kbba

Latest Posts

.:: penang 2012 ::.

By 10:47 AM

Alhamdulillah.. selamat da pergi dan pulang kami dari Penang. 22122012, lin dengan family sempat juga menjejakkan kaki ke Penang. Sebab nak attend officemate wedding. Kira wakil la, sebab yang lain tak dapat datang. Nasib baik la da booking hotel awal2. Kalau last minute, rasa memang tak pergi kot. Sebab da hujung2 bulan kan. Duit pun selit2 je. :D 

Tapi, berkat kerja tepi2 yang lin buat, dapat gak la sedikit bekalan tu untuk pergi sana. Alhamdulillah.. tak ada la sampai ikat perut. Yang penting, niat suci nak ziarah wedding kawan dan bawak family bercuti. :) 

Yang paling bestnya, kami bertolak dari Puchong jam 8am. Otw tu, kaki singgah RnR baru tu, yang Agro Mall. RTC kot nama dia. Jalan kat situ, singgah untuk breakfast. D siap order nasi kandar. Amboi.. tak sabar nak pekena la tu. Lin dengan Hafidh makan roti canai je. Tapi tersuap telur, merah da muka debab tu. Da rupa anak cina. :D 

Sampai Penang pukul 12 lebih. Tapi kami sesat. :( pusing2 siap call pengantin lagi... Akhirnya 2 lebih baru jumpa rumahnya. Pengsan. Kebulur... letih.. semua ada. Kami bukan teror pun bab berjalan ni. GPS pula rosak. Memang sakit hati la. Tapi, alhamdulillah.. sampai juga. Rasa lagi selesa sampai lewat, sebab pengantin tak busy. Dah la hujan, memang katil kat hotel tu memanggil2 je.. :D 

Lepas selesai makan, kami borak2 kejap dengan penganti, meneruskan perjalanan ke The summit Hotel untuk check in. Tak tahu la pula, bawah hotel tu ada shopping mall. Sama rupanya dengan The summit Hotel subang. Lepas check in, masuk bilik Hafidh tak nak tidur. Owh.. terlupa hampir pukul 4pm. Dia tak lunch lg... :D Teruk kan mummy dia. Perut sendiri da isi, anak belum lagi. :D 

Lepas bagi Hafidh makan, dia buat hasil pula. Apa lagi, terus mandi la lepas tu. Lagi2 ada bathtub dekat dalam bilik tu. Pergghhh dia punya syok. Tak ingat. Dalam hati lin, bia dia berendam lama2. Nanti penat dia tidur. Lin pun leh join.. :D 

Memang pun, lama dia tidur, sampai magrib baru bangun. Lepas solat, kami keluar pergi makan. Kawasan orang, tak tahu pula kedai makan buka sampai pukul berapakan. So, keluar awal sikit. Cari punya cari, akhirnya kami makan Char kuey teow. Sedap gak. D da order nasi gorang kampung. Lepas tu, order lagi CKT.. amboi... banyak laki lin makan. :) 

nampak tak bulu mata dia berair??? hahaha baru lepas kena marah.. :D

suka tidur dengan mummy dia. Empuk

muka terpinga pinga...

ni pengantinya...

masa time dinner.

before makan meh bergambar dlu.

ni kedainya


nampak cikai.. tp rasa sedap.. :D


makan timun. Itu je boleh...
Keesokkan nya pula, lepas breakfast lin bawa hafidh mandi kolam. Reason kenapa lin pilih hotel ni, sebab ada swimming pool best. Anak pun suka... 

Lepas mandi kolam, bawak hafidh mandi air biasa pula dalam bathtub. Amboi anak aku sorang ni, memang pantang nampak air la. Suka bukan main... 

Lunch, kami ingat nak ke padang kota. Makan cendol dan pekena rojak. Tapi kedai tutup pulak. Lepas tu, nak pergi line clear. Bereatur punya la panjang. At last kami pergi makan dekat sup hameed. Same road dengan line clear gak. 

view dari bilik kami tingkat 12 tu... :D

swimming pool

ini la pekan bukit mertajam

da siap bg makan dia, sibuk la kesana kemari...

nasi lemak untuk brakfast. ni je sempat snap. Yang lain terus masuk perut

orang makan, dia pun nak jugak.

akt. fav mereka.

tengok. bagi pelampung, nak keluar...

jakun

geram je dalam hati

no pelampung da...

lagak macam orang besar.

cont. mandi dalam bathtub pula.



muka letih da.

pandai da pandang kamera... :)

tenang je view ni

the bridge

parking area dekat sup hameed.

Habisss... :D 

with love ♥
 .:: allene ::.

You Might Also Like

5 leave a massage here...

  1. seronoknyer jln2 kat penang.. lya dh lama x sampai penang..last msa umur 12 thn dulu.. cantik sgt view kt jmbatan pulau pinang..

    ReplyDelete
  2. amboiii nampak enjoy je si hafidh tu makan angin...hehe

    ReplyDelete
  3. pi penang memang wajib pekena char keow teow...

    ReplyDelete

mommylin.juniorhappy

Followers