.:: Food Hafidh ::.

Alhamdulillah... 10 month ++ Lin still mampu masakkan bubur hafidh. Masa awal2 dulu je rajin bagi puree, bila da besar macam sekarang rasanya puree tak kenyangkan Hafidh kot. Tak tahu la baby lain kan. Lain budak lain pe'el dia. 

Pernah gak la terbaca blog2 mummy lain yang dorang ada cara tersendiri masak untuk baby masing2. Blender beras, buat stok, buat puree sayur dan buah. Tapi lin nak ikut cara tu tak menjadi. Bagi lin masak bubur lagi cepat senang dan tahan lama. 

Lin try masak bubur pastu buat puree asing. Then, bila nak panas kan bubur amik puree campur. Tapi macam leceh je. Lagi senang kalau bubur tu da ada semua sekali. Mean ada beras + ayam/ikan + sayuran. Ni memang complete bubur Hafidh ada sayur dan protein. Masak sekali dalam periuk kemudian blender sekali gus. Then, masukkan dalam tupperware dan beku kan. Bila nak makan panaskan semula. 

Tapi tak boleh masak banyak2 la kan. Lin selalu masak 1 1/2 cup brown rice akan tahan 2 hari. So, tak ada la bubur tu kena simpan sampai seminggu. Kira ok la juga. Buat masa ni Hafidh pun tak pernah kena food poisoning. Maknanya cara masakan dan simpana makanan baby tu betul. 2 hari sekali baru masak semula food hafidh tu. Kalau wekend nak berjalan pun senang. Makanan memang ngam 2 hari je. 

Kalau balik kampung, lin akan bawa beras + ayam/ikan Hafidh. Abis bubur, baru masak, sayur biasa beli yang fresh. Tak pun standby kentang je, Tu fav. Hafidh. 

Senangkan nak masak untuk anak ni. Tak payah la nak susahkan diri. Dulu lin ada beli blender & steam untuk baby food pakai kejap je. Pastu da masak bubur tak guna da. Guna blender je. Baik beli extra balang blender lagi jimat. Nak bawa balik kampung pun senang. 

So, terpulang pada individu masing2. Cara mana yang dorang senang. Bagi lin, lin lagi senang macam ni. ;) 

Sekian.


with love ♥ 
.:: allene ::.

Post a Comment

6 Comments

  1. hadif dah setahun so sekarang still makan bubur...gigih la mamanya nie bangun awal...harus masak setiap pagi...

    gembira sangat bila ambik dia petang2 tok mak cakap dia makan sampai licin mangkuk....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan... lin pun happy bila mak lin cakp anak ko makan 1 mangkuk tak cukup, menangis... da tambah baru diam.. berbaloi masak untuk dia...

      Delete
  2. blender tuh skejap jer pakai. dh ade gigi pakai penyek2 jer nasi tuh.

    ReplyDelete
  3. akak pun senang..anak2 dah tumbuh gigi akak bg je makan nasi yg sama akak msk utk mkn akak ngan en.azmi tp akak sediakan sup utk anak2 la pastu lenyek je nasi dgn sup..hihi

    ReplyDelete
  4. ida dlu lenyek kt penapis je. hehe...ni lg 4 bulan bermula la episod buat bubur,puree lg

    ReplyDelete
  5. Hana tak sabar nk masak bubur kat naurah ni. Sebab sekarang pun hana kasi je dia makan sikit apa yg hana mkn. Just ambik rasa. Tgk gaya dia mcm lapar sgt. Kesian pulak. Mcm alin ckpkan, lain baby lain ragamnya. Hana mls sgt nk strict dengan baby, as long as benda yg kita kasi tu tak memudaratkan dia.

    ReplyDelete