.:: salah ker mengandung lagi? ::.

Sedih.. sedih sangat.... sobbssss sampai selsema lin semalam bila mengenang nasib dan kata2 yang terngiang ngiang tu... :( 

Salah ker lin mengandung lagi??? bukan anak haram! anak halal... bukannya tak ada mak bapak! ada. Dan yang pastinya bila anak ni keluar nanti, dia tetap akan jadi anak kesayangan mummy daddy dan kesayangan abang dia. 

Semalam lin pergi rumah someone. Tetiba D bukak cerita depan orang tu yang Ibu da tahu lin preggy.D cakap depan akak tu. Dan tetiba akak tu suprise. 

"aku da agak da ko mengandung. Tengok hafidh beria ia isap jari kaki aritu. Apsal cepat sangat??? kecian fidh yan (hafidh aryan). Kecik lagi da ada adik. "

Riaksi lin, senyum je la. 

" ko adie, apsal cepat sangat nak ada ank? sabar la. Cuba tunggu hafidh besar dulu. Da lepas no 2 ni, rancang. Jangan mengandung lagi. " 

Sentap!!! serius aku sentap. Nak mengalir da air mata. Nasib suasana gelap masa tu. Tak sabar nak masuk kereta da menangis. Ya Allah apa la nasib anak dalam kandungan aku ni. Semua orang tak mengharap kehadiran dia. Kalau dia tahu, mesti sedih. Lin pujuk hati, pujuk baby, biar la nak orang nak cakap apa. Yang penting kita tak mintak orang duit untuk kita terus hidup. Kita tak mintak duit dekat dorang untuk beli pampers da sebagainya. 

Siapa kata lin dengan D tak rancang??? ye kami rancang. Tapi, ini takdir Allah. Rancang macam mana pun, kalau dia nak bagi lin zuriat di usia 26 thun ni, dia tetap akan bagi. Itu semuanya da tertulis. Lain la kitaorang langgar je, tak rancang. Kami pun ada rancangan sendiri. Hal rumah tangga tak kan nak cerita atau nak war warkan kat semua walaupun keluarga. 

Teresak esak lin menangis dalam kereta. Tapi D tak tahu, ingat lin selsema. Tak nak sakitkan hati dia. Sampai rumah mak, lin cerita dengan mak. Sedih. Nasib dapat sokongan dari mak. Walaupun awalnya mak agak kecewa, tapi dia faham itu rezeki dari Allah. Setiap anak ada rezeki dia. 

p/s: menulis entry ni kat office. Malu sendiri sebab menangis. Mesti bdk sebelah ni pelik... :D

with love ♥
 .:: mummy ::.

Post a Comment

2 Comments

  1. Tak perlah lin.. jangn dipikirkan sgt apa org kata.. bukan kita mintak duit kat dia kan.. Tau tak kat luar sana ramai org nak anak tapi x dpt.. kita ni cukup bertuah..bukan dikurniankan seorg malah dua lagi tau..
    dulu ak pun tak leh terima kenyataan ak ngndung lagi..cian baby ni..cm kehadiran dia tak dinantikan.. tapi skrg.. ak yg x sabaq nak baby ni lahir..:)
    dh ibu ngndung jgn sedih2.. nanti ank ko kuat nangislak..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la zie. aku ngn laki terima seadanya. Walaupun kami terpaksa saving lagi, tapi kami happy. Tapi bila ada orang2 yang menyakitkan hati, rasa down.

      Delete