kbba

Latest Posts

.:: VCO tanamera ::.

By 11:00 AM , , ,

Baru beberapa hari try VCO dari Tanamera. Lin nak review and kongsi sikit la pasal VCO ni.

Masa memula sampai. Excited dia bukan main lagi. Siap upload gambar kat IG gitu... :D

Item yang lin beli tak banyak pun. Cuma VCO, Minyak Urut, Pencuci V, Brown Soap. Pastu order Extract kurma & jelly brand B'hidan. Lin beli kat FB je. Senang order je. Kalau nak cari kedai, entah sempat entah tak. Nanti jadi macam dulu, da beranak baru terhegeh hegeh mintak tolong SIL belikan. O_<

>>link<<



Sampai je esok nya lin da try VCO. Ye la masa tu lin da 35 week pun. So kena cepat2 minum VCO ni, dengan harapan baby mudah keluar. Tapi, baru sampai tekak da terluek... =( bad mommy.
Tak mampu nak telan minyak.

Pas tu lin try tanya kawan kat FB. Kak Diya blogger pinky momma suggest lin supaya minum dengan air sejuk or makan ngn ice cream. Lin da try, memang menjadi. Dah tak terluek da.
Huhuh thanks kak.


Faedah TANAMERA Cold Pressed Virgin Coconut Oil:
a. Melembabkan dan menghalang tanda parut, sapukan pada kulit lembab
b. Untuk mengurangkan risiko terkoyak, gunakan VCO dan urut kawasan perineum. Minum satu sudu teh setiap hari, sekitar 3 atau 4 minggui sebelum tarikh dijangka bersalin (DDE).
Untuk kontraksi
a. Meminimakan pengoyakkan perimeum dan melancarkan kelahiran, pada awak kontraksi minum beberapa sudu teh minyak kelapa dara secara teratur dan sapukan sedikit pada kawasan perineum
Penggunaan selepas bersalin
a. Menghilangkan tanda parut dan melembabkan payudara dan mencegah kekeringan pada puting.
sapukan pada kulit lembab.
b. Untuk mengurankan berat badan, minum 2 sudu setiap hari.
c. Boleh digunakan sebagai minyak urut bayi

 >>source<<

Selain tu, lin gak cuba urutan Perineum. Memula tu susah sikit la. Tapi, try je hari2, dengan harapan ianya menjadi la... 


source: google


Cara Urutan Perineum

Terdapat beberapa cara untuk melakukan urutan. Ia boleh dilakukan setiap hari sebelum hari anda dijangka bersalin dan ia membantu proses kelahiran dan mengurangkan risiko koyakan.

Pertama sekali basuh tangan anda, kemudian lakukan ditempat yang selesa atau privasi. Duduk atau bersandar mengikut keselesaan anda, Boleh juga meminta bantuan suami. Letakkan Minyak Kelapa Dara (VCO) ke ibu jari anda dan kawasan sekitar faraj / perineum.

Letakkan ibu jari anda sekitar 1 inci kedalam faraj, tekan kebawah dan sekeliling pada masa yang sama, Buat secara lembut sehingga terasa kerenggangan dan sedikit pedih. Kemudian dengan ibu jari anda, tekan selama 2 minit ke kawasan tersebut sehingga rasa sedikit kebas dan kesan pedih mula hilang, Anda boleh buat secara perlahan-lahan.

Apabila anda terus menekan dengan ibu jari anda, secara perlahan lakukan urutan lembut pada bahagian bawah vagina. untuk sekitar 3 minit.

Lakukan juga urutan secara menarik dan tolak pada bahagian bawah vagina dengan ibu jari. Ini membantu merenggangkan kulit. Ini kerana kepala bayi akan melalui kawasan tersebut

Lakukan rutin urutan ini setiap hari bermula dari minggu 30 kehamilan. Anda akan dapati kawasan Perineum / vagina anda lembut dan tidak tegang.
 


Ni bungkusan ajaib yang agak berat tu...


tak sabar nak guna semua ni...

You Might Also Like

4 leave a massage here...

  1. oh by next month nk buat perineal massage..hope it works kali ni..last time buat memain hehehe;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. uhhuuh lin pun macam main2 je buat sekarang ni.. asyik la terlupa buat..

      Delete
  2. alamak akak tak pernah try urutan tu huhu..ada tkt skit bab bab tu..aihh tu yg masa kena masukkan ubt kurangkan keputihan tu smpai nangis2 hahaha..

    air sejuk ok skit..kurang rasa loya.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq kak.. untuk tip berguna tu... ^^,

      akak kali ni tak payah minum pun.. sebab da confirm czer kan... =)

      Delete

mommylin.juniorhappy

Followers