kbba

Latest Posts

.:: rumahku, syurgaku... ::.

By 11:00 AM ,

Salam.... petang2 teringat kat rumah plak... Dah la asyik google barang rumah apa yang nak beli, nak tambah... nak tu.. nak ni... Tapi, masalahnya DUIT. Asal ada duit semua boleh beli.... uhuhuh

Bukan nak cerita pasal barang je. Tapi, memori dan perasaan terhadap rumah. Pernah tak mommies rasa, bila pergi kerja nak balik cepat je. Bila keluar, asyik dok fikir rumah tak kemas lagi, baju tak lipat... Nak lepak lama kat luar pun tak senang.

Kalau nak balik kampung tu, lin mesti make sure, rumah tu bersih. Bila balik rumah nanti, tak ada la stress rumah bersepah ker apa ker. Lagi pun elok rumah bersih, tak ada la setan dok berkampung.

Nak kata rumah lin cantik tu tak la. Tapi, biasa2 je. Almaklum la, kerjakan. Pastu ada anak kecik pulak tu. Macam ner la rumah tu nak sentiasa cantik.

Bila balik rumah, penat macamner pun, mesti nak kemas apa yang patut. Paling tidak pun, sinki tu mesti clear. Kadang2 tu, penat2 pun boleh kemas2 apa patut. Bila da siap kemas, lepak2 dengan D and Hafidh, Ya Allah.. rasa berbaloi je penat tu. Bila main2 dengan dorang bahagia je rasanya.

Rasa duduk dekat rumah sendiri memang tak sama dengan rasa duduk rumah parent. Lin memang ada 1 pe'el buruk. Bila rumah parent or PIL, memang otomatik jadi pemalas. :D
Kalau rumah sendiri tu, ada je kerjanya. Itu la penangan Rumah ku syurgaku.

Kadang2 jeles tengok orang ada rumah teres. Tapi, Allah tu adil dan bijak. Dia tahu, lin tak mampu nak kemas rumah besar macam tu. Sebab yang kecik ni pun buat kerja sikit2. Yang besar apa lg kan. Kadang2 tu, rasa syukur sangat. Walaupun kecik kami bahagia. Jiran pun tak banyak songeh. Guard pun ok. Management pun ok. Kebersihan, tak payah cakap la. Sangat OK. Parking??? tak pernah siapa pun yang kacau parking lin. =)

Segalanya sempurna. Yang tak sempurna 1 je. Bila la kes rumah ni nak settle??? Ya Allah da tak sabar rasanya nak tukar nama. Deposit, stamp duty, lawyer semua da bayar... Tapi, ada gak yang tertangguh. Dah hampir 2 tahun da kes ni.

Semoga di permudahkan. Walaupun kecil, itu la syurga kami... Tempat kami besarkan anak2. Yang penting kami bahagia. Tak perlu pertikaikan rumah kami kecik atau besar. Yang penting, selesa dan keharmonian dalam rumah tu. Kalau besar, tapi bila masuk asyik rasa panas dan bosan apa guna...


my love, my soul... my everything.... love u Muhammad Hafidh Aryan & Daddy.


You Might Also Like

1 leave a massage here...

  1. i pon tak sabar nk masuk rumah sendiri...betol, tak kesah la rumah besar ke kecik, janji kita sekeluarga bahagia hidup dalam tu :)

    ReplyDelete

mommylin.juniorhappy

Followers