.:: kesinambungan kerenah Hafidh ::.

Entry sebelum ni.... >> link <<

Selepas kejadian hari jumaat malam tu, benda tu berterusan sampai hari Isnin. Lama kan nak mengadap perangai anak mengamuk tengah malam.

Hari Sabtu malam, Hafidh buat perangai lagi. Tapi benda ni berlaku tepat pukul 12.30am. Sama macam hari semalamnya. Lin memang akan tengok jam kalau benda2 yang menbabitkan tengah malam. Dalam otak ni, da macam2 lin fikir. Kena gangguan ke anak bujang ni???

Lepas tu, D suruh lin tidur kan Hafidh dalam buai. Bab ni lin memang malas. Sebab da fikir Hafidh kena ganggu. Buai dia pula dekat pintu bilik hafidh. Memang stress la. Pas tu D tengok lin tak berganjak pun, D bangun dan masukkan Hafidh dalam buai. Lepas tu, seram tinggal sorang2 kat depan lin join D tidurkan Hafidh sekali. Bila D tengok lin kat situ, dia pun tinggalkan lin sorang2 kat bilik belakang. Meremang bulu roma sey... Lin try bukak Ipad, nak pasang yasin... boleh tak, Ipad tu stak... apasal pun tak tahu la.. lagi la kalut...

Pastu lin panggil D. Cakap takut, teman la sekali. Lepas tu, D suggest, kita tidur bilik Hafidh je la. Lin pun setuju. D dengan gigih angkat toto, bantal... siap2 kan tempat tidur. Bila Hafidh da lena, kitorang pun keluarkan dia dari buai... dan tidur lena sampai pagi. Cuma bangun kadang2 untuk buat susu je. Kalau Hafidh mula nak menangis, D suruh lin peluk kuat2 sambil usap kepala dia...

Bila hari da pagi, hati mula la tak tenang. Anak lin ni kena kacau ker? Sebab Hafidh da 2 minggu tak balik Cheras. Risau gak hati ni. Bila settle kemas rumah, kami berangkat ke Puchong. Lin cerita dengan Mak wan. Dia pun risau mcamner leh jadi macam ni. Tapi tak sampai pergi jumpa ustaz la lgi. Siang hari dia main elok je. Tapi, dia kena elergic. Tak kan itu punca dia menangis pukul 12.30am. Tak logic je.

Malam Ahad tu pula, kami tidur macam biasa. Tapi seperti yang di jangka, Hafidh bangun pukul 12.30am dan menangis macam kena pukul. Yang sedihnya mata dia tutp. Kecian sangat. Kuat lin peluk dia. Da baca ayat2 suci. Lin pun terlena. Hafidh dalam pelukan Lin. Tapi sekali tu je la dia menangis.

Keesokkan harinya kami pergi kerja macam ayam berak kapur la. Sebab asyik terjaga je peluk anak. Tapi, isnin lin amik halfday nak bawak Hafidh pergi KK. Nak jumpa doctor sebab Hafidh elergic telur. Habis rushes 1 badan dia. Malam tu, kami tak nak tidur kat living, kami tidur di bilik atas. Tapi, ada suprise...






Hafidh tak bangun pun malam tu.

Bila pagi, lin dengan D pun pelik la... tapi mak wan kata, kena ubat kot, tu yang ngantuk tertidur... Baru lin teringat, petang tu lin ada bagi dia ubat, selsema. Mungkin betul la syak mak wan.

Dan Alhamdulillah.. sampai sekarang, 12.30am dia tak bangun lagi... Sebab kejadian kami pun tak pasti. Yang penting, before tidur lin tak lupa baca ayat kursi & al fatihah... =)

Post a Comment

14 Comments

  1. alamak.. scary.. tapun time2 tu de rasa gatal2 akibat telur kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. enth la queen... lin pun tak sure... pelik gak perangai budak kadang2...

      Delete
  2. Biasala tu..budak kecik kan nmpk...bnykkan je ayat2 pendinding...xkira la time kene kacau ke x...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la... sekarang da tak pernah lupa nak baca2 apa yang patut...

      Delete
  3. budak2 mcm2 nmpk..
    nak bgtau dieorg tak pandai..
    sama2 la kita amalkan ayat2 suci..
    kesian hafidh..

    ReplyDelete
  4. salam lin..dah lama akak tak singgah sini,dah lain blog lin ni..
    haáh akak pregnent dah masuk 2 bulan nih..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam... wah.. thun ni kita sambut baby sama2 la kan kak... ihihih

      Delete
  5. sian hafidh...ari tu pu3 pon kene camtuh waktu tdo umah aunty die kat penang,die tgh tdo,tibe2 menangis cam kene pukul, aunty cik lara amik minyak celak, n bace2 sket baru diam....

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang ni lara, klu lin g mana2 da bawak buku yasin.. tkut benda2 macam ni jadi...

      Delete
  6. Nak beralih bulan ke apa lin? Like naurah, dh 2 malam dia xnangis. sebelum ni, almost 1 week, menangis bila tdo. rupanya nak msuk 6 month.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin gak la hana... budak ni asal ada perubahan je, mula la meragam...

      Delete
  7. Klu hadif dan haikal terjaga malam2 dan susah nak tido, husband kayrul mesti bangun pasangkan ngaji yasin kat dlm HP tue..senang...on jer sampai ke pagi...lena la anak beranak tido

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la.. kadang2 lin buat jugak. tp kadang2 tu, tetap menangis...

      Delete