kbba

Latest Posts

.:: Hafidh Checkup 9 month & Elergic telur ::.

By 3:42 PM

07112013 tarikh hafidh pergi checkup kat KK. No injection pun untuk bulan ni. Kami ni memang suka datang petang. Senang tak payah terkejar2 pergi kerja balik. Terus je balik rumah. Tidur pun boleh. 

Sekarang pergi checkup tak payah nak bawak stroller bagai. Sebabnya tak mungkin si Hafidh ni nak duduk dalam strolller tu. Da besar. Kalau boleh dia nak merangkak 1 KK agak nya. Puas la bergilir dengan D dukong hafidh. Ingat nak pakai Mei Tai, tapi macam tak sesuai la pulak. Nanti nak bukak untuk timbang, pastu pakai balik. Issshh.. banyak pulak kerjanya kan. 

Berat Hafidh naik sikit je... sekarang baru 9.8kg. Bila la nak sampai 10kg kan. Da lasak. Sibuk nak bertatih da sekarang ni. Tinggi pula 75cm. Check everything ok. 

Lin tanya la dengan nurse kat situ, Kalau budak elergic telur macam mana? Sebab nanti bulan 1 dia kena amik injection untuk setahun. Sebab lin pernah cubitkan kek bagi hafidh lepas tu dagu dia merah2. Ingatkan kacang. Lin bagi pula roti telur. secubit gak. Benda sama jadi. So, memang anak lin ni elergic telur la ye. 

So, nurse tu jawap kena bagi hafidh telur separuh masak, 1 biji. Lepas makan elergic dia keluar terus bawa pergi KK. Nanti jumpa doctor, doctor bagi surat refer hospital. So, nanti hafidh kena masuk ward and dapat special injection untuk 1 year. 

Masuk ward lagi??? aduhh sedihnya nak oiii... mesti kena cucuk2. Sekarang ni, tinggal cari time sesuai je nak bagi hafidh makan telur. mungkin kena tunggu lin cuti, so senang terus bawa hafidh pergi KK kalau pape jadi. 




with love ♥ 
.:: allene ::.





You Might Also Like

8 leave a massage here...

  1. betul tu. takpe kalau dah tau awal hafidh alergy ngan telur. supaya nanti bila cucuk 1 tahun tu, ada pantauan dari doktor pakar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la... harap elergic dia tak teruk... :(

      Delete
  2. masa aisya 1st month pun ada alergic telur so i stop mkn telur tp last week ada mkn, tp aisys takde apa2..mayb alergic dh hilang kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin la... tp nnt syima try bg before aisya setahun... :)

      Delete
  3. nasib baik dah tau awalkan..sian pulak anak ada allergic mcm tu..anak akak adam ni allergicnya mcm2 sikit sbb dia G6PD..

    ReplyDelete

mommylin.juniorhappy

Followers