai ini sesuai untuk bayi 3.5kg ke atas. Kebiasaannya ibu menggunakan Mei Tai apabila bayi sudah pandai menegakkan kepala (2bulan ke atas). Untuk Newborn baby lebih sesuai menggunakan Baby Pouch Sling ataupun Baby Ring Sling

BERAPAKAN BERAT MAKSIMUM BOLEH DITAMPUNG DAN SEHINGGA UMUR BERAPA IA BOLEH DIGUNAKAN?
Waktu paling sesuai menggunakan alat gendongan ialah pada ketika bayi masih belum berjalan. Mei Tai ini paling sesuai digunakan sehingga bayi berumur 18bulan (1thn setengah) ataupun berat 12kg ke bawah. Ini adalah tahap maksimum umur dan berat yang paling selesa untuk ibu/bapa mengendong bayi.
Apabila bayi sudah tegap berjalan, mereka semakin kurang berminat untuk didukung/digendong kecuali jika mereka sudah keletihan :)

BOLEHKAN MEI TAI DICUCI DENGAN MESIN BASUH?
Ya, boleh. Fabrik Me Tai Boleh dicuci.

BAGAIMANA CARA MENGGUNAKAN MEI TAI?
Cara mengendong paling mudah ialah front carry. Anda perlu praktis di rumah terlebih dahulu sebelum membawa baby keluar menggunakan Mei Tai. Minta bantuan suami, untuk kali pertama penggunaan ;)saya sertakan sekali video Cara Menggunakan Mei Tai yang diambil drpd Youtube CraftsbyPaula.com



YA, SAYA BERMINAT! DI MANAKAH SAYA BOLEH BELI MEI TAI INI?
Anda boleh membeli MEI TAI pelbagai piliha corak secara online di laman web kami
http://manjakuhappy.com/
ataupun terus ke link di bawah
http://manjakuhappy.com/categories/Baby-Sling/Mei-Tai/

Jika anda mempunyai sebarang masalah untuk menggunakan Mei Tai. Email pada saya: manjakuhappycollections@gmail.com

Practice make perfect!

SELAMAT MENCUBA!!
Dapatkan contoh video tutorial di website kami http://manjakuhappy.com/
ORDER sekarang! http://manjakuhappy.com/categories/BABY-WEARING/Mei-Tai/





with love ♥
 .:: allene ::.

You Might Also Like

2 leave a massage here...

  1. masa asya kecil dulu pon xnk duk dlm stroller ... dukung je..pastu beli carrier..ok la.. tp.. pkai sekali je..pastu.. terus dukung je kemana-mana..smpaila dia dpt kaki sndiri.. ktlak x larat nk mgejarnyer..

    menarik produknyer.. harga pon leh tahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. frina.. itu la ragam anak ni macam2 tengok anak orang lain ok je.. kena anak kita... macam2 perangai... :D

      itu la product ni macam menarik...

      Delete

mommylin.juniorhappy

Followers