.:: adik hafidh - 1st checkup ::.


Alhamdulillah... Selesai sudah checkup pertama untuk adik Hafidh. 
Lin Checkup di klinik biasa je. Bukan pakar atau pun KKIA. Procedure dia lebih kurang  je, cuma tak ada amik darah dengan air kencing. Mungkin lin akan buat juga checkup kat KKIA. Cuma bila da perut besar kot nanti. Kalau buat sekarang ni, aduh... jenuh menunggu. Lama tu. Cuti pun da tak ada. Dah la company ni tak terima time slip. Leceh betul. 

Masa doctor check, dia ada tanya nak buat scan baby or tak? Opkos nak la kan. Walaupun tak sempurna lagi, tapi excited nak tengok janin dalam perut ni. Allah je tahu perasaan tu. Masa ni, lin pergi sorang, Alang2 MC, pergi buat buku pink sekali. :D 

Bila doctor scan je perut dia terus kata.... 

"Cantik kedudukan janin. Kalau sy zoom lagi ni, da boleh nampak jantung dia. "

Tak terkata rasanya. Lin hanya mampu senyum... kenangan terindah. :D

Selesai check semuanya, lin pun buat payment and balik dengan senyuman yang lebar... Alhamdulillah.. Adik sihat buat masa ni, semuanya OK. Lin yext D. Cakap kantong ada 1 je. No twin. hihihi. Then, D reply boy ker gurl?? 

Macam nak pengsan dengan soalan D. Baru 7w ++ da tnya boy ke gurl??? 

p/s: next month checkup baby lagi.. scan lagi.. :D masa tu da almost 3m. Ya Allah tak sabar la plak...


with love ♥ 
.:: allene ::.

Post a Comment

6 Comments