kbba

Latest Posts

.:: Salam Maal Hijrah ::.

By 11:24 AM ,


 Alhamdulillah.. melangkah lari ke tahun baru kita kan. :) Azam??? tak de. :) boleh ke cakap macam tu? hohoho 

Ikut individu la kan. Bagi lin kalau kita ada aim azam lagi bagus. Tapi lin setiap masa ada azam. Kat destop komputer ofis ni, berlambak list untuk lin settle kan. So, kira nya azam lin nak settlekan list semua ni. 

Antara list2 yang lin tulis kerja2 yang pertama 3D yang lin kena settlekan dari starting until amend. Kerja2 lain, yang berkaitan dengan office. Kedua Besday hafidh. banyak yang nak kena pandang. As mummy opkos nak buat yang terbaik kan. Tapi, lin akan cuba buat yang terbaik dan ikut kemampuan diri dan poket. :D 

Yang ketiga pula pasal beads. Owh.. kadang2 kemalasan untuk jahit bead melampau2. Bila anak ada memang susah la nak jahit. Bila anak tak ada pula itu la time nak kemas rumah dan berehat. Lin akan cuba cari masa untuk beads ni. Tak nak la buat kerja separuh jalan kan. :) 

Keempat, nak settlekan barang2 si kecil dalam perut ni. :) kalau boleh apa yang lin tak dapat beli dan buat masa preggy Hafidh, lin nak buat masa lin preggy adik. ;) Contoh lin nak beli nursing pillow. tengok aty review pasal nursing pillow terus jatuh hati. Tapi lin tak nak beli nak buat. So kena cari kain cotton yang cantik2. (ni semua perlukan masa untuk servey) . Nak beli pump electric + double. Waaa... tinggi cita2... :)

Kelima, rumah ku syurgaku. Nak tunggu kes rumah settle baru nak hias rumah memang berjanggut la kan. Apa yang lin boleh buat sekarang, Nak beli barang untuk rumah. Hiasan dinding tak perlu sangat kot. Cuma lin perlukan 1 almari untuk simpan hadiah wedding. So, bilik kecik tu boleh la buat bilik solat dan mini studio kami. 

Keenam, nak jadi supermak!. Anak da 2. BS tak cari lagi. D kata masa da bersalin baru cari BS. Tapi lin macam tak setuju. Sebab terlalu rush nanti. Paling tidak kalau cari awal, boleh la kira badget kan. Anak da 2. rasa2 berapa ratus nak kena bayar kat BS. Kalau BS tak jumpa kena hantar taska pula. Macam2 la nak fikir. 

Ketujuh. Kesihatan diri. Masa preggy hafidh, lin selalu amik sambil lewa  bab kesihatan. Now tak nak lagi Sebab boleh effect baby gak. So lin kena amik supplement masa preggy dan after preggy. 
Lepas bersalin opkos nak kurus dan yang paling penting protection!. Hafidh dan adik tak boleh ada adik dalam masa terdekat. Mummy takut tak mampu bagi kasih sayang kat korang nanti. 

Banyakkannya. :D yang lain tu, perkara wajib tiap tahun. Menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya dari semua segi perkara. Ammmiiinnnn.....

with love ♥ 
.:: allene ::.

You Might Also Like

4 leave a massage here...

  1. banyaknya list...kayrul nie tak berani nak list panjang2 takut tak terbuat jer....semoga tercapai ye lin

    ReplyDelete
  2. nanti aunty qist tolong buat preparation besday hafidh ye...=)

    ReplyDelete

mommylin.juniorhappy

Followers