kbba

Latest Posts

.:: 1 pasu sudah pecah ::.

By 12:02 PM ,

Makin besar si Hafidh Aryan, makan banyak kerja dia. Hari Sabtu  27 Oct 2012, orang lain balik kampung, kami beraya di KL je. Pagi2 D da keluar nak pergi tolong orang kat surau melapah lembu. Lin kat rumah siap2 kan Hafidh, lepas tu nak masak. 

Tengok sibuk berperang kat dapur tetiba terdengar bunyi barang jatuh berkecai + suara orang menangis. Menangis bukan sikit2 punya. Kuat tak ingat la. 

Lin pun dengan skill watson nyambek berlari ke tempat kejadia. Pasu kaca ala2 vintage ku da pecah berderai!!! anak tertiarap. 
Cepat2 angkat dia, periksa mana2 luka. Nasib satu tempat je luka. Di pergelangan tangan. Besar plak tu. 

Puas la pujuk Hafidh jangan menangis... takut mummy dia tengok. Ada luka tempat lain lagi ker? Alhamdulillah tak ada. Lepas tu pergi cari plaster nasib ada. Fuhh... selamat. 

Nak kemas serpihan kaca pula jadi 1 masalah. Hafidh da mula la nak kena dukong je. Macam mana pula lin nak pegang penyapu kan. Puas pujuk suruh dia duduk diam. Lepas tu cepat2 pergi kemas. 

Kecian hafidh aryan tangan luka sebab pasu mummy. Pastu, lin terus transfer bunga tu pergi pasu lain. (sempat plak kan...!) 

Lepas ni, nak memanjat tunggu mummy tau! 


with love ♥
 .:: allene ::.

You Might Also Like

3 leave a massage here...

  1. Lin..
    Bila nak dapat adik mesti Hafidh nak manja lebih..
    Batrisyia pun macam tu jgk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan mimi... kadang2 baru nak g toilet dia bantai menangis macam kena dera.. adoi.. pening maknya...

      Delete
  2. sama mcm adam dulu..dah nak bersalin pun masih nak berdukung..itu yg buat akak senang bersalin masa anak kedua tu kot,asyik dukung adam je..hihi agaknya la

    ReplyDelete

mommylin.juniorhappy

Followers