kbba

Latest Posts

.:: side income ::.

By 1:08 PM

Dah nak beranak 2 ni, asyik fikir duit je... Duit nak beli susu dengan pampers, duit untuk check up, duit untuk bersalin, duit nak raya, duit road tax kereta, duit nak beli brang baby, barang rumah.. semuanya duit la. Adoiiai.... Kan best kalau leh tanam pastu petik je bila nak. 

So, lin nekad nak buat side income. Dulu ada la juga belajar buat kek bagai kan. Tapi tak boleh modal besar nak beli oven dengan bahan2. Sekali beli RM100. Baru nak cuba2. Belum lagi kalau gagal kek tu, kena buat lagi kan. Isshhh.. tak payah la. Lin fikir lagi cara lain. Ada yang suruh lin buat kerja ID. Mean amik drawing or 3D. Yes! memang lin buat semua tu, tapi market tak banyak sangat. Tak pandai bergaul dan sosial, susahla nak dapat project. 

Lin pun fikir next project. Part time D. D memang minat dengan barangan bundle. Kat rumah tu, ada berkotak2 barang dengan baju bundle dia. Kadang2 tu, pening gak la nak mengemas. Tapi, dalam semak2 tu, bila dia jual 1 baju leh gak dapat rm500 kebawah. Tapi depend dengan brand dan tahun baju tu la. Tapi, bundle ni pun ada musim dia tau. Kadang2 tu, tak ada orang beli pun. So, kena la fikir benda lain pula. 

Lin pun google la kan. Lin ni nak meniaga jual2 product memang tak la kan. Tak kuasa mak! Kalau boleh benda yang kita boleh buat. Tetiba terminat dekat manik2 pula. Lin pun google la pasal jahit manik. Interesting. I like! Seronok menggogle. Sampai la cara menjahit manik. Bila bukak youtube, tengok cara menjahit tak la susah sangat. Macam boleh buat je kan. ;) 

Lin pun belajar buat. Tapi lin ada beli pakage video dari someone ni la. Nanti lin share pasal cikgu yang ajar lin menjahit manik ni. Lepas dapat password dari cikgu, lin pun download semua video. Memang complete cara pembelajarannya. Macam pergi class je. Kalau pergi class pun belum tentu dapat belajar macam tu, sebab kalau video kita boleh ulang2kan. Kalau class pulak, ramai orang lepas tu, kalau da lupa nak tny siapa? takkan nak call cikgu kat class tu tanya. 

Lepas separuh jalan belajar, mak lin tengok lin buat macam cantik je... (masuk bakul da ni) dia pun suruh lin buat kat lengan jubah baru dia tu. Lin pun try buat bunga sequin. Ala, senang je... Da jadi. Bila lin show kat cikgu yang jual video tu, dia pun suprise lin boleh buat. Bangga kejap. So, lin fikir lin nak buat manik2 ni la. Harga pun boleh tahan. Sekarang ni lin tengah kumpul material untuk buat mini studio. Kumpul design2. Mana la tahu berjayakan. Belum cuba belum tahu. ;) 





ok da... 


with love ♥ 
.:: allene ::.

You Might Also Like

8 leave a massage here...

  1. Wah...
    semoga business success lin...!!!

    ReplyDelete
  2. betul tue.. bila ekonomi dah tinggi ni n dah ada anak ni mmg kene cr side income sikit hehe..

    pa pe pun gud luck yer

    ReplyDelete
  3. smoga bjaya yea.insyaAllah usaha gigih tu ada ganjarannya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. veelara... thanks ya.. amiiinnn... harap tak malas2 la ni;)

      Delete
  4. gud luck lin.. nurul add lin dekat fb ya.. kalu senang, approve ler..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. nurul... thanks add lin. lin da apprive da...

      Delete

mommylin.juniorhappy

Followers