.:: dugaan awal tahun 2013 ::.

Masa Lin draft entry ni, Lin berada di bengkel kereta.

Semalam 3 jan 2013, otw balik rumah tayar kereta meletup di persimpangan jalan masuk ke Kawasan apartment. Bunyi letupan masa tu agak kuat, da kereta Lin sedikit terbabas.

Memula tu, Lin ingtakan Lin terlanggar batu dekat situ, rupanya tayar meletup, Dan kereta hilang Kawalan. Muka Lin memang pucat sangat. Hati ni rasa tetiba jadi takut. Kebetulan guard di apartment Lin tu jadi Sakai kejadian. Dia yang cuba tenangkan Lin masa tu.

Bila Lin keluar dari kereta, agak mengigil juga la. Dan bila tengok keadaan kereta, alhamdulillah tak ada kemek pun,cuma tayar leper. Bila tengok Dari dekat, memang nampak kesan koyak kan tu.

Walaupun masih dalam keadaan terkejut lagi, Lin tetap bersyukur yang kejadian ni berlaku dekat dengan rumah Lin. Bukan berlaku di highway. Alhamdulillah...

Lin terus call D, and suruh dia datang tengokkan kereta. Sementara tunggu D, uncle guard tu temankan Lin. Bila Lin cakap tak perlu, dia tetap nak teman sampai D datang. Alasannya kawasan ni agak sunyi dan macam2 boleh terjadi. Syukur sekali lagi, ada insan yang sudi jaga Lin kat situ.

Bila D sampai, uncle tu pun tinggalkan kami. D terus bukak bonet blakang Dan keluar kan alat nak ganti tayar. Selesai tukar tayar, Lin try drive, tapi kereta macam tak stabil. Guna tayar spare, memang la tak stabil, lg2 kereta besar tayar kecik. D suruh tunggu dulu sementara dia hantar moto.

Kurang 5 minit, D datang semula dan kami mencari kedai tayar untuk ganti yang baru. Tp 3 kedai tayar yang berhampiran da tutup :( bila D tanya dengan orang dekat situ, ada 1 kedai tayar yang masih buka tapi di Kawasan suntex.

Dengan double signal, D drive slow je.takut la pape jadi pulakan. Kereta tu da macam tak stabil je. And kami pun tiba di kedai yang di maksudkan. Terus tanya, ada tak tanyar yang sesuai. Tp malang sekali, tayar kami 185, tayar yang dorang ada 195. Tp boleh fix dengan kereta ni. Kami pun amik risiko beli juga. Nak buat macam ner, esok malam nak balik muar da.

Ok la, mood xde nak sambung... .

P/s laparnya da masuk time lunch ni, breakfast pun belum lg. cian baby.... :(sorry sayang.

Post a Comment

2 Comments

  1. Alhamdulillah.. tak ada kejadian buruk..
    dan syukur ada yg sudi menemani..jujur dan amanah..

    ReplyDelete
  2. mujur la semuanya ok...bahaya jugak kalau jadi macam nie

    ReplyDelete