kbba

Latest Posts

.:: AA304 countdown mood - Ikatan sah/Perkahwinan ::.

By 4:00 AM , , ,

 -pssstttt.... nak bagi tahu, entry ni khas untuk suami dan anak2. Kalau tak suka jangan baca.. nanti termuntah plak. semua ayat di bawah adalah sangat jiwang dan luahan ikhlas seorang isteri dan ibu... =) 

Perkahwinan...


Hari yang di nanti dan di tunggu telah tiba...
30/4/2011...
Lafaz akad berlangsung di teratak ayahda dan bonda...
Terasa debaran yang tak pernah di rasakan sebelum ini...

Dengan sekali lafaz, aku milik mu... Muhammad Hadi Yusof.... 
Sah menjadi isterimu...
Berjanji akan menunaikan segala tanggungjawap...
Berjanji akan membahagiakan diri mu suami...
Berjanji akan sehidup semati....
Amiiinnn....

Macam tak percaya sudah menjadi isteri orang..
Dulunya syurga ku di bawah tapak kaki ibu...
Kini beralih di bawah tapak kaki suami...

Selesai segala majlis yang dirancang oleh kami dan keluarga...
Semuanya berjalan lancar...
Terima kasih keluarga..
Terima kasih saudara mara...
Terima kasih jiran tetangga...
Terima kasih teman2...
Jasamu.. tak terbalas....

Selesai majlis belah keluarga perempuan...
Berlangsung pula majlis belah keluarga lelaki...
Walaupun pun ibu seorang ibu tunggal...
Tapi, ibu tetap berikan majlis sambut menantu dengan sempurna...
Alhamudulillah.. di kurniakan keluarga dan keluarga baru yang sempurna...

Majlis yang tak mungkin di lupakan oleh mana2 pasangan... begitu juga kami...
Penat.. tapi semua itu berbaloi...

You Might Also Like

0 leave a massage here...

mommylin.juniorhappy

Followers