kbba

Latest Posts

.:: Bercuti bersantai ke lumut ::.

By 11:34 AM , ,

20130406 - Dapat plan mengejut dari FIL. Ada cousin D bertunang di Manjung, Perak. Memula tu, D banyak kali tanya lin nak pergi ke tak?? Ya Allah malas nya nak berjalan jauh. Jauh dan dalam keadaan sarat dan Hafidh yang semakin melasak. Sangat penat ok. Dah la balik hari. Tak bermalam kat sana. 

Memula tu, lin ckp gak dengan D, tak payah g la. Minyak, toll, makan kita lagi. Semua tu nak pkai duit extra. Mengejutkan. Mana ada standby duit nak pergi. Tapi, D kata kena pergi, sebab ada orang nak tumpang kereta. So dia tetap akan pergi. Lin nak tinggal berdua dengan Hafidh kat rumah memang tak la kan. Nak pergi puchong macam tak best je. Sebab family lin tengah sibuk nak pergi keluar menjemput untuk wedding adik lin. Nanti sama gak, duduk rumah sorang2. Tak mo. 

So ikut je la D pergi manjung. Ingatkan ada la geng dalam kereta. Rupanya tak jadi ikut. So kosong la kereta kami. Kami pergi manjung melalui kuala selangor. Amik ko, terasa jauh sangat. Dah la kena follow kereta depan. Laju diaorang bawak, laju gak la D drive. Nak berenti membuang air pun kena tunggu kereta depan berenti. Huhuhu sadis. 

Last2 berenti kat 1 gerai ni. Ada coconut shake. Pergghh.. bestnya dapat minum. Sekejap je teguknya. Sempat gak la D menyibuk nak rasa. Dia pun ckp sedap. Memang sedap. =) 
Sepanjang perjalanan, mata ni asyik memerhati kiri kanan je. Pastu ternampak CENDOL BAKAR. wow.. dalam hati siap kata, balik ni nak singgah. Rugi ni tak singgah. 

Pukul 3 petang, sampai la kami di rumah pihak perempuan. Sampai2 terus makan tau. Bukan berbincang dulu. Dorang faham kami da kebuluran. Huhuhu... Settle makan, kami berbincang dan amik gambar. Settle majlis, dorang ajak g Lumut, beli ole2. Alang2 da sampai kan. 

Apa lagi, lompat katak dalam hati mak buyong ni. I kan memang pantang shopping ni. =D 

Kebetulan dah lama plak tak pergi lumut ni, last pergi masa sekolah rendah kot. Hafidh pulak bila nampak air laut, macam tak keruan la dia. Amboi debab ni, sini tak boleh mandi la. Tak pe, nanti masa wedding, kita book hotel di Pulau Tioman terus. Leh cuti2 sekali. Dengan adik... yeahhh... amiiinnn doa2 la ye, murah rezeki kita ke sana. =) 

Hafidh boleh la mandi sakan kat sana nanti. Jom layan pica kami plak ye. 


Ni masa OTW nak ke Perak. 


Mummy dan hafidh yang boria. Ni semua idea Daddy pas mummy pkaikan Hafidh baju yang pak ngah hadiahkan.



Tengok la mana dia letak jari dia.





Tak reti nak duduk kat atas, nak gak duduk kat bawah. Pastu kutip batu2 yang ada. =(




Ini la dia bakal pengantin next year...


Ni masa jalan2 kat lumut. Kuat D peluk hafidh, sebab dia asyik nak meronta turun je. Orang da reti berjalan la katakan.




Ni plak barang yang sempat kami beli. Sikit je. Beli ikan bilis, sotong kering, satay ikan, FM dll. Tapi tak sampai RM50 pun. Huhuh bajet.




Mata si kecik ni sentiasa melilau. Ada je nak di pandang.




Lepas abis membeli, kami jalan2 tepi laut plak. Cantik gak area sini. Dapat lepas jalan sendiri, Hafidh bukan main suka, siap menenggek kat batu nak tengok laut. Tapi Perent! please watch your kids ok. Laut ni laut dalam. 








Ni pulak gambar D ngn Hafidh. Gambar paling cute. :P





Anakku yang confident berjalan. 

 

Ok tu je yang dapat di kongsi. Jauh gak perjalanan ke sini tau. OTW balik, memang kami pengsan ler. Nasib singgah puchong. Tidur sana. Kalau balik rumah sendiri, alamak malam tu, semua kebulur. Hahaha... Sebab mak buyong dah penat sangat.

You Might Also Like

2 leave a massage here...

  1. wahhhh...seronoknya..sambil2 tu...dapat holiday skali kannnn...hihi..banyak shopping yer =)

    ReplyDelete
  2. cendor bakar?? bru hari ni dgr nama tu// hafudh dh blh kaki..mestilah dia nk jln sndiri kan..

    ReplyDelete

mommylin.juniorhappy

Followers