kbba

Latest Posts

.:: demam campak di usia 10 month ::.

By 11:00 AM

Petang isnin dapat call dari mama, Hafidh da 2 kali muntah. Lepas tu asyik merengek je. Tak nak letak. Kalau ikutkan, malam isnin tu, lin tak tidur puchong, tapi lepas dapat call dari mama, terus siap2 untuk pergi Puchong. 

Sampai puchong, Hafidh macam tak bermaya je. Merangkak sambil menangis mintak di dukong. Da dukung still merengek2 lagi. Panas badan tak teruk. Bila nak tukar pempers baru nampak bintik2 merah kat seluruh badan Hafidh. 

Lin pun tunjuk kat D. Terus tanya adik2 ada bagi hafidh makan telur tak? dorang jawap tak. So, dalam mind mungkin campak. Tetiba Hafidh muntah dan badannya panas. D buatkan air asam jawa. Lap 1 badan hafidh. Bagi panas dia surut. Pakai kan hafidh baju lubang2. Da selesai... Lin pujuk dia untuk tidur. Tapi tak sampai hati nak masukkan dalam buai. Rasa tak selesa je tengok dia. 

Lin pangkukan Hafidh sampai dia tertidur.  Tidur malam asyik menangis. Bila bagi susu, walaupun tak larat, tapi dia semangat nak pegang botol susu sendiri. Terharu mummy. 

Keesokkan pagi, pukul 6pagi hafidh menangis2. Lin pun bagi la susu. Lepas 10 minit menyusu je, terus muntahkan susu and keluar ikut hidung. Mengelabah kejap. Nasib baik D ada. D tolong kemas kan muntah Hafidh dan lin gosokkan belakang dia.  

Pukul 8 pagi, tengok Hafidh tak selesa, lin mandikan dia. Lepas tu, try bagi dia makan. Kecian asyik muntah, mesti dia lapar. Tak lama pas bagi makan. He muntah again. :( OK stop. tak boleh bagi pape lagi. Kecian dia. D pergi daftar untuk ke klinik puteri. Malangnya turn pukul 11pagi. Sementara tunggu turn, lin tidurkan Hafidh. Tapi, tak perlu buaian. Hafidh tidur dalam dakapan. Lena je dia tidur. 

Masa check doctor, doctor bagi tahu da banyak campak keluar, tapi try bagi air kelapa lagi. Bagi keluar. Dan untuk budak below 1 year, dia mungkin bakal kena lagi demam campak  ni. Sebab tak ada memori lagi dalam sistem badan. 

Alhamdulillah... masa jumpa doctor, dia semakin sihat. Tak reti dia. Mulut becok bercakap. Kaki berjalan2. Bila jumpa lubang, cuba nak masukkan kaki dalam lubang. Sampai doctor tanya, awak demam ke tak ni. :) Dan lepas balik klinik, hafidh da tak muntah lagi. syukur. Harap hari ini Hafidh makin sihat. :) Love u sayang. 



bintik merah di kaki

bintik merah kat tangan

p/s : semalam masa pergi klinik, lin sempat juga buat checkup untuk baby dalam perut. Tapi ada bad news :( 


with love ♥ 
.:: allene ::.

You Might Also Like

10 leave a massage here...

  1. siannya hafidh..cepat sembuh ye sayang.

    bad news apa tu lin?? berdebar akak ni

    ReplyDelete
  2. ape yg bad news tu? aku harap semuanya selamat dan hafidh cepat sembuh..jgn lupa pakaikan hafidh bedak sejuk bila dh elok nnt..klau x nnt parut dia susah hilang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada problem sikit... aku pun hope everything ok... ok, nnt aku sapu bedak sejuk.

      Delete
  3. lin..apsal...knape ngn baby??hope everything will be fine..& to my dear hafidh..get well soon..

    ReplyDelete
  4. semoga hafidh cepat sembuh. try la car daun mambu utk kurangkan gatal, blh mandikan, ltk bwh tmpt tdo. ni petua org dulu2 la. ada yang panggil neem leave / margosa.

    semoga Hafidh cepat sembuh

    Apa yg bad news?harap2 semuanya akan selamat ye

    ReplyDelete
  5. kecik2 dah kena campak..ciannya mesti dia tak selesa..bebudak kalau nak kena campak mesti demam tinggi sebelumnya...

    harap2 xde apa2 masalah ngan kandungan lin...banyak2 rehat dan takmo strees tau

    ReplyDelete
  6. siannyer dia.kata org naik campak ni badan jd lenguh+sakit & miang+panas...moga hafidh cpt sembuh ye.. campak ni mmg seorg akn kna sekali kan.. asya stakat ni x pnh lg kna campak

    ReplyDelete
  7. semoga hafidh cepat sembuh..
    lin jaga kesihatan n baby jgk ye..

    ReplyDelete

mommylin.juniorhappy

Followers