kbba

Latest Posts

.:: Risau!!! ::.

By 11:00 AM ,

Sejak balik Muar awal tahun haritu, Hafidh da tak nak makan bubur lagi. Asal masuk je kat mulut dia, dia luarkan balik. Tak kan nak paksa kan. Memula tu lin fikir bubur tu tak sedap. Then, try bagi makanan lain, dia buang jugak. Tapi cool je dulu. Mungkin dia tak ada mood nak makan kot.

Tapi, masa my sil makan nasi goreng. (nasi goreng biasa+ sos tiram) sumbat kat mulut Hafidh. DIA MAKAN! terkejut lin. Risau gak. Walaupun dia da ada gigi, tapi dia tak pandai kunyah lagi. Takut sakit perut pula kan. Sebab bubur yang lin selalu buat tu pun, lin blend nasi dia. memang totally hancur. Ni tetiba makan nasi yang berbutir-butir tu plak. =(

Lin diam je dulu. Then, masa OTW balik lin mula discuss dengan D. Camner nak buat? brown rice Hafidh baru je beli 2kg. Sayangnya nak biar kan macam tu je. Sampai je Melaka, (pergi melawat moyang Hafidh sakit) lin masak sup ikan. (tak tahu ikan apa =P) Lepas tu lin bagi nasi dengan letak sup bnyk2 bagi Hafidh makan. (supaya tak tercekik, bnyk sup lebut sikit nasi tu) Hasilnya.....

Dia makan dengan seleranya. Mungkin masa pagi tu dia kurang makan bila tengah hari dia makan sedap je. Tapi... persoalannya ni....

  • Lauk yang lin masak tu kena kongsi dengan orang lain. Portion banyaklah. Dan yang bahayanya lin letak garam... boleh ker Hafidh makan makanan yang letak GARAM??? 

  • Sekarang ni, lin tak boleh nak masak khas untuk dia seorang je. Sebab aritu, lin masak soo hun (sup fucuk) dia makan sikit je. Sekarang ni, lin tak tahu nak bagi dia makan apa lagi. Sup sayur belum cuba lagi. Karang, lin masak khas untuk dia, tp tak makan bazir plak.

  • Tapi, semua lauk2 ni, kalau masak portion kecik, lin memang tak pandai. Sekrang ni, mak wan yang masak lauk untuk Hafidh. Sebab boleh kongsi makan dengan budak2 lain sekali. Tapi, macam2 perasa ada dalam tu... camner nak buat yek??? tak keruan da ni. BOLEH ker budak setahun makan garam dll bahan perasa???
  • Ada tak resepi lauk2 yang sesuai dengan budak2? Sebab pasni, bila kat rumah BS, lin ingt nak sediakan lauk sekali. So xde la BS bagi makan bukan2 plak. Atleast sampai dia umur 2tahun, tak perlu makan benda2 berperisa ni. 

You Might Also Like

3 leave a massage here...

  1. better omit dulu garam..masak dlm portion sikit utk anak pun xsusah..hari2 etty buat gitu..btw ameer start mkn nasi xblend dgn sayur2 ayam sume xblend start 11m..dia refuse bubur2 dah..start dr tu etty wt nasi lembik je..by 1 y mmg totally nasi keras cm org besar..lauk pun cm org besar minus garam2 n gula..now dh 1y 5m ni pun sikit2 bg garam..mmg sikit sgt2lah..xde pun xpe..

    ReplyDelete
  2. sufiyyah dah makan bergaram.. bergula.. pedas pun die makan..
    kami tak galakkan..
    tapi naturally dia mmg nak begitu.. budak2..makin dia besar.. dia tahu yang die punya tu lain dari yang orangpunya... dia nak yang sama mcm yang org lain punya.. rupa sama.. sudu yg sama.. benda yang sama...

    tapi any perisa.. jajan..gula2... MSG mmg nik elak sangat2..

    actually bagi nik benda ni terpulang
    kalau kita terlampau strict.. anak kita sendiri jaga tak apa..
    ini orang yang jaga..
    belakang kita entah apa yang dia bagi
    jadi nik longgarkan syarat
    makan mcm budakbiasa
    but no kicap.. no perasa2
    danmesti ada sayur
    itupun ada gak BS langar bagi kicap...
    katanya tak ada kicap sufiyyah tak nak makan..
    pedih juga hati..bukan tak pedih..
    tapi dari anak langsungtak nak makan..itu bukan solutionnya..


    solutionnya yg nik amalkan...
    weekend adalah makanan yang berkhasiat
    no garam gula mcm hari biasa..
    banyakkan fruits
    dan juga air
    dan harap benda2 tu keluar tru urine...


    mungkin hafidh nak makan mkanan yang bertekstur =)
    cuba bagi yang bertekstur dulu =)

    ReplyDelete
  3. hadif bila dah setahun memang kayrul masak bubur nasi yg tak perlu blend memang selera makan la kat rumah tapi yg peliknya bila kat rumah tok maknya mesti tokmak cakap dia makan tak abis...kat rumah nasi yg sama, bila makan petang mesti licin...kat rumah tok mak makan macam org besar makan...nak tegah kang merajuk pula mak mertua so pasrah je la apa yg dia kasi makan...kat rumah kena makan ikut mamanya masak...

    ReplyDelete

mommylin.juniorhappy

Followers