kbba

Latest Posts

.:: hiasan Buaian Berendoi Hafidh aryan Dan bajetnya ::.

By 10:45 AM ,

Dah lama Lin nak abadikan entry ni, asyik terlupa je. Masa memula nak buat majlis cukur jambul, Akikah Dan Buai Berendoi Hafidh dulu, Lin ingat nak sewa Buaian. Sekarang kan macam2 da ada. Asal ada duit, semua jadi. Nak baca entry akikah dan tengok gambar, leh g kat sini. >>link<<

Tapi, D tak izinkan Lin sewa buaian tu. Jangan membazir katanya... Sedih gak la. Asalnya Lin dapat sewa dengan harga rm250 kot kalau tak silap.tapi, design simple je la. Tak heavy pun. Bila D tak bagi sewa, Lin pun kena la fikir cara lain untuk buat Buaian tu jadi cantik.

Walaupun Lin ni, belajar design, tapi idea tu kadang2 susah nak keluar. :p Lin pun puas la menggoogle cari design Buaian Biasa yang di hias... Jenuh. Tapi, tak Ada yang berkenan.

So, Lin buat keputusan, nak bawa apa je yang Lin Ada untuk hias Buai.

1- carpet merah ( guna balik karpet yang beli masa kahwin)
2- kain songket ( sampin nikah D)
3- flower ball ( hiasan masa kahwin dulu )
4- kain satin Warna Putih ( ni Lin beli kat dios. Lepas guna boleh buat bju melayu Hafidh)
5- bunga2 plastic. ( Lin beli kat kedai 2 ringgit je. Sekarang bunga tu buat hiasan kat rumah)
6- manik2
7- comforter Dan bantal ( benda ni memang da ada. Warna pun Putih)
8- Bantal kecik ( bantal petak yang dapat masa beli cadar kahwin kikikik....) 

Hasilnya... Boleh la.. Dari tak ada kan. Rasa2 berapa bajetnya untuk buat semua ni? Tak banyak pun. Rasanya tak sampai rm50 pun. Jimat kan. Lepas tu boleh la guna balik apa yang dipakai.
Kita, kalau nak buat sesuatu kena fikir gak poket. Huhuuh klu mampu,memang nak yang cantik dan mahal je. Tapi, kalau tak mampu kena la mix and match.

Untuk 2nd ni nanti tak tahu la nak buat macam ner.... Harap2 ada la idea Dan bajet nanti... Inshallah, benda baik rezeki tu mesti ada, cuma kena kreatif sikit Dan rajin menggoogle...













You Might Also Like

9 leave a massage here...

  1. simple dan cantik^^
    tak perlu keluar duit banyak2...like banyak2 kali...hihi...:)

    ReplyDelete
  2. good job!...diy je...memang jimat berganda2.....=)

    ReplyDelete
  3. Simple n cantik..idea yg sgt bgus dan menjimatkan..

    Nak tnye buaian tu sangkut dgn mne? Nmpk mcm pendek je..

    ReplyDelete
  4. Cntik n nmpak mcm klasikk la..nk try laa...save bajet pulak tu!!

    ReplyDelete

mommylin.juniorhappy

Followers