.:: Kami suka tidur di lengan ::.

Siapa anak dia tidur kat lengan??? angkat jari... !!! 


Heheheh.. ni nak cerita, Hafidh aryan tu dari dalam pantang lagi  da tidur kat lengan. Nak tahu macam mana dia boleh tidur kat lengan? Haaaa... Semua tu sebab Daddy dia. 

Biasa la baby kan kerap tidur. Biasa, tepat pukul 12 baru je mummy dengan ddy nak tidur, Hafidh jaga, mata terbeliak macam hari siang. Kena la main2 dengan dia dlu. Susukan sampai dia tidur. Masa tu, macam susah sangat nak terima. Ye la dulu tidur sampai pagi, tetiba je da kena jaga malam. :)

Lepas tu, Masa menyusu kali kedua pula, Lama sangat si Hafidh ni nak lepas. Nak nursing masa baring memang tak pandai lagi la kan. So kena duduk. Tersengguk sengguk la tahan mengantuk. Lama2 timbul idea. Before tidur, pump susu, standby dalam botol susu. Kalau hafidh nak menyusu, makanya ddy dia la akan bagi. Sebab dalam botol kan. :D Mmy dia leh sambung tidur. Sekian... 

Tapi laki ku itu bijak gak. :) Lepas susukan anak, dia da bagi sendawa, dia kejut lin suruh peluk anak. Macam mana nak peluk, nanti lemaskan. Jadinya lin letak hafidh kat lengan dan peluk. Hafidh pun tidur lena. Tanpa meragam2. Sampai la besar sekarang. Kalau tidur kat lengan, lena je dia. 3 jam posisi yang sama pun tak pe. Sakit2 pinggang mmy nak oii... 

Tapi, sekarang lagi senang nak tidur kan dia. Bagi susu, letak kepala kat lengan lepas tu da abis susu, tepuk2 bontot sampai dia tidur. Senang kan hafidh tidur. Tapi kalau sunyi la. Kalau keadaan bising memang buai la tempat yang sesuai.

Lin pun da terbiasa tidur kat lengan D. Ingatkan masa memula kahwin je. Bak kata nenek lin, wangi lagi tidur pun atas lengan. Masa memula dulu nak terima tidur atas lengan susah gak la. Sebab sakit tengkuk. Tak percaya korang try la tidur kat lengan hubby. Tapi lama2 da biasa. Sampai sekarang ni, lin still tidur atas lengan D. 

Cuma sekarang da ada anak, Kena tunggu dia lena dlu, baru turunkan dia dari lengan. Tapi kejap je la, nanti tengah malam pusing2 tidur balik atas lengan mmy dia. 

Kadang2 terfikir, bila baby da keluar, kiri kanan tangan peluk anak. Susah gak tu. Lepas ni kena la D practise tidur peluk hafidh. :)


with love ♥ 
.:: allene ::.

Post a Comment

4 Comments

  1. masa pantang je tdo atas lengan sebab time tu maybe dia nak berada dekat dgn kita. kemain lena bila tdo atas lengan. Skarang tak lg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hhihi... itu la... masa dalam pantang dorang lagi suka kena peluk. mungkin sebab sejuk kot.

      Delete
  2. anak2 kayrul dua2 tido atas lengan..bila dua2 nak tido atas lengan memang susah la...dah terlentang mamanya nie tido..kiri kanan anak dah conquer lengan...hehhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. btul.. lin pun tengah imagine lin bakal menjadi macam tu gak... :D

      Delete