kbba

Latest Posts

.:: 27.11.12 - Kisah 10bulan Hafidh ::.

By 3:48 PM ,

Hari ni, bangun je pagi, Hafidh terus duduk dan senyum. Mungkin dia tahu, hari ni dia 10bulan da... :) 

Ligat merangkak kesana kemari. Mengejar mummy & daddy minta di dukong. Manja budak ni. Tapi, pagi ni Mak wan Hafidh tak sihat. Sakit belakang dia membuatkan dia tak boleh nak bergerak. Selesai mandi dan solat, mummy urut belakang mak wan. Dengan harapan sakitnya berkurang. Tapi, sama sahaja. Lepastu, pelawa mak wan untuk di suapkan breakfast, lepas breakfast baru boleh amik ubat tahan sakit. Tapi mak wan tak nak. Then, after discuss dengan D, kami decide masuk lambat dan bawa mak wan ke Klinic doctor puteri. 

Sementara D pergi daftarkan nama mak wan, lin sibuk beri hafidh makan, mandi dan tidurkan hafidh. Alhamdulillah... di usia dia 10 bulan, lin dapat laksanakan tugas ibu dengan sempurna pagi tu. Sikit pun tak meragam. Cuma masa makan tu, Hafidh sedikit mengada ngada. Tak kisah la nak. Memang kamu macam tu.


Sementara lin tunggu D balik, kemas2 apa yang patut. Tapi tak beria ia sangat la. Sebab nanti berpeluh, nak g kerja kena mandi pula. Malas la. Da siap2 berbaju kurung pun. Lama juga tunggu D, rupanya klinik buka pukul 8pg. D keluar rumah pukul 7.30pg. Alhamdulillah dapat no.1 Klinik ni, memang ramai orang. Dan seorang patient doctor akan amik masa sekurang-kurangnya 30 minit. Bayangkan kalau dapat no 5? memang tak pergi kerja la lin hari ni. 

Nurse kata, doctor akan datang pukul 9.30pg. Kami pun keluar awal dalam pukul 9pg. Tapi, hampeh.! doktor muncul pukul 10pg. Bila da diperiksa, memang mak wan sakit urat. Darah tak berjalan lancar, sendi2 da bengkak. So, doctor nasihatkan mak wan amik injection kesan dia cepat dari makan ubat atau amik cream. Mak wan pun dapat injection. 

Selesai perkara di klinic, lin balik rumah siap2 nak pergi kerja pula. Hafidh da pandai merajuk. Bila mak su mandikan dia, mummy la yang pkaikan baju. Tapi, kena main kejar2 dulu baru dapat pakai baju. huhuh anak! Lepas tu lin nak pergi kerja mak su dia dukong, sebab sibuk mengejar mummy dengan daddy kat pintu. Bila mummy bye2. Dia buat2 tak pandang muka mummy! sentap mummy...  sedih pun ye... anak bujang dah pandai merajuk... :D 

Malam nanti kita jumpa ye sayang... :)



 macam ni la aksi Abang Hafidh sambut kepulangan mummy dia.. :D 


with love ♥ 
.:: allene ::.

You Might Also Like

8 leave a massage here...

  1. Ala, sedihnya bila anak dah pandai mengikut bla kita nk pi keje. Mesti berat hati. Sob2..

    Anyway, happy 10 month hafidh dearie. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg sedih hana.. :( nak nangis pun iyo... :)

      Delete
  2. hppy 10th months young hafidh... tak lama lagi nak adaa adik! lagi sonok nanti...

    ReplyDelete

mommylin.juniorhappy

Followers