kbba

Latest Posts

.:: Abang Hafidh da semakin bijak! ::.

By 11:30 AM

Apa la yang anak lin buat sampai lin cakap dia bijak tu kan... ihhiih.. memang pun. Lagi nak setahun ni, lagi macam2 ragam dan pe'el dia. Aduh... pining..pining...

Semalam, bila sampai rumah Mak Wan, kami tunggu je Hafidh berlari2 pergi ke Pagar. Then, bila kami nak masuk dia cepat2 ulur kaki keluar pagar. Bila kaki dia da kat luar, macam ner nak kunci pagar kan. Bijakkan. Cara2 dia nak keluar rumah.

Lepas tu, bila da bawa masuk, lin pura2 tak pandang dia, buat2 busy. Dia kejar lin sambil menangis2 mintak dukong. Selagi kita tak amik, selagi tu la dia menangis kuat2. Yang peliknya air mata tak ada. Air liur je keluar.

Masa lin nak makan pula, D bagi 1 keropok ni. (bukan jajan yang 20sen tu) Pastu dia makan sedap je. Kena 2-3 kali, lin kata stop, takut dia batuk sebab nak kena bawa dia pergi ENT arini. D tukar bagi biskut tiger. Dia tengok, pastu baling. D bagi keropok tu semula dia amik, pastu makan. See... da pandai bezakan makanan mana yang dia nak. Amboi...

Pagi ni, lin mandikan dia awal, Sebab nak pergi hospital. Masa pakai baju tu, dia main botol minyak rambut, lin marah. Tukar botol lain, dia mengamuk juga. Hangin jup, marah lagi dia, menangis tersedu2. Da siap, lin tinggalkan dia sorang2 kat living, pergi dapur untuk breakfast. Dia merangkak sambil menangis2 pergi cari D ngn mak wan dia mintak simpati. Da dapat pergi dapur, tetiba tertiarap mintak simpati. uhhuuh... anak2... makin bedar, makin banyak akal. 

Balik da hospital pula, hafidh da buat kueh dari dalam kereta. Mummy malas nak dukong, nanti baju bau. Lin pun tateh dia... bila masuk je pagar, dan nak menuju ke pintu rumah, dia tarik tangan lin mintak lepas, pastu nak pergi naik kereta semula. Mengeleng tengok anak lin arini.

Alhamdulillah... semakin hari semakin bijak. Cuma jangan noty sangat ye. =)

mummy happy, hafidh pun happy... hafidh xde masalah telinga... yeah...



You Might Also Like

2 leave a massage here...

  1. hafidh dah nak jadi abang.mestilah makin bijak dan banyak peel :)

    ReplyDelete
  2. pandai abg hafidh...
    moga mbesar bagaikan juara

    ReplyDelete

mommylin.juniorhappy

Followers