kbba

Latest Posts

.:: Runtun Qalbu ::.

By 3:31 PM

 Lin bukan nak cerita pasal drama tu ye. Tapi nak cerita pasal hati ku runtun semalam. Semalam, lepas park je kereta kat tempat parking rumah, lin pun naik lif. Lama pula tunggu lif, lin call mak wan. 

" Mak, hafidh ok? Sihat? meragam tak? dia makan? minum susu?" 

panjang soalan lin kan... soalan typical tiap2 ari. 

" Ok, dia sekarang da tak heran dengan mummy dia."

Wahh.. runtun qalbu jup. 

" Anak ko hari mengada ngada. Tidur siang tak nak dalam buai. Nak tidur kat ketiak! Lama pulak tu tidur, dari pukul 2pm - 4pm baru bangun. Lepas tu tangan asyik pegang nyok mak. Nak susu badan kot, ko bagi sikit sangat"

"Nak manja la tu, mummy dia selalu tidur macam tu dengan dia" Ok la mak kim salam dengan hafidh. "

Lin cepat2 nak letak phone, da sebak nak mengangis. Silap lin semalam masa pergi rumah mak, lin tertinggal 3 botol susu dalam fridge. Lin asyik fikir nasi dia je. Takut tertinggal. Alih2 susu pula yang tertinggal. 

Kecian Hafidh, da la susu mummy sikit. Lin bagi juga dia minum. Kadang2 tu, tengah malam hafidh mengamuk susu tak cukup. Tapi lin bagi juga nen tu, anggap je ada. Lama2 hafidh tidur. Entah kenyang entah tidak lin tak sure. Yang pasti, siang kalau dekat rumah mak wan mesti dia kena top up dengan FM. 

Bila balik rumah cepat2 lin kemas rumah, basuh baju. Sambil tunggu D balik. D balik je, lin terus cerita pasal call tadi. D diam tak cakap pape. Mengharap D ajak tidur rumah mak lagi malam ni. Tak boleh tunggu D ajak, lambat!

Lin pun cakap, kecian hafidh, dia nak susu mummy. Kita tidur rumah mak la ye malam ni. D jawap "OK". 

Pergghh terus ligat mengemas bag baju dengan barang2 yang nak bawa. Lepas solat isya' lin gerak. Sampai je rumah mak, hafidh tengah sibuk main. Sukanya tengok mummy dengan Daddy dia balik. (kan best dapat rasa perasaan macam tu ari2). Lepas simpan susu hafidh, terus main2 dengan dia. Alhamdulillah.. dapat juga main dengan hafidh, walaupun tadi perasaan meruntun qalbu... uhhuuh

lap u nak. lap u poreva.... 



with love ♥
 .:: mummy ::.

You Might Also Like

0 leave a massage here...

mommylin.juniorhappy

Followers