.:: sakit kepala - sakit belakang - mual - letih - dll ::.

Tu sakit2 dan syntom yang di alami mak buyong sekarang ni. Menjelang minggu ke 30, memang semakin mencabar. Size badan, tak usah cakap la. Macam pelampung. Kalau campak kat tengah laut, memang terapung. =D

Barang persiapan adik, da tak byk. Rasanya tinggal beli barang mandian, dan set bersalin mummy dia je. Yang lain, under control. Maknanya da ada jadual la bila nak beli. Cuma 2 item ni je tengah dok kais2 duit tu. =D

Lately ni, lin kerap sangat sakit kepala. Apsal yek. Kalau memula mengandung tu, normal la kan. Da sakit kepala, tidur je la. Tapi, sekarang ni, bila sakit sampai rasa nak muntah! payah betul. Sakit belakang plak menjadi2. Antara sebab utama lin rasa sebab lin tak tidur kat tilam. Lin tidur kat toto je. Sebab hafidh kan tengah melasak.Tak kan la dia nak tidur asing ngan kita.

Memula tu, D suruh gak lin tidur kat katil, tapi cuma seminggu je bertahan. Tak best tidur sorang. :P
nak ada laki ngn anak gak. Tamak!. Padahnya sakit la badan. Pastu pagi2 bangun buat muka sedih kat D, suruh urut belakang.

Walaupun da terasa sarat sekarang, lin still lagi active. Bukan active bersukan, tapi active berjalan. Tapi opkos cepat penat kan. Tercungap cungap bila da penat tu. Kadang2 bila da penat sangat sampai tak boleh bernafas dengan baik. Nampak sangat gemuk kan. =D

Tapi, tak ada la sampai lin berjalan pun terkepit kepit. Still jalan macam biasa, naik tangga turun tangga. Semua tu sama je. Jalan pun laju dari orang biasa. Tak pandai nak jalan kepit2 ni. Sampai kadang2 orang tak perasan yang lin mengandung. Ada ke patut kata lin tak pakai bengkung pas bersalinkan Hafidh!! ish... da 7 bulan da pun. Memang la buncit... cmner la tak perasan. Padahal ari2 jumpa. Bak kata D, mabuk ke orang yang tanya tu. hahahaha....

Penat layan anak, penat memasak dan mengemas. Tapi, tu semua lin buat dengan ikhlas. Puas ati bila ada masa layan sibecok Hafidh, Masak untuk D dan Hafidh. Kemas rumah, rasa tenang je. Kadang2 tu, banyak kali gak la lin masuk mini opis yang dalam progress tu. Berdiri sambil termenung, apa lagi nak buat. Tapi, bia la lin buat sikit2. Tak payah nak rushing sangat. Kadang2 tu, D tegur gak. Apasal alih barang tak tunggu dia. =) nak buat macamner tengah ada mood mengalih. Alih sorang masih mampu. Kadang2 tu, Hafidh tukang tolong. Tolong menyibuk. uhuhuh


Mungkin ini cara lin. Penat, pening, sakit tapi ada orang2 tersayang kat keliling kita. Marah2 merajuk.. adatla kan... pelik la kalau bunga2 24jam... uhuhuh
Tapi yang still musykil sampai sekarang apsal kepala ni asyik sakit je. Jangan la ada darah tinggi ke... darah rendah ke... uhhuuh da nak deliver da kot. Kang kena czer plak.. Tak mo. Kalau boleh, bila la normal, boleh tambah anak lagi. =D


Post a Comment

4 Comments

  1. liya dulu czer... :)
    take care yer mak buyong hehe .. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuhu lin tkut la czer.. =( nanti hafidh mintak dukong cmno??

      Delete
  2. dugaan....besar pahalanya tu..sabar ok ;)

    ReplyDelete